Selamat Hari Wanita Sedunia! Semak 10 Fakta dan Sejarahnya Tentang Sambutan Ini

Tangan yang mengayun buaian dapat menggoncang dunia, begitulah pepatah yang tepat untuk kita gambarkan sosok bagi seorang wanita.

Justeru itu tidah hairanlah, banyak sekali hari dan sambutan istimewa yang diraikan khusus untuk para wanita seperti Hari Ibu dan tidak terlupakan juga Hari Wanita Sedunia.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda info-info tentang sambutan Hari Wanita Sedunia yang menarik untuk anda tahu

Apa itu sambutan hari wanita sedunia?

Setiap tahun tanggal 8 Mac (hari ini), dunia meraikan sambutan gilang gemilang Hari Wanita Sedunia. Sambutan ini merupakan hari bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekalipun politik.

Asal usul dari Hari Wanita ini adalah bermula dari dua peristiwa penting yang melibatkan pergerakan wanita dari Amerika Utara dan rantau Eropah.

Menurut catatan sejarah, terjadinya satu peristiwa bantahan dan protes dalam kalangan wanita pada Februari 1909. Protes itu adalah mengenai hak wanita mengundi sewaktu pilihan raya di negara-negara tersebut.

Ia ketuai oleh para wanita dari Parti Sosialis Amerika Syarikat dan kemudiannya ia bertukar menjadi hari rasmi bagi golongan wanita.

Pada Ogos 1910, Persidangan Antarabangsa Sosialis kali kedua di Eropah mencadangkan agar Hari Wanita itu turut dijadikan hari rasmi bagi wanita di seluruh dunia sebelum dipersetujui 27 delegasi yang hadir ketika itu. Di situlah bermulanya sambutan Hari Wanita Sedunia.

Tema Hari Wanita Sedunia 2023

Bagi tahun ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memilih tema Hari Wanita Sedunia 2023 iaitu Kasih Wanita untuk meraikan sambutan tersebut.

Maksud logo dan warna tema

Kasih adalah singkatan kepada nilai keluarga merangkumi kasih sayang, akhlak atau peribadi, mulia, sihat, fizikal dan mental, berilmu dan harmoni.

Wanita pula adalah insan yang perlu dihormati dan dikasihi atas jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan.

Logo ini menggunakan tiga warna iaitu merah, biru dan kuning. Makna bagi setiap warna bagi tema sambutan ini adalah seperti yang berikut:

  • Merah dan biru yang membentuk gambar hati melambangkan sifat kasih dan cinta wanita kepada diri, keluarga, dan negara.
  • Merah juga melambangkan sifat keberanian wanita dalam menghadapi apa jua rintangan.
  • Kuning adalah warna aktif dan bertenaga, ia melambangkan kebijaksanaan, semangat, dan harapan.
  • Biru lambang kesetiaan wanita kepada negara dan akan sentiasa bersama dalam mengharungi pelbagai rintangan demi mengukuhkan perpaduan.

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 akan diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 8 Mac 2023 dan akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

WANITA DIMULIAKAN OLEH raSULULLAH saw

Setiap wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang mempunyai sifat kekuatan dan kasih sayang yang tinggi.

Agama Islam juga bahkan mengangkat hak wanita untuk menjalani kehidupan, mempunyai harta, mendapatkan kasih sayang dan hak untuk berkeluarga.

Kedatangan Islam telah menghapuskan amalan-amalan masyarakat zaman jahiliah yang menindas golongan wanita dengan mengangkat dan mengiktiraf kedudukan wanita serta memberikan kemuliaan dan haknya sepertimana lelaki.

Di zaman Rasulullah SAW lagi, peranan wanita sudah ada di medan jihad. Seperti Rubai’ binti Muawwiz berkata:

“Kami bersama-sama dengan Nabi SAW dalam peperangan, kami memberikan minum kepada kaum (tentera Islam) dan mengubati tentera yang luka.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Begitu juga ucapan dari Ummu Atiyyah iaitu Nusaibah bin al-Harith (ada yang menyebutkan Nusaibah bin Ka’ab, beliau merupakan seorang wanita Ansar berkata:

“Aku mengikuti peperangan bersama-sama dengan Nabi SAW sebanyak 7 peperangan. Aku berjalan di belakang mereka (tentera Islam), aku menyediakan makanan, mengubati luka-luka dan merawati pesakit (tentera Islam).” – (Hadis Riwayat Muslim)

Hari ini, peranan wanita ternyata tidak terhad dalam mengurus hal ehwal rumahtangga, bahkan wanita mempunyai peranan yang besar di lapangan bagi membina dan membangun masyarakat sepertimana kisah-kisah srikandi muslimah pada zaman salaf dahulu.

Diharapkan artikel tentang hari wanita sedunia 2023 ini dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan baru untuk dijadikan informasi yang bermanfaat.

Kami dari Wedpedia juga mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia 2023. Bersama-samalah kita meraikan kekuatan masing-masing dan menyokong rakan wanita yang lain.

Kukuhkan jaringan sesama kita. Kita boleh membawa arus perubahan agar Masyarakat sentiasa mengutamakan keselamatan kaum Wanita seterusnya menjadikan Negara kita lebih Mesra Wanita.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart