Kasih “Ibu” Yang Tidak Bertepi, Anak Melayu Dijaga Ibu Angkat Cina Akhirnya Chee Dapat Anugerah Maulidur Rasul

Salah satu dari keunikan hidup di Malaysia adalah adanya masyarakat yang berbilang kaum, bangsa, agama, dan budaya. Hidup berpuluh tahun dalam sebuah negara yang aman damai dan majmuk ini mewujudkan satu perasaan yang tidak mengenal erti jurang perbezaan antara satu sama lain. Namun, kisah kali ini anak Melayu dijaga ibu angkat Cina telah mendapat liputan banyak pihak sehingga dia dianugerahkan pingat dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.

Kerana simpati dan kasih sayang, anak Melayu dijaga ibu angkat Cina

anak melayu dijaga ibu angkat cina

Kisah ini sebenarnya bermula kira-kira 22 tahun yang lalu. Seorang wanita berbangsa Cina yang juga merupakan guru di sebuah sekolah tadika telah menjumpai seorang anak kecil berjantina perempuan ditiinggalkan berdekatan situ. Rohana Abdullah, itulah nama bayi yang baru sahaja berusia 2 bulan. Ibunya terpaksa pulang ke Indonesia semula, lantaran itu dia terpaksa ditinggalkan. Maka bermulalah kisah anak Melayu dijaga ibu angkat Cina, Chee Hoi Lan seperti anak kandungnya sendiri.

Chee faham akan agama sebenar Rohana iaitu agama Islam. Kerana tidak mahu Rohana membesar nanti tanpa mengenal identitinya, Chee telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan didikan agama Islam kepadanya. Dialah yang menghantar Rohana ke kelas-kelas agama dan fardhu ain untuk mendapatkan ilmu. Membiarkan Rohan bergaul dengan rakan-rakan Melayunya juga agar dia tidak kekok.

anak melayu dijaga ibu angkat cina

Dan hari ini, Rohan telah membesar menjadi gadis yang cantik berumur 22 tahun. Manakala Chee jelas nampak raut wajah tuanya oleh kerana usia yang sudah mencecah 84 tahun. 22 tahun dia anak Melayu dijaga ibu angkat Cina.

Sepanjang tempoh itu jugalah, kasih sayang dan cinta seorang “ibu” diberikan tanpa mengenal erti perbezaan agama dan bangsa. Jurang perbezaan itu seolah-oleh hilang dengan rasa cinta ibu angkat kepada anak angkat ini.

Berat hati melepaskan dia pergi…

Bukan sahaja kasih sayang yang diberi tetapi penat lelah, bahkan pengorbanan siang dan malam juga disedekahkan agar Rohana berjaya mendapat tempat belajar di universiti seperti remaja lain di usianya. Bukan mudah proses itu kerana banyak dokumen dan urusan yang perlu diselesaikan untuk mendapat taraf yang sah.

Namun syukur kepada Allah, pada bulan April yang lalu Rohan telah mendapat taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan. Berkat itu juga, dia telah menerima tawaran untuk sambung pelajaran ke menara gading tepatnya di universiti awam Malaysia.

Dia mengikuti pengajian Diploma Sains Komputer daripada Universiti Teknikal Malaysia (UTEM).

“Saya tidak tahu bagaimana hendak ucap terima kasih, sangat bersyukur dengan hadiah yang dikurniakan Allah kerana ini memang satu perkara yang saya impikan sejak lama.

anak melayu dijaga ibu angkat cina

Terima kasih juga kepada pihak UTEM. Walaupun saya lebih meminati bidang perubatan, Sains Komputer ini adalah bidang pilihan kedua saya dan ‘laoshi’ (panggilan untuk ibu angkatnya) juga menyokongnya. Jadi, saya akan lakukan yang terbaik untuk membalas jasanya,” katanya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ibrahim Yaakob, Kampung Batu.

Namun jauh di sudut hati rasa berat untuk berpisah dengan Laoshi memuncak di dada. Tawaran itu diterima di saat-saat akhir dan banyak persiapan yang perlu dilakukan.

Ada beberapa barangan keperluan belum dibeli dan dia juga sedang mencari pembantu rumah yang dapat menjaga Laoshi sepanjang ketiadaannya.

“Kebelakangan ini dia (Chee) sering menangis apabila mengenangkan kami akan berjauhan jadi adalah lebih elok sekiranya ada orang temankan dia sekali-sekala di rumah sementara menunggu kepulangan saya pada hujung minggu,” kata anak Melayu yang dijaga ibu angkat Cina.

Pesan Chee, “jangan lupa solat dan sentiasa berkelakuan baik”

Demi menyempurnakan tugasnya membesarkan Rohana, Chee memilih untuk tidak mendirikan rumah tangga. Hal ini untuk memastikan hidup Rohana kekal sebagai seorang Muslim. Dia sedar, sebagai seorang Muslim ada benda yang anaknya itu tidak boleh makan, dan ada masa-masa tertentu perlu solat, tetapi itu tidak menjadi masalah untuknya.

“Saya mengambil tanggungjawab sebagai ibu, saya didik, saya asuh dia seperti mana sepatutnya. Yang membezakan kami adalah budaya dan agama,” katanya.

Dalam beratnya hati untuk melepaskan Rohana belajar, sempat Chee menitipkan pesan yang paling bermakna.

“Jangan lupa solat, sentiasa berkelakuan baik, dan belajar rajin-rajin.”

Walau dalam apa jua keadaan, Chee akan selalu mengingatkannya untuk solat dan berdoa kepada Tuhan agar dipermudahkan segala urusan.

Mendapat gelaran Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia

anak melayu dijaga ibu angkat cina

Jasa Chee membesarkan Rohana telah menjadi inspirasi ramai oang dalam makna sebuah kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Ini contoh manusia yang mengetepikan segalanya kerana empati yang tinggi.

Chee telah dikurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi sekali gus mendapat gelaran Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.

Chee yang hadir berkerusi roda ketika ditemui pemberita selepas majlis itu menjawab ringkas: “Saya sangat gembira (menerima anugerah itu).”

Anugerah itu dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/2022 Masihi di Pusat Dagangan Dunia. Kisah anak Melayu dijaga ibu angkat Cina ini mengajar kita banyak makna sebenarnya dalam hidup bermasyarakat yang kukuh lagi utuh atas mekar sebuah kasih sayang sesama manusia.

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

3 Comments
  1. […] di dunia. Layanlah mereka dengan penuh sopan dan berkasih sayang selagi mana mereka masih hidup. Doa seorang ibu tidak ada hijab baginya. Insha Allah dengan doa itu maka akan disegerakan jodoh […]

  2. […] ini memberikan setiap bangsa turut merasai perayaan bangsa lain yang diraikan. Masakan tidak, ketika sambutan Hari Raya, rumah terbuka dipenuhi dengan orang Cina dan India juga. Begitu juga dengan perayaan bangsa lain, […]

  3. […] Budaya ini tidak terpakai untuk mereka yang ‘mampu’ dan ‘moden’ ala barat. Keluarga yang cukup kaya, mungkin akan suruh jangan bagi angpow. Mereka adalah golongan minoriti. […]

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart