“Mengiurkan!” Jom Cuba 4 Menu Air Berbuka Puasa Dari Khairul Aming

Siapa yang tidak kenal dengan jejaka ‘Hey, What’s Up Guys’ ini yang tidak jemu berkongsi resepi setiap kali tiba bulan Ramadhan. Ini Sis sediakan menu air berbuka puasa untuk korang semua cuba ya.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai beberapa menu air berbuka puasa dari Khairul Aming untuk menyambut waktu berbuka anda setiap hari.
Aneka menu air berbuka puasa
Dalam satu video perkongsian dari Khairul Aming, beliau ada berkongsi kepada penonton semua tentang beberapa jenis menu air berbuka puasa yang sangat mengiurkan bagi menghilangkan seharian dahaga di bulan Ramadhan.
“4 menu air berbuka puasa. Semua senang nak buat, bahan pun tak banyak. Mohon bersabar belum waku berbuka puasa lagi.” – tulisnya dalam sebuah kapsyen di Tik Tok.
Berikut ini adalah beberapa menu air berbuka puasa yang menarik untuk rujukan anda.
1. Teh bunga longan

Bahan-bahan:
- Dua tin air teh bunga
- 6-7 biji limau nipis
- Asam boi putih
- 1 tin buah longan
- Ais
Cara-cara:
- Masukkan ais ke dalam mangkuk dan tuangkan 2 tin air teh bunga.
- Masukkan bahan-bahan seperti limau nipis, asam boi, 1 tin longan. Korang boleh adjust rasa dia okay kalau nak banyak longan boleh tambah lagi.
- Kemudian, kacau sebati dan siap untuk dihidang. Mudah kan !
2. Orange juice soda

Bahan-bahan:
- Orange juice (apa-apa brand pun boleh)
- Aiskrim soda
- Daun pudina
- Lemon
- Ais
Cara-cara:
- Masukkan ais ke dalam jag dan tambahkan orange juice separuh jag.
- Tambahkan soda sehingga penuh jag tersebut.
- Tambahkan beberapa hirisan lemon dan sedikit daun pudina bagi lagi fresh rasa dia.
- Kacau semua bahan biar sebati dan siap untuk dihidang. Rasa dia masam manis memang fresh sangat.
3. Bandung laici

Bahan-bahan:
- Ais
- 1 tin susu cair
- 2 tin laici
- Sirap ros
Cara-cara:
- Mula-mula sediakan blender dan masukkan satu tin laici ke dalam blender.
- Kemudian, masukkan 1 tin susu cair ke dalam blender.
- Blend kedua-dua bahan tersebut dan sampai la korang nampak tekstur dia creamy.
- Tuangkan bahan yang sudah di blend ke dalam jag yang ada ais dan tambahkan sirap ros serta 1 tin laici.
- Kacau kesemuanya hingga sebati dan boleh dihidangkan kepada keluarga.
4. Coconut shake gula melaka

Bahan-bahan:
- 1 biji air kelapa
- Aiskrim vanilla
- 3 sudu pekat manis
- 3 sudu air gula melaka
- Ais
Cara-cara:
- Sediakan blender dan masukkan ais serta 1 biji air kelapa ke dalam blender. Tambahkan 3 sudu susu pekat.
- Masukkan 3 sudu air gula melaka bersama 5 scoop aiskrim vanilla.
- Blend kan semua bahan sehingga sebati.
- Tuangkan bahan yang di blend tadi ke dalam jag dan tambahkan sedikit isi kepala serta aiskrim vanilla.
- Kacau dan siap untuk dihidangkan. Rasa dia tak terlalu manis dan sangat fresh untuk minum ketika buka puasa.
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai aneka menu air berbuka puasa dari Khairul Aming ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dalam merancang menu berbuka puasa yang menyegarkan.
Artikel Berkaitan:
- Resepi Air Untuk Awet Muda & Pinggang Ramping Tanpa Ubat Yang Membahayakan
- Resepi Pati Kurma Untuk Sahur Mampu Tahan Lapar Sampai Berbuka
- Resepi Takoyaki Homemade Tanpa Acuan Lebih Jimat Boleh Sumbat Banyak Inti