17 Wanita Pertama Malaysia Yang Terkenal Dalam Pelbagai Cabang Kerjaya

Perjuangan wanita dalam menghadapi cabaran sudah berlaku sejak berabad lama dulu. Wanita bahkan mempunyai peranan yang meluas dan jauh berbeza berbanding dahulu. Ramai wanita mempunyai kerjaya yang hebat dalam bidang kepakaran masing-masing.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda senarai wanita pertama Malaysia yang dikenali dengan kejayaannya dalam pelbagai cabang kerjaya untuk dijadikan inspirasi buat anda semua.

1. Alena Murang, wanita pertama sebagai pemain sape profesional

wanita pertama malaysia

Alena Murang ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pemain sape, artis visual, dan pendidik Malaysia yang juga merupakan wanita pertama yang bermain sape.

Wanita tinggi lampai dan angun ini mempunyai wajah Pan Asia dari Sabah, dan berdarah kacukan Inggeris – Itali.

2. Emily Koshy, wanita India pertama sebagai anggota polis

wanita pertama malaysia

Emily Koshy wanita kelahiran Muar ini dikenali sehingga hari ini sebagai wanita India pertama yang menjadi inspektor polis di Malaysia.

Beliau memulakan kursus dan latihan kepolisan pada 8 Oktober 1955 bersama tiga wanita Melayu dan tiga wanita Cina.

Dari segi latihan fizikal yang di hadiri, beliau turut mengakui bahawa ia sama seperti tahap latihan dengan pelatih lelaki di dalam kursus latihan tersebut.

3. Izzati dan Atiqah Khairuddin, wanita pertama sebagai juruterbang belon udara panas

wanita pertama malaysia

Dua beradik, Izzati dan Atiqah Khairuddin adalah juruterbang belon udara panas sekaligus menjadikan mereka sebagai wanita pertama Malaysia yang menceburi bidang kerjaya tersebut.

Mereka berasa terpanggil untuk menjadi pemandu belon udara panas selepas menyedari tiada latihan khas berkaitan sukan itu di Malaysia.

4. P. G. Lim, wanita pertama sebagai duta Malaysia

wanita pertama malaysia

Tan Sri Lim Phaik Gan atau lebih dikenali sebagai P. G. Lim merupakan duta wanita pertama Malaysia yang dilahirkan di Britain pada tahun 1918.

Beliau mendapat pendidikan Master dalam bidang undang-undang dari Universiti Cambridge.

5. Uma Devi Rengasamy, wanita pertama pemandu tren LRT

wanita pertama malaysia

Selalu kita dengar tentang wanita menjadi pemandu teksi, rider makanan, dan pemandu bas sekolah. Namun kali ini, pemandu tren LRT turut berjaya dicapai oleh golongan wanita iaitu Uma Devi Rengasamy.

Tugas ini bukanlah mudah tetapi sebaliknya menjadi amanah besar bagi menjaga keselamatan kira-kira 1,200 penumpang setiap kali memulakan perjalanan.

6. Nurizzati Athira Mohamad Yusoff, wanita pertama sebagai jurukimpal dalam air

wanita pertama malaysia

Baru sahaja berumur 21 tahun, namun kehebatan sosok yang bernama Nurizzati Athira Mohamad Yusoff ini berjaya menceburi bidang kimpalan dalam air yang didominasi oleh kaum lelaki.

Bukan itu sahaja, beliau juga diiktiraf sebagai jurukimpal dalam air di bawah bimbingan syarikat Weldzone Training Centre Sdn Bhd

7. Lt. Maritim Aida Arzahari , wanita pertama sebagai Pegawai Memerintah Kapal

wanita pertama malaysia

Nam Leftenan Maritim Aida Arzahari tercatat dalam sejarah sebagai wanita pertama Malaysia dilantik sebagai Pegawai Memerintah Kapal.

8. Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, wanita pertama melancarkan satelit NASA

wanita pertama malaysia

Selain kita mempunyai angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Negara juga mempunyai seorang permata yang memegang gelaran sebagai wanita pertama melancarkan satelit NASA iaitu Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim.

Beliau mempunyai latar belakang yang sangat meluas dalam pelbagai cabang ilmu sains seperti dalam bidang kejuruteraan elektrik, kejuruteraan bioperubatan, dan kejuruteraan biologi.

Justeru dengan keilmuan yang tinggi itu, beliau telah terpilih untuk mengetuai projek SporeSat, sebuah projek NASA Small Satelit yang dilancarkan pada tahun 2014.

9. Dato’ Robiah Abdul Ghani, wanita pertama sebagai Ketua Polis negeri

wanita pertama malaysia

Ketua Polis Negeri wanita pertama adalah Dato’ Robiah Abdul Ghani. Beliau memegang jawatan tersebut pada 2008 di Pahang selepas 37 tahun menyertai PDRM.

Sebelum ini, Dato’ Robiah pernah menggalas tanggungjawab sebaai pegawai penyiasat di IPK Perak dan pegawai platun komander wanita di Ulu Kinta.

10. Tun Tan Sri (Dr.) Hajah Fatimah Hashim, wanita pertama dalam Kabinet Malaysia

Penglibatan Tun Tan Sri (Dr.) Hajah Fatimah Hashim dalam dunia politik memberi banyak jasa kepada golongan wanita di Malaysia.

Beliau merupakan Menteri Kebajikan Am Malaysia pada tahun 1969 hingga 1973 dan menjadi wanita pertama Malaysia yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia.

11. Tan Sri Dr. Salma Ismail, wanita pertama bergelar doktor

Wanita pertama Malaysia berjaya menjadi doktor adalah Tan Sri Dr. Salma Ismail. Beliau merupakan pelajar yang bijak dan lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlangnya dan menjadi doktor pada tahun 1949.

12. Sybil Kathigasu , wanita pertama sebagai pemenang anugerah George Medal

Sybil Kathigasu menjadi ikon wanita dalam menentang penjajah Jepun zaman dulu. Sybil adalah seorang jururawat dan pejuang Tanah Melayu pada zaman pendudukan Jepun.

Darah kepahlawanannya ditunjukkan dari sifat kemanusiaannya apabila bertungkus lumus dalam membantu ratusan rakyat pelbagai kaum termasuk kumpulan anti-gerila semasa perang dunia kedua yang cedera tanpa diketahui oleh Jepun.

13. Dato’ Dr. Zurinah Hassan, wanita pertama dinobat sebagai Sasterawan Negara

wanita pertama malaysia

Wanita pertama yang dinobatkan sebagai Sasterawan Negara Ke-13 adalah Dato’ Dr. Zurinah Hassan.

Beliau mula menceburi bidang penulisan pada tahun 1963, iaitu sejak zaman persekolahannya. Penulisan yang bermula pada dekad 1960 an ini merupakan usaha gigih beliau yang berterusan sehingga kini

14. Dato’ Seri Wan Azizah Binti Wan Ismail, wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri

wanita pertama malaysia

Dato’ Seri Dr Wan Azizdah Binti Wan Ismail merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia yang terlakar dalam sejarah politik dan pentabdiran negara ini. Dalam masa yang sama, beliau juga memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Lebih 15 tahun berpengalaman luas dalam dunia politik, menjadikan Dr Wan Azizah salah satu tokoh ahli politik berpengaruh yang membawa perubahan kepada pemikiran generasi muda hari ini.

15. Lt. Kol. Emilia Kamaruddin, wanita pertama menjadi juruterbang pesawat pejuang

wanita pertama malaysia

Kerjaya sebagai juruterbang pesawat pejuang biasanya dimonopoli oleh kaum lelaki. Namun, sosok seorang pejuang yang bernama Lt. Kol. Emilia Kamaruddin ini membuktikan yang lain bila mana beliau menjadi wanita pertama yang menjadi juruterbang pesawat pejuang.

Wanita yang lahir pada 27 Ogos 1962 ini mempunyai kepakaran dalam mengendalikan jet-jet pejuang hebat seperti Skyhawk, Hawk, Pilatus PC-7, Aermacchi MB339, dab Aerotiga MD3.

16. Dr Masliza Mahmod, wanita pertama sebagai Profesor Madya di Universiti Oxford

Dr Masliza Mahmod melakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia yang dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya bagi perubatan kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom.

Beliau dinaikkan pangkat itu atas kebijaksanaan dan pencapaian hebat beliau sebagai pakar kardiologi.

17. Janushaa Bala Krishnan Muthiah, wanita pertama diterima masuk ke Akademik Tentera Laut AS

Diterima masuk ke dalam Akademik Tentera Laut Amerika Syarakat bukanlah satu perkara yang mudah.

Namun Janushaa Bala Krishnan Muthiah ini membuktikan yang sebaliknya bila mana beliau menjadi wanita pertama Malaysia yang diterima masuk dan berjaya menamatkan pengajian serta latihan di akademik tersebut.

Diharapkan perkongsian kami mengenai senarai wanita pertama Malaysia ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan dijadikan inspirasi dalam kehidupan.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart