Amal 5 cara ini untuk elakkan kulit berminyak diatas pelamin

Memiliki masalah muka yang berminyak pasti sahaja akan membuatkan kulit wajah anda berasa tidak selesa malah akan menyebabkan muka anda mudah untuk tumbuh jerawat. Dah menggunakan bermacam-macam produk, namun hasilnya tidak memuaskan? Nah, kami ada sediakan beberapa petua yang dapat menghilangkan masalah muka berminyak secara semulajadi.

1) Lemon

Apa manfaat lemon untuk wajah? Lemon sangat berkhasiat untuk kecantikan kulit wajah, sehingga banyak digunakan sebagai bahan-bahan untuk produk kecantikan. Kandungan yang terdapat dalam buah lemon di antaranya adalah vitamin C, vitamin B, karbohidrat, protein dan juga potassium yang baik untuk kulit.

Bagi mengatasi kulit wajah yang berminyak, perahkan sedikit lemon dalam satu sudu makan. Kemudian, sapukan air lemon di kulit wajah anda. Biarkan selama 15 ke 20 minit dan bilas dengan air sejuk. Jangan lakukan secara kerap kerana buah lemon mempunyai kandungan asid yang tinggi. Buat sekitar 3 kali seminggu sudah memadai bagi mendapatkankan hasil.

2) Bedak Sejuk

Petua ini sering diamalkan oleh ibu atau nenek moyang kita kerana kebaikan yang ada pada bedak sejuk membawa hasil yang baik pada kulit wajah. Sinonim dengan namanya, bedak sejuk sememangnya menyejukkan kulit muka kita apabila kita menggunakannya dan sekaligus dapat mengurangkan minyak pada muka. Bedak sejuk juga dapat menyerap minyak-minyak yang berlebihan pada kulit muka kita serta menanggalakn sel-sel mati pada kulit wajah. Sesuai dipakai pada waktu malam sebelum tidur.

3) Tembikai

Buah tembikai mengandungi vitamin E dan C yang dapat membantu mengawal minyak di wajah. Selain itu, beberapa mineral yang terdapat pada buah tembikai juga cukup baik untuk mengecilkan pori wajah

Cara membuat masker dari buah tembikai adalah kisarkan dahulu buah tembikai. Kemudian tambahkan yougurt asli atau susu. Setelah itu sapukan masker tersebut pada seluruh muka. Tunggu sehingga 30 minit dan bilas dengan air yang bersih.

4) Kurangkan makanan yang berminyak

Makan makanan yang terlalu berminyak akan menyebabkan banyak masalah kesihatan serta gangguan pada kulit wajah. Kurangkan dari pengambilan makanan berminyak dan gantikan dengan makanan yang dimasak kukus atau panggang.

5) Minum air kosong

Pengambilan air kosong yang mencukupi dapat membuang toksin dalam badan yang menyebabkan masalah muka berminyak serta jerawat. Bukan wajah sahaja perlu sentiasa dibersihkan, malah perut juga perlu dibersihkan dengan pengambilan dari air kosong yang mencukupi. Jika kita kurang minum air, kulit akan berasa kering dan lebih teruk lagi boleh mengelupas. Maka, minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya dapat menganjalkan serta melembabkan kulit.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart