Lelaki Ini Kongsi 16 Cara Rancang Perkahwinan Kaum Cina, Pantang Berkahwin Sebelum Ada Cukup Duit. Haramkan Personal Loan

Mengadakan majlis perkahwinan bukanlah satu bajet yang kecil perlu bakal pengantin sediakan. Hal ini kerana banyak kos yang perlu kita pertimbangkan bermula dari persiapan sebelum dan selepas majlis. Disebabkan itu juga ada segelintir pengantin yang ambil jalan mudah dengan membuat pinjaman. Adakah itu cara yang tepat? Jom kita tengok cara rancang perkahwinan yang diamalkan oleh kaum Cina.

Cara rancang perkahwinan orang Cina di Malaysia

Perkongsian mengenai cara rancang perkahwinan orang Cina ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu saudara Tai Zee Kin. Berikut adalah tipsnya:

1. Bakal menantu perlu ada aset dahulu

Ibu bapa pihak wanita akan galakkan supaya menantu buktikan kemampuan membeli rumah dulu sebelum meminang / merisik – dan lazimnya dengan cara lembut (soft approach) untuk memastikan anak nama anak perempuan mereka muncul dalam Geran Tanah / Ruman.

2. Proses meminang

cara rancang perkahwinan

Bila sudah mampu beli rumah, ada kereta, baru “mula” proses meminang / merisik atau buat “marriage proposal”.

3. Daftar perkahwinan dengan pendaftar

Selepas itu, kami akan “daftar perkahwinan dulu” bawah pendaftar perkahwinan (ROM). Jadilah suami isteri sah undang-undang dahulu sebelum majlis. Ambilah masa secukupnya untuk membuat rancangan majlis perkahwinan. Banyak antara kaum Cina yang mengaturkan majlis perkahwinan dari 6 bulan hingga 2 tahun setelah mendaftarkan perkahwinan dengan ROM.

4. Perlu tahu ada dua jenis majlis yang berbeza

cara rancang perkahwinan

Bagi majlis jenis pertama, biasanya dua majlis berasingan (lazim untuk keluarga pengantin lelaki dan wanita yang berkampung di tempat berlainan). Misalnya, keluarga pengantin lelaki di Sungai Petani, Kedah manakala keluarga pengantin perempuan di Seremban, Negeri Sembilan. Ibu bapa pengantin ini akan saling hadir.

Untuk majlis jenis kedua pula, ia adalah majlis yan bergabung (dua dalam satu), di mana hanya ada satu majlis sahaja untuk kedua-dua belah pihak pengantin. Saudara mara dua pihak akan hadir di majlis yang sama. Majlis sebegini akan berlaku apabila pasanga pengantin berasal dari tempat yang sama.

5. Pantang ambil personal loan

Bagi kaum Cina, pantang ambil personal loan untuk membuat majlis perkahwinan. Tidak dibenarkan. Ibu bapa akan kata “kalau tiada duit, kami tak benarkan kahwin”. Simpan cari duit dulu. Non negotiable. Tidak akan berlaku.

6. Ibu bapa simpan duit untuk anak

Ibu bapa biasa kalau mampu, akan simpan duit untuk perkahwinan anak masing-masing. Mereka akan bagi duit kepada anak-anak untuk ringankan beban mereka.

7. Budaya Ang Pow

Budaya Cina berpisah tiada dengan “Ang Pow”. Kalau pernah hadiri perkahwinan Cina, depan dewan biasanya ada satu meja kaunter pendaftaran. Kaunter ada dwi-fungsi. Pertama pendaftaran. Kedua, rekod duit angpow.

8. Kadar rujukan Ang Pow

Pasal angpow perkahwinan ini, dia ada “kadar rujukan” mengikut jenis majlis (hotel, restoran, dewan orang ramai), lokasi (hotel 5 star Bukit Bintang, atau restoran Jade Garden Sungai Petani) dan juga betapa intim hubungan (pek pek emem ah cik ah sim bagi lebih.

