fbpx

PRU15: Semak 8 Tips Sebelum Keluar Mengundi Untuk Pengundi Yang Pertama Kali Buat Undi, Jangan Kalut!

Dianggarkan seramai 7.8 juta pengundi baru akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti. Ini yang dikatakan sendiri oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdu Aziz. Bahkan daripada jumlah itu juga, 3.8 jutanya atau sekitar 34% mewakili golongan muda yang berusia 18 tahun. Apakah tips sebelum keluar mengundi yang perlu generