Ini ‘Trick’ simpan duit kahwin tanpa sedar

“Orang dulu-dulu selalu kata, “eh tak mengapa, duit boleh dicari, bahagia tiada gantinya..”

Tapi bila bil bulanan pun mencecah sehingga ribuan ringgit sebulan, terduduk menangis di tepi bucu katil tau sis! ‘Celah’ mana datang bahagia jika segalanya memerlukan duit?

Itulah antara sebab perlunya kita menyimpan duit untuk kegunaan di waktu susah.

Memahami konsep menyimpan wang itu juga penting kerana masih ramai salah konsep dengan berfikiran, simpan jika ada lebih. Hakikatnya tidak semua orang mempunyai lebihan wang untuk bertahan hingga ke gaji seterusnya. Bak kata orang, cukup-cukup makan sahaja.

Disebabkan itu, konsep menyimpan wang itu perlu diperbetulkan dengan mengasingkan sejumlah wang dari hari pertama anda menerima gaji. Wang yang diasingkan tidak perlu disentuh dan jangan disentuh kecuali sudah mencapai jumlah yang dikehendaki pada waktu yang diperlukan.


Pengasingan akaun simpanan

Tidak salah untuk mempunyai banyak simpanan di bank yang berbeza. Malah, ini adalah tindakan yang bijak. Letakkan wang simpanan di bank berasingan dengan bank anda menerima gaji agar anda tidak ‘terguna’ wang tersebut. Lakukannya pada hari pertama anda menerima gaji agar anda jelas dengan jumlah baki sebenar yang ada dan rancang perbelanjaan harian.


Pemotongan automatik

Kaedah ini lebih mudah daripada di atas kerana pengasingan wang simpanan dilakukan secara automatik. Bermakna, sejumlah wang akan ditarik selepas gaji diterima tanpa sedar. Untuk cara ini, anda perlu membuka dua akaun berbeza, satu untuk akaun harian anda dan akaun seterusnya adalah untuk simpanan.

Guna duit syiling

Ha, cara ini sesuai untuk anda yang tidak gemar menggunakan syiling untuk pembayaran. Sediakan balang setiap kali terima wang pulangan syiling. Jika anda rajin, asingkan setiap jenis syiling dalam balang berbeza. Sebagai contoh, sepuluh sen dalam balang A, 20 Sen dalam balang B, dan 50 sen dalam balang C. Sedar tak sedar beratus duit anda mampu simpan dengan hanya duit syiling tau.

Guna duit RM20

Eh, kalau duit syiling lambat sangat nak capai target, kami cabar anda guna duit RM20. Alright, caranya begini. Setiap kali ada sekeping RM20 di dalam dompet atau wallet anda,jangan guna. Sebaik sampai rumah, asingkan RM20 tersebut di dalam balang atau tabung simpanan anda. Cuba tahan diri untuk tidak gunakannya walaupun ketika itu anda ingin membayar barangan yang berharga RM20. Jika terpaksa pecahkan duit RM50 untuk membayar barangan di kedai, buatlah demikian kerana anda akan dapat RM20 lagi untuk disimpan. Trick di sini, jangan fikir langsung akan duit RM20 yang ada di tangan anda. Dah simpan, terus lupakan kewujudan amount tersebut.

Memang mencabar, namun ada pasangan yang berjaya mengumpul sehingga 12 ribu ringgit pada hujung tahun dengan cara begini. Menarik kan? Hiks!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart