6 Manfaat Menarik Dalam Belanjawan 2023 Untuk Wanita

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa perkara menarik dalam pengumuman Belanjawan 2023 untuk wanita merangkumi pelbagai aspek.

Apa itu belanjawan 2023?

Belanjawan negara adalah rancangan ekonomi tahunan yang akan memainkan peranan penting bagi mengalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembahagian pendapatan yang menjurus kepada kewangan yang stabil.

Hal ini termasuklah mengenai anggaran pendapatan dan perbelanjaan kerajaan dengan beberapa garis inisiatif baru yang memberi manfaat menyeluruh pada setiap golongan masyarakat.

Belanjawan 2023 (Bajet 2023) yang diumumkan pada 24 Februari lalu merupakan rancangan ekonomi tahunan bagi tahun ini.

Ringkasan tentang belanjawan 2023

Baru-baru ini ucapan Belanjawan 2023 oleh Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi pengumuman yang sangat penting kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Berikut adalah antara ringkasannya:

1. Ujian Lesen Memandu Percuma

  • Kerajaan menanggung segala bayaran bagi ujian memandu motosikal B2, teksi, bas, dan e-hailing.

2. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

  • Isi rumah kurang dari RM2,500 layak untuk mendapat sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan isi rumah.
  • Tambahan diberikan sebanyak RM600 (bakul makanan dan baucer kepada isi rumah penerima STR termiskin berdasarkan maklumat e-Kasih)

3. Kredit e-Tunai Belia Rahmah

  • Bantuan RM200 kredit e-tunai diberikan untuk golongan belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas secara one-off.
  • Bantuan RM100 kredit e-tunai kepada individu yang berpendapatan bawah RM100,000 (M40).

4. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

  • Pesawah padi layak untuk menerima RM200 sebulan selaam 3 bulan / semusim.
  • Pekebun kecil getah menerima RM800 sebulan selama tempoh 4 bulan.

5. Percukaian

  • Kerajaan tidak akan melaksanakan GST atau memperkenalkan kaedah lain untuk meningkatkan hasil negara.
  • Pengenalan kepada cukai barangan mewah seperti jam tangan dan sebagainya.
  • Cukai PMS bagi pendapatan bercukai RM150,000 pertama akan dikurangkan kepada 15% dari 17% baki taksiran tahun 2023.
  • Kadar cukai pendapatan RM35,000 sehingga RM100,000 dikurangkan ke 2%. Untuk pendapatan RM100,000 sehingga RM1 juta dinaikkan dari 0.5% – 2%.

6. Diskaun PTPTN

  • Diskaun sebanyak 20% bayaran balik selama 3 bulan diberikan bermula 1 Mac 2023.

7. tarif Elektrik

  • Harga tarif elektrik pengguna domestik & PKS dikekalkan mengikut kadar semasa.

8. Rokok Elektronik / Vape

  • Pengenalan duit eksais kepada produk cecair / gel mengandungi nikotin bagi produk vape.

9. Pelepasan Muflis Kecil

  • Individu yang diisytiharkan muflis bagi hutang di bawah RM5,000 diberikan peluang kedua bermula dari 1 Mac 2023.

10. Elaun guru KAFA DAN SUMBANGAN KHAS rm600

  • Guru KAFA menerima kenaikan elaun sebanyak RM100, menjadikan jumlah elaun penuh adalah RM1,100.
  • Imam, bilal, Tok Siak, Noja, Marbut, Guru KAFA & Guru Takmir akan menerima RM600.

11. Bonus / Bantuan khas Aidilfitri Bagi penjawat awam & pesara kerajaaan

  • Bantuan sebanyak RM700 akan diberikan kepada penjawat awam bagi Gred 56 ke bawah termasuklah lantikan kontrak, pesara kerajaan akan terima RM350.

12. Pas My50

  • Pas bulanan RM50 bagi penggunaan LRT, MRT & bas Rapid di Lembah Klang.

13. Pengampunan penalti 100% lhdn

  • Pengakuan sukarela cukai bermula 1 Jun 2023 – 31 Mei 2024 akan diberi pengampunan penalti.

14. i-Madani KWSP

  • Kerajaan akan menambah RM500 kepada caruman simpanan KWSP Akaun 1 kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP Akaun 1 kurang daripada RM10,00.

