Elak Huru-Hara Waktu Nikah, Ini 10 Barang Pengantin Perempuan Patut Bawa

Nampak mudah tetapi sebenarnya pengantin perempuan ini memang banyak benda mereka perlu anda dan sediakan sebelum majlis perkahwinan. Biasanya orang akan ingat perkara yang besar-besar sahaja seperti baju, tudung, hantaran, pelamin, dan sebagainya.

Namun, ada juga benda-benda kecil yang kadang kita selalu terlepas pandang tetapi bila tiada memang haru-biru jadinya pagi kahwin.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai barang wajib keperluan pengantin perempuan yang patut anda ada sebelum majlis nanti.

Barang keperluan pengantin perempuan sebelum majlis

Terdapat 10 barang keperluan pengantin perempuan yang wajib ada sebelum majlis bermula. Berikut adalah antara barang-barang yang dimaksudkan itu.

1. Jarum peniti

pengantin perempuan

Kadang kala sesetengah pengantin perempuan memang suka pakai tudung berbelit-belit sana sini. Mereka lupa yang jarum peniti benda penting yang perlu ada sepanjang masa jika mahu pakai tudung berfesyen seperti itu.

Bila tiada persediaan, maka mulalah kalut pagi kahwin dan tanya adik-beradik yang lain. Selain itu, jarum peniti ini pun penting untuk tujuan gubahan. Dalam waktu yang singkat, kalau kita hendak betulkan gubahan pun mudah bila ada simpan jarum sendiri.

2. Kerongsang

Kerongsang memang benda basic bagi perempuan berhijab perlu ada. Kalau boleh asingkan kerongsang yang digunakan setiap hari dengan kerongsang untuk kahwin.

3. Kipas mini

Elak make up luntur bila berpeluh, wajib ada kipas mini sendiri. Bila musim panas, walaupun ada kipas besar biasanya tidak membantu sebab ramai orang.

Jadi kipas mini khusus pengantin gunakan sendiri sangat membantu untuk lebih bersedia menjelang hari pernikahan.

Kalau malas pegang sendiri, tidak ada masalah untuk ikat dekat bunga tangan kahwin kita. Mesti nampak lebih menarik.

4. Lace handsock

pengantin perempuan

Lace handsock diperlukan lebih-lebih lagi kita pakai baju kahwin yang agak singkat di bahagian tangan, terlalu lebar di bahagian tangan, atau terlalu ketat.

Ketika majlis tentunya pengantin yang sibuk bersalam dengan tetamu, justeru itu untuk elak aurat dari terdedah lebih baik kita siap sedia dengan handsock sendiri.

5. Remove make up

pengantin perempuan

Sibuk dengan majlis kahwin bukan tiket untuk kita tinggalkan solat fardhu yang wajib. Masalah utama pengantin perempuan bila hendak solat adalah untuk tanggalkan make up.

Apatah lagi make up pengantin yang sudah semestinya tebal dan berlapis pasti susah hendak tanggal dan dibersihkan jika tidak menggunakan make up remover. Ada make up remover hendak ambil wudhu pun tidak susah lagi.

6. Sarung kaki

Sarung kaki pun sama halnya dengan handsock tadi. Kaki adalah aurat bagi wanita. Justeru itu pemakaian sarung kaki penting untuk memastikan aurat pengantin perempuan sentiasa terjaga.

7. Kapas muka

Kapas muka digunakann bersama make up remover untuk memudahkan kita membersihkan sisa make up agar wudhu sah dibawa solat.

8. Tisu muka

Tisu muka bukan sahaja diperlukan untuk hilangkan peluh atau di kotoran di muka. Selain itu, ada sesetengah MUA yang selalu minta tisu muka semasa proses make up untuk elak solekan comot dan sebagainya.

9. Anak tudung

Bagi pengantin berhijab, tiada yang lebih penting selain anak tudung. Kenapa dikatakan penting walau sebenarnya berlambak sahaja ada dalam laci kan?

Memang banyak, tetapi percayalah dalam banyak-banyak anak tudung yang kita ada pasti ada yang lusuh dan koyak sana sini.

Lebih teruk, pengantin sendiri pakai anak tudung berbau kepam yang sudah dipakai dua hari lepas. Bayangkan sahaja MUA hendak make up kita, bakal suami hendak cium dahi bila waktu batal air sembanyang nanti, mesti tidak selesa.

Oleh yang demikian, lebih baik untuk sediakan anak tudung baru untuk kahwin supaya kita boleh elak perkara-perkara tidak menyenangkan berlaku.

10. Inai sah solat

Inai kalau boleh elak dari pakai saat-saat akhir. Sebabnya, kesan inai di jari kita nanti tentuntnya tidak seperti yang diharapkan.

Pastikan pakai pada malam sebelum majlis dan beli inai yang sah untuk dibawa solat agar air boleh merasap dan kita sendiri tidak was-was lagi.

Diharapkan semoga artikel berkenaan dengan barang keperluan pengantin perempuan ini dapat memberikan anda ilmu dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan semasa majlis perkahwinan nanti.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart