Facemask punca muka berjerawat? Ketahui cara terbaik atasinya!

Pemakaian topeng pada masa yang lama boleh menyebabkan kulit wajah anda mudah berpeluh lebih daripada biasa.Ia boleh membuatkan kulit jadi kemerah-merahan dan iritasi.


Selain itu, kulit juga menjadi lebih berminyak dan akibatnya lebih berjerawat.

Proses ini juga membuatkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak sebum, menutup liang pori dan menghalang keseimbangan “microbiome” pada kulit.

Sebab itulah penting untuk anda mendapatkan rutin penjagaan kulit wajah bebas jerawat yang terbaik , sekaligus memelihara kulit wajah anda yang sensitif itu.

Tip penjagaan kulit wajah:


1) Pilih topeng muka yang sesuai dengan kulit wajah anda. Pilihlah dari jenis yang lembut dan tak menyebabkan iritasi atau kerengsaan pada kulit.

2) Gunakan pencuci gel untuk pembersihkan kulit sempurna dan pada masa yang sama mengekalkan keseimbangan pH.

3) Gunakan toner mengandungi Zinc Sulphate kerana ia dapat mengawal penghasilan sebum secara teratur dan mengurangkan bukaan liang pori.

4) Pilih pelembap atau krim yang boleh membantu mengurangkan cela, kekal matte dan merawat kulit berjerawat dan bermasalah.

Fadhilah
Author: Fadhilah

1 thought on “Facemask punca muka berjerawat? Ketahui cara terbaik atasinya!”

  1. Pingback: Kesilapan Cuci Muka Buat Muka Bertambah Teruk, Ini 10 Perkara Perlu Anda Tahu

Leave a Reply

Scroll to Top