15. Amanah Saham Berhad (ASB)

  • had pelaburan individu ASB dan ASB2 ditingkatkan daripada RM200,000 kepada RM300,000.

16. Inisiatif cahaya mata keluarga Malaysia

  • Ibu bapa penerima BKM akan menerima bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 bagi kelahiran tahun 2023.ml

17. Pelepasan cukai bagi yuran tadika dan taska

  • Sebanyak RM3,000 pelepasan cukai akan diberikan ke atas bayaran taska/tadika sehingga tahun taksiran 2024.

18. Orang kurang upaya

  • Pengecualian bayaran pendafaftaran dan pembahuruan sijil perniagaan SSM di bawah Skim 1 OKU 1.
  • Perniagaan OKU akan mendapat baucar perjalanan yang akan diberikan melalui perkhidmatan e-hailing.
  • Penubuhan 50 buah taska OKU baharu bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak OKU ke tempat asuhan selamat.ml

19. Bantuan awal persekolahan

  • Setiap murid akan menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

20. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

  • Penambahbaikan RMT dengan kenaikan kadar makanan bermasak daripada RM2.50 kepada 3.50 di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak kenaikan daripada RM3 kepada RM4 berkuatkasa serta merta.

21. geran One-Off RM1,000 PMKS

  • Sejumlah RM1,000 geran akan diberikan kepada perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS) berdaftar dan pemandu teksi berdaftar yang layak.

22. Skim Pembiayaan Agrofood BNM

  • Sebanyak RM 1 Bilion dana diperuntukkan bagi membantu PKS meningkat jumlah pengeluaran agro makanan melalui Skim Pembiayaan Agrofood pada kadar 3.5% 19.
  • Pengurangan Kadar Cukai Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS).
  • Kadar income tax PMKS dikurangkan sebanyak 2% daripada 17% kepada 15% bagi RM100,000 pertama.

23. Subsidi, Bantuan Dan Insentif

  • RM55 bilion diperuntukkan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

24. Insentif Penggajian PERKESO

  • Sebanyak RM600 – RM750 sebulan selama tiga bulan diperuntukkan bagi golongan rentan.

25. Program MyWIRA

  • Pemegang kad veteran ATM dan kad pesara Polis akan menikmati diskaun sebanyak 50% ke atas pengangkutan awam di bawah kendalian PRASARANA.

Teks ucapan lengkap Belanjawan 2023 ini boleh dibaca dari pautan berikut:

Belanjawan 2023 Malaysia MADANI

Touchpoints Belanjawan 2023

Kelebihan belanjawan 2023 untuk wanita Malaysia

Selain daripada itu, menjadi perhatian juga dalam pengumuman tersebut ada diselatkan bersama belanjawan 2023 untuk wanita-wanita dari pelbagai aspek kerjaya dan kehidupan.

Antara kelebihan yang kaum wanita boleh perolehi dari Belanjawan 2023 ini adalah seperti:

1. PEngecualian cukai untuk wanita

Pendapatan yang diterima pada tahun 2023 sehingga 2028 akan diberikan pengecualiaan bagi menggalakkan golongan wanita ini kembali bekerja setelah career break.

2. elaun jagaan kanak-kanak 

Subsidi yuran taska RM180 sebulan disediakan kerajaan kepada penjawat awam yang perlu menghantar anak mereka pusat asuhan.

3. AKSES PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 taska dan tabika KEMAS termasuk 13 projek baharu.

Dalam masa yang sama, kerajaan akan terus memudah cara garis panduan untuk pusat jagaan kanak-kanak di pejabat termasuk membenarkan penyediaan pusat jagaan di aras pejabat yang lebih tinggi.

4. Bantuan Kelahiran anak pada tahun 2023

Bagi ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada 2023, bantuan tunai one-off sebanyak RM500 akan diberikan.

5. Bantuan untuk usahawan mikro wanita dan belia

Usahawan mikro dan penjaja kecil disediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion.

6. Pusat sokongan sosial setempat

Kerajaan akan menyediakan lebihi banyak lokasi intervensi awal serta sesi advokasi psikologi dan kaunseling bagi isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga.

Semoga perkongsian kami mengenai inisitif Bajet Belanjawan 2023 untuk wanita ini dapat memberikan anda semua informasi yang berguna dan bermanfaat untuk menaik taraf kehidupan anda serta keluarga bagi masa akan datang.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top