Biao shu, shu po, yi po, biao jie bayat kurang sikit). Kawan karib bagi lebih, kawan tidak karib bagi kurang sedikit.

9. Siapa yang akan hadir?

Saudara mara sudah tahu, untuk bagi jumlah berapa dalam angpow ikut kadar tersebut. Sebagai contoh, kalau RSVP majlis di Hotel 4/5 bintang, RM150-250 adalah biasa bagi setiap yang hadir. Ibu akan tanya dalam kumpulan whatsapp – berapa yang akan hadir majlis perkahwinan sepupu? Ibu nak buat anggaran angpow. Kalau keluarga ada 3 yang hadir, ibu mungkin akan sediakan angpow RM500. Kalau ibu seorang sahaja yang hadir, mungkin RM200.

10. Rekod Ang Pow

cara rancang perkahwinan

Bila sampai depan kaunter rekod angpow, zaman dulu-dulu dia akan terus buka angpow (sekarang dah jarang, dia buka bila majlis habis di rumah) dan buat catatan amoun ang pow. Contohnya:
  • Tai Zee Kin (Sepupu belah pengantin wanita) – RM250
  • Chew Hoong Ling (sepupu xxxx) – RM300
  • Joan Lai (Yi Poh) – RM 500
Jadi, bila bagi angpow, kami akan tulis dengan jelas nama di belakang angpow itu untuk memudahkan rekod. Wajib. Tak percaya? Hadirlah majlis perkahwinan Cina, perhatikan angpow mereka bagi. Mesti ada tulis nama di belakang.

11. Ibu bapa tambah duit Ang Pow

Buku catatan angpow ini, pihak ibu bapa pengantin akan simpan dengan baik. Hari kemudian bila ada anak sesiapa kahwin, ibu akan buka buku catatan tersebut (selalu disimpan dalam laci altar dewa dewi), dan cari juga berapa yang dia atau ibu bapa dia bagi masa majlis perkahwinan anak sendiri. Dia akan balas jumlah tersebut dan “top up” sikit lagi. Kalau yang kahwin itu adalah anak tunggal, ibu akan “top up” lagi angpow itu.

12. Guna duit Ang Pow untuk belanja keperluan rumah tangga

Maka, dalam banyak majlis perkahwinan Cina, pasangan pengantin akan dapat ‘lebihan’ wang dari angpow : cukup untuk membayar semua belanja dan kos majlis, siap ada baki lagi. Baki ini akan dibelanjakan untuk cuti bulan madu, atau beli rumah.

13. Pelaburan dari Ang Pow

cara rancang perkahwinan

Budaya ini diwarisi sejak ribuan tahun sampai sekarang. Ang Pow majlis perkahwinan seolah-olah menjadi ‘pelaburan’ yang bakal meraikan keuntungan. Kami sampai sekarang tidak pernah hadir majlis perkahwinan Cina tanpa memberi angpow dengan jumlah yang setimpal.

14. Cina moden tiada Ang Pow

Budaya ini tidak terpakai untuk mereka yang ‘mampu’ dan ‘moden’ ala barat. Keluarga yang cukup kaya, mungkin akan suruh jangan bagi angpow. Mereka adalah golongan minoriti.

15. Bina semangat komunal

cara rancang perkahwinan

Saya berasa budaya ribuan tahun ini harus diteruskan kerana ia memperlihatkan sifat kebergantungan dan memupuk semangat ‘komunal’ dengan mendalam.

16. Halang anak buat pinjaman loan

Nasihat saya kepada kaum lain – Jangan Benarkan Anak-Anak Membuat Pinjaman Loan untuk majlis perkahwinan. Halangkan anak-anak daripada perbuatan ini yang boleh memusnahkan masa hadapan mereka demi nafsu ‘ego’ sendiri untuk sehari.

Semoga perkongsian mengenai cara rancang perkahwinan ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat khususnya kepada bakal-bakal pengantin di luar sana.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart