Jom hilangkan muka kusam, 3 petua naikkan seri pengantin

Nak naik pelamin mestilah dengan wajah ceria, berseri dan sihat. Bayangkan, jika anda meraikan hari bahagia tetapi dengan wajah yang kusam dan kepam. Alahai….tetamu yang datang pun rasa tak gembira jika wajah pengantin sendiri nampak tidak sihat.

Jika wajah nampak kusam tak bermaya, mekap tebal 10 inci sekalipun tetap tidak mahu menaikkan seri pengantin.

Oleh itu, pentingnya penjagaan kulit dan tubuh badan agar kita kelihatan sihat, ceria, berseri di hari perkahwinan. Tak perlu jampi serapah bagai, cukup memberi fokus pada kesihatan tubuh dan wajah 3 bulan sebelum bersanding.

44 Hari Sebelum Majlis Pernikahan / Perkahwinan


Petua 1 : Amalkan memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari.

Kredit: klikdokter

Cara:
Ambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi. Kemudian, makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut satu persatu. Cuba amalkan untuk kita naikkan seri wajah bakal pengantin.

30 Hari Sebelum Majlis Pernikahan / Perkahwinan


Petua 2 : Basuh muka dengan air rebusan daun sireh.

Kredit: berita viral

Cara:
Ambil segenggam daun sireh bersaiz besar dan rebus di dalam air putih sehingga warna air berubah kehijauan.Selepas itu, gunakan air rebusan itu tadi untuk cuci wajah kita. Tapi, jangan terlalu cepat waktu nak basuh muka tu. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk.

Kelebihan air rebusan daun sireh ni untuk elakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka.
Oh ya, lagi satu manfaat air rebusan sireh ini boleh diguna sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik.


Petua 3 : Gunakan timun sebagai Eyemask.

Kredit: islalisa

Cara:
Hiriskan timun satu-peratu. Pastikan hirisan tidak terlalu nipis, tidak terlalu tebal.Dalam masa 30 minit, tekapkan bahagian mata dengan hirisan timun tadi. Basuh dengan air suam setelah selesai. Amalkan sebelum waktu tidur malam. Manfaat petua timun sebagai Eyemask ni antaranya menghilangkan lebam bawah mata atau kita sebut sebagai Eye Bag. Selain itu boleh juga hilangkan rasa tak selesa pada mata sebab selalu tidur lewat atau kerja lewat malam. Paling best, timun ni khasiatnya boleh tegangkan otot-otot dibawah mata.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart