Alahai Romantiknya! Pengantin lelaki perlu dibedah segera, Ibu bapa ganti anak ‘Naik Pelamin’

Bagi pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan, pasti tidak sabar menanti saat-saat indah bersanding diatas pelamin. Ye lah, ini sahajalah masa untuk kita diraikan dan akan menjadi momen indah dalam kehidupan.

Tapi, sebagai manusia kita hanya mampu merancang. Tuhan penentu segalanya. Sekalipun kita tidak mampu menghalang segala apa yang akan berlaku walaupun segala persiapan terbaik telah dilakukan.

Ini apa yang berlaku keatas pasangan pengantin Amer dan Fatheen yang tidak dapat meneruskan impian mereka untuk bersanding kerana masalah kesihatan yang dihidapi pengantin lelaki.

Menurut pengantin perempuan, mereka hanya sempat dinikahkan dan tidak dapat bersanding kerana suaminya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana pain attack selepas menjalani pembedahan appendiks. Difahamkan, pengantin lelaki perlu menjalani pembedahan segera.

Hanya sempat nikah sahaja

Melalui twitter Fatheen, keluarga selalu mendoakan agar mereka segera disatukan dan Alhamdulillah doa-doa itu dipermudahkan Allah swt tetapi DIA jugalah yang menentukan segalanya apabila mereka hanya sempat dinikahkan sahaja.

“Aku sempat nikah je, mama yang sanding dekat dewan”

Walau bagaimanapun, tetap bersyukur segalanya berjalan dengan lancar.

“I’m glad cause they make a lovely couple, beautiful bride and groom”

Semua orang happy…

Fatheen juga bersyukur, walaupun perlu berada disisi suami di hospital, namun semuanya rasa gembira melihat gambar-gambar persandingan ibu bapanya yang dikongsi keluarga dan sahabat handai.

Beliau juga turut bersyukur memiliki ibu bapa yang sangat positif dan cekal.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart