Selain Hannah Yeoh, Kenali Biodata 4 Menteri Wanita Dalam Kabinet Malaysia Yang Pegang Portfolio Kerajaan Baru

Jumaat lepas Malaysia menyaksikan pengumuman khas dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan dengan barisan kabinet baru yang menerajui kerajaan hari ini. Dari 18 ahli politik yang terpilih, 5 darinya adalah Menteri wanita dalam kabinet Malaysia.

Mengikut rekod terdahulu, jumlah Menteri wanita yang dilantik dalam barisan kabinet kali ini adalah sama dengan jumlah lantikan Menteri wanita yang diterajui oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Siapakah wanita hebat dalam kabinet Malaysia yang memegang portfolio kerajaan ini?

Lima Menteri wanita dalam kabinet Malaysia terbaru

Di bawah ini adalah senarai Menteri wanita yang menerajui kerajaan serta biodata ringkas yang boleh kita rujuk.

1. Hannah Yeoh

menteri wanita dalam kabinet malaysia

Nama penuh: Hannah Yeoh Tseow Suan

Tarikh lahir: 9 Januari 1979

Ahli parlimen: Segambut

Jawatan di kabinet: Menteri Belia dan Sukan

Pengalaman:

  • Ahki politik dari Parti Tindakan Demokratik (DAP)
  • Bekas Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) kawasan Subang Jaya
  • Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

2. Nancy Shukri

menteri wanita dalam kabinet malaysia

Nama penuh: Datuk Seri Nancy Shukri

Tarikh lahir: 5 Ogos 1961

Ahli parlimen: Santubong

Jawatan di kabinet: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pengalaman:

  • Ahli politik Malaysia dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
  • Penolong Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
  • Setiausaha Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
  • Setiausaha Pergerakan Wanita Barisan Nasional
  • Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2013)
  • Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

3. Azalina Othman Said

menteri wanita dalam kabinet malaysia

Nama penuh: Datuk Seri Azalina Othman Said

Tarikh lahir: 31 Disember 1963

Ahli parlimen: Pangerang

Jawatan di kabinet: Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi

Pengalaman:

  • Ahli politik dari Parti Barisan Nasional – UMNO
  • Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2015- 2018)
  • Bekas wanita pertama jadi Menteri Belia dan Sukan (2004)
  • Bekas wanita pertama jadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (2020)
  • Bekas Menteri Pelancongan (2008- 2009)

4. Fadhlina Sidek

menteri wanita dalam kabinet malaysia

Nama penuh: Fadhlina Binti Sidek

Tarikh lahir: 16 Oktober 1977

Ahli parlimen: Nibong Tebal

Jawatan di kabinet: Menteri Pendidikan

Pengalaman:

  • Senator sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia (2021)
  •  Aktivis dan peguam dalam undang-undang keluarga Islam serta hal kebajikan kanak-kanak
  • Mempunyai firma guaman syarie sendiri

5. Dr. Zaliha Mustafa

menteri wanita dalam kabinet malaysia

Nama penuh: Dr. Zaliha Binti Mustafa

Tarikh lahir: 28 Jun 1964

Ahli parlimen: Sekijang

Jawatan di kabinet: Menteri Kesihatan

Pengalaman:

  • Setiausaha politik menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (2018)
  • Doktor perubatan

Senarai Menteri kabinet wanita Malaysia

menteri wanita dalam kabinet malaysia

Berikut adakah senarai menteri wanita yang dilantik dalam kabinet Malaysia dari tahun 1969 sehingga kini. Ia merangkumi 11 Menteri kabinet wanita, dan 25 timbalan wanita.

Menteri kabinet wanita Malaysia

  1. Fatimah Hashim, Menteri Kebajikan Malaysia (1969)
  2. Fatimah Hashim, Menteri Kebajikan Malaysia (1970)
  3. Aishah Ghani, Menteri Kebajikan Umum (1973)
  4. Aishah Ghani, Menteri Kebajikan Umum (1976)
  5. Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Awam (1980)
  6. Aishah Ghani, Menteri Perdagangan Awam (1981)
  7. Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Awam (1981)
  8. Napsiah Omar, Menteri Perdagangan Awam (1987)
  9. Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan dan Industri (1987)
  10. Napsiah Omar, Menteri Perpaduan Nasional dan Pembangunan Sosial (1990)
  11. Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan dan Industri (1990)
  12. Zaleha Ismail, Menteri Perpaduan Nasional dan Pembangunan Sosial (1995)
  13. Siti Zaharah Sulaiman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1999)
  14. Siti Zaharah Sulaiman, Menteri Perpaduan Nasional dan Pembangunan Sosial (1999)
  15. Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga (2001)
  16. Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan dan Industri (2003)
  17. Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga (2003)
  18. Siti Zaharah Sulaiman, Menteri Perpaduan Nasional dan Pembangunan Sosial (2003)
  19. Azalina Othman Said, Menteri Belia dan Sukan (2004)
  20. Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan (2008)
  21. Ng Yen Yen, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (2008)
  22. Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan (2009)
  23. Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (2009)
  24. Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2013)
  25. Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (2013)
  26. Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2015)
  27. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga (2018)
  28. Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar (2018)
  29. Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2018)
  30. Yeo Bee Yin, Menter Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (2018)
  31. Teresa Kok, Menteri Industri Utama (2018)
  32. Rina Mohd Harun, Menteri Wanita dan Keluarga (2020)
  33. Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2020)
  34. Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara (2020)
  35. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi (2020)
  36. Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (2021)
  37. Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2021)
  38. Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi (2021)
  39. Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara (2021)
  40. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi (2021)

Kredibiliti wanita dalam memegang mandat rakyat

Perlantikan Menteri dari kalangan wanita menunjukkan bahawa kaum wanita hari ini tidak membataskan jantina atau kemampuan fizikal dalam mencipta kejayaan demi kejayaan dalam hidup.

Menurut Global Gender Gap Report, 2020 (GGGP 2020) dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), sebuah pertubuhan antarabangsa mengeluarkan ranking indeks pembabitan wanita dalam empat perkara.

Ini termasuklah penyertaan dan peluang ekonomi, pencapaian pendidikan, kesihatan dan kelangsungan hidup serta penyertaan dalam politik, penyertaan wanita dalam politik pada kedudukan ke-117 (11 peratus).

Adanya wanita dalam kabinet Malaysia menandakan usaha ke arah pemerkasaan kaum wanita terus berlaku dengan pesat sehingga membolehkankan jurang perbezaan tidak berlaku antara satu sama lain.

Diharapkan perlantikan Menteri wanita dalam kabinet Malaysia ini dapat memberikan kelebihan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top