Posted on: December 11, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Setiap pasangan raja sehari ingin tampil berseri dan nampak kelainan pada hari bahagia mereka

Namun, bagi majlis pernikahan bakal pengantin sering dilihat dengan mengenakan busana berwarna putih. Tetapi, tidak ada salahnya untuk mencuba warna-warna yang lain mengikut kehendak masing-masing.

Baru-baru ini tular di laman media sosial Twitter apabila seorang jurugambar perkahwinan telah memuat naik gambar pernikahan pasangan pengantin yang memilih untuk mengenakan busana berwarna hitam.

Cari kelainan dengan mengenakan busana nikah berwarna hitam

Memilih busana pernikahan selain warna putih pasti agak janggal dalam persepsi masyarakat Melayu.

Namun, tidak bagi pasangan pengantin ini yang mengubah persepsi tema warna putih yang hanya dikhaskan untuk majlis pernikahan.

Menerusi gambar tersebut, pasangan pengantin itu dilihat mengenakan persalinan serba hitam dalam majlis pernikahan mereka.

first time aku dapat pengantin nikah pakai baju hitam , tapi lawa gak pic.twitter.com/9HnW8gLdxu— Afik (@afikproduction) November 17, 2020

Last minute ibu setuju untuk gantikan baju lain

Menurut laporan, pasangan pengantin itu memilih busana berwarna hitam disebabkan berlaku sedikit masalah beberapa hari sebelum majlis pernikahan mereka.

“Sebenarnya saya dan isteri teringin nak pakai baju hitam untuk nikah sebab kami suka warna tu””Tapi orang tua kami tak setuju sebab kata macam berkabunglah, kematianlah”

“Selepas berbincang, ibu mentua setuju untuk isteri gantikan baju lain pada saat akhir, jadi saya kena cari baju melayu hitam juga untuk sepadan,” katanya.

Nikah tak semestinya kena pakai baju warna putih yang penting hati

Walaupun pada mulanya agak sukar bagi lelaki itu mencari baju Melayu berwarna hitam disaat akhir namun, dia bersyukur kerana akhirnya dia berjaya menemuinya daripada seorang rakan.

“Kami dari dulu memang suka warna hitam. Bagi kami, warna hitam ni ringkas, kemas dan menawan. Dah tahun 2020, kenalah ada perubahan”

“Tak semestinya nikah kena pakai putih. Yang penting adalah hati dan perasaan kami yang bernikah sebagai suami isteri” katanya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendpati rata-rata netizen memuji warna busana mereka dan memberi pandangan mengenainya

Tak salah pakai warna apa pun, yang penting selesa dan kemas 🙂

Leave a Comment