Kenali 10 karakter lelaki setia Jadi Idaman Para Wanita

Terlalu banyak kita dengar tentang kisah rumah tangga yang musnah oleh kerana masalah kesetiaan pasangan khususnya lelaki. Trauma ini sehingga menjadikan golongan wanita hari ini berfikir panjang untuk mendirikan rumah tangga.

Tahukah anda, sebenarnya kunci kepada sebuah rumah tangga yang bahagia dan kekal lama itu ada pada diri kita sendiri.

Hal ini kerana sebelum berkahwin dengan pasangan yang dicintai, kitalah yang memiliki “kuasa” untuk membuat perbandingan dan memilih keputusan yang dirasakan terbaik.

Justeru itu artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada pembaca semua beberapa jenis karakter lelaki setia yang boleh kita kenal pasti sebelum menjadikan dia sebagai pasangan hidup.

1. sedia berkorban

Tidak wujud sebuah perhubungan jika tiada sikap bertolak ansur, dan sedia berkorban dalam apa jua perkara.

Seorang lelaki yang setia akan sedia melakukan apa sahaja demi membahagiakan pasangan yang dicintainya tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

2. terima diri seadanya

Tidak ada seorang pun manusia yang diciptakan Allah di dunia ini sempurna dan kebal dari segala cacat celanya. Sudah tentu tidak kira lelaki atau perempuan ada kekurangan di mana-mana.

Boleh jadi si perempuan seorang yang tidak pandai masak, namun ada pula si lelaki yang pandai memasak di dapur. Atau pun si perempuan seorang yang pembersih, namun ada si lelaki yang pengotor.

Justeru itu dalam sebuah hubungan yang bertahan lama, kedua-duanya wajib belajar untuk menerima diri antara satu sama lain dengan ikhlas dan seadanya.

Lelaki yang benar-benar menyayangi kita, mereka ini akan berfikiran matang dan lebih fokus dalam menerima kelebihan pada pasangan daripada menghakimi satu per satu kelemahan yang ada padanya.

Bagi wanita pula, jangan “control” sikap buruk kalian di hadapan lelaki. Jadilah diri sendiri di hadapan pasangan dan bila mana lelaki itu dapat menerima kita. Maka, “he is The One!”

3. Sentiasa cuba untuk memahami

Kaum wanita memang sukar di-handle dan kadang kala “complicated”. Ada kalanya perkara kecil pun boleh jadi besar dalam perhubungan disebabkan cara penerimaan wanita itu sendiri.

Maklum sahajalah, wanita ada 9 nafsu (emosi) dan satu akal tidak seperti lelaki. Oleh sebab itu, tidak hairanlah terkadang sukar untuk mereka ini mengawal keadaan, lebih-lebih lagi ketika sedang marah.

Lelaki yang setia akan cuba untuk memahami pasangannya biarpun tidak mudah pada mulanya. Pengalaman itu sedikit sebanyak akan menjadikan lelaki sudah terbiasa dan faham bagaimana cara untuk mengawal pasangan mereka.

4. Tidak memerlukan perhatian

Karakter lelaki setia yang seterusnya adalah tidak memerlukan perhatian. Menurut pakar motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, tanda lelaki yang matang adalah mereka tidak laparkan perhatian.

Dalam kata lain, lelaki setia ini bersikap lebih banyak dalam menilai diri sendiri berbanding orang lain dan dalam masa yang sama berusaha untuk jadi yang lebih baik.

Mereka tidak kisah apa pandangan masyarakat terhadap diri sendiri atau pasangannya, sebaliknya berusaha untuk membahagiakan semampu yang boleh.

5. Mampu kawal dan urus emosi

Semua lelaki pasti ada tahap egonya tidak kiralah ketika berhadapan dengan sesiapa sahaja sekalipun pasangan.

Namun inilah bezanya lelaki setia, kerana mereka akan lebih mendahulukan perasaan pasangan berbanding diri sendiri.

Sabar dalam mengawal emosi, bukan panas baran, boleh rendahkan ego dihadapan wanita yang disayangi, insya Allah dia mampu memimpin serta menjadi teladan dalam rumah tangga.

6. Menghormati wanita

Hormat wanita ini mungkin antara karakter lelaki setia yang sudah jarang kita temukan hari ini. Cara untuk seorang lelaki mampu hormat pada wanita adalah terletak pada bagaimana dia meletakkan kedudukan dirinya dalam agama.

Lelaki yang faham agama dan berpegang kepada ajaran agama yang benar tidak akan sewang-wenangnya bertindak kasar terhadap wanita.

7. Sentiasa bersyukur

Bersyukur adalah karakter lelaki setia yang jarang orang tahu. Hanya lelaki yang bersyukur sahaja tidak akan pernah rasa pasangannya membebankan atau mula rasa bosan dengan kehidupan berumah tangga yang dibina.

Rasa syukur yang tersemat dalam hatinya akan membuatkan lelaki ini berusaha untuk tetap mempertahankan hubungan cintanya dan tidak mudah untuk memutuskan cinta yang telah terjalin. 

8. Bersifat jujur

Kejujuran seorang lelaki amat sukar kita dapatkan jika mereka bukan tergolong dalam karakter lelaki setia. Jujur itu sifatnya sangat subjektif sehinggakan kadang kala kita terlepas pandang antara jujur dan berahsia.

Lelaki yang terbuka kepada pasangan, dan mahu menceritakan seluruh hal-hal berkaitan dirinya termasuklah mengenai perkara yang tidak menyenangkan. Percayalah dia adalah lelaki yang “limited”.

9. Ada matlamat hidup

Karakter lelaki setia yang seterusnya adalah mempunyai matlamat dalam hidup. Fokus lelaki setia bukan sahaja semata-mata dalam menjaga perhubungan dengan pasangan sahaja.

Jauh dari itu, mereka juga mempunyai hala tuju kehidupan yang cerah untuk menjadikan sebuah perhubungan itu lebih sihat dari segi ekonomi, kerjaya, dan masa depan.

10. Ada sewaktu diperlukan

Sifat lelaki pada umumnya adalah pelindung. Hal ini bertepatan dengan sepotong ayat dalam surah An-Nisa, ayat 34:

الرِّجَالُ قَوّٰمُونَ عَلَى النِّسَاءِ

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita.”

Sifat qawwam pada lelaki sangat diperlukan dalam karakter lelaki setia. Di mana lelaki ini bertanggungjawab untuk memimpin dan melindungi pasangan dan ahli keluarga yang disayangi.

Wanita pula lebih berasa tenang dan tenteram apabila dia dilindungi oleh pasangan sendiri.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan karakter lelaki setia ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan panduan dalam mencari seorang pasangan hidup yang terbaik di dunia dan akhirat.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
%d
Shopping cart