Muka Kusam Macam Tak Bersih, Jerawat Timbul! Ini 10 Kesilapan Cuci Muka Yang Biasa Orang Buat

Cuci muka memang mudah. Ada air, ada pencuci muka, lumur dekat muka, kemudian bilas dan siap! Tetapi mengapa kebanyakkan dari kita masih mengeluh dengan kulit wajah yang tumbuh jerawat sana sini dan kusam nampak tidak bersih? Kadang-kadang muka yang sudah dicuci masih terasa gatal dan tidak selesa. Hah, inilah yang ramai orang tidak perasan! Kesilapan cuci muka boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat, mengurangkan tahap kesihatan kulit, dan mengakibatkan keradangan kulit yang serius.

10 kesilapan cuci muka yang besar dan tidak ramai orang tahu!

Meskipun kita rasa sudah betul cara yang dilakukan setiap kali membersihkan kulit wajah tetapi ramai sahaja yang buat kesilapan cuci muka yang sama. Jom kita semak satu persatu, 10 kesilapan cuci muka yang penting sekali:

1. Kerap mencuci muka

kesilapan cuci muka

Kunci utama kulit wajah terganggu adalah kerana “hydration”. Kulih wajah yang sihat sebaliknya akan sentiasa nampak lembap sehingga menyebabkan garis kedutan dan penuaan lambat muncul.

Orang mungkin menganggap jika begitu mestilah kena kerap basuh muka. Inilah kesilapan cuci muka yang kita lakukan. Kekerapan dalam membasuh muka akan menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci. Justeru, ia makin menjadikan kulit berminyak dan berjerawat.

2. Mengosok muka terlalu kuat

Gosok bahagian muka yang berjerawat kuat-kuat, bukanlah solusi yang tepat untuk membuang kotoran di liang roma. Tindakan kita itu menyebabkan kulit berpotensi besar akan tercedera dari dalam.

3. Kerap skrub muka

Skrub mempunyai tekstur bahan berbiji yang agar kasar. Kesilapan cuci muka dengan menggunakan skrub muka selalu akan menjadikan kulit nipis, lebih sensitif, dan gatal.

4. Membiarkan syampu rambut terkena pada kulit muka

kesilapan cuci muka

Mengapa syampu rambut bahaya pada kulit wajah? Syampu rambut biasanya diperbuat daripada bahan yang ada minyak untuk melembutkan rambut. Bila ia terkena pada wajah, ini akan meninggalkan kesan minyak tersebut pada kulit wajah. Seterusnya tumbullah jerawat secara tiba-tiba.

5. Biarkan peluh kering tanpa dilap

Peluh di muka berpunca dari aktiviti fizikal yang anda lakukan. Ya, pengeluaran peluh memang baik untuk tubuh yang sihat dan cergas. Namun demikian, peluh yang dibiarkan begitu sahaja tanpa dilap akan memendam kotoran bersamanya dalam diam.

6. Amal cara kongsi tuala badan dan muka

kesilapan cuci muka

Salah satu aspek kebersihan diri adalah tidak meminjam atau berkongsi barang peribadi seperti tuala mandi dengan orang lain. Perkara ini pun sudah silap. Apatah lagi mereka yang mengelap muka yang basah dengan menggunakan tuala badan.

Tuala badan kita nampak sahaja bersih. Berwarna-warni memang cantik. Tetapi tuala badan menyimpan kotoran yang tidak mudah anda lihat tetapi mudah ia merebak di sekitar muka.

Kita gunakan tuala mandi, untuk lap anggota badan semuanya boleh melekatkan kotoran tanpa disedari. Berbanding tuala muka yang hanya khusus digunakan untuk mengelap muka, ia jauh lebih selamat dan bersih.

7. Guna pencuci muka yang salah

Penting untuk kita kenal pasti dahulu jenis kulit sebelum memilih pencuci muka yang betul. Secara umumnya, manusia mempunyai lima kategori jenis kulit iaitu kulit kering, kulit normal, kulit kombinasi, kulit berminyak, dan kulit sensitif.

Kesemuanya ini memerlukan pencuci muka yang berbeza-beza keperluan dan fungsinya untuk memastikan ia benar-benar berkesan kepada kulit wajah.

8. Tidak membersihkan make up

kesilapan cuci muka

Kita sanggup make up berjam-jam untuk keluar. Takkan untuk bersihkan make up tidak sampi 10 minit, kita tidak mampu untuk melakukannya?

Kepentingan make up bagi wanita dan memastikan kulit wajah bebas make up untuk kebersihan diri sama pentingnya. Kalau hendak cantik jangan malas untuk buang make up selepas selesai digunakan.

Boleh gunakan make up remover dari jenis wipes, micellar water atau bahan yang berasaskan minyak sebelum cuci muka. Bila muka sudah 100% bersih dari make up baru cuci dengan pencuci muka.

9. Tangan kotor semasa cuci muka

Tangan kita sering terdedah dengan apa-apa permukaan yang banyak kuman dan kotoran. Kita memang tidak perasan sama sekali. Tetapi jangan ulang kesilapan cuci muka yang sama dengan tidak mendahulukan cuci tangan terlebih dahulu. Pastikan tangan bersih, baru cuci muka.

10. Malas guna moisturizer

Ramai pakar mencadangkan penggunaan moisturizer selepas kita mencuci muka. Pelembap adalah perkara penting dalam memastikan kulit sentiasa bersih dan terhidrat.

Nak cantik mesti memerlukan pengorbanan! Tidak semudah yang kita sangka, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan kerana kita seorang wanita yang hebat luar dan dalam.

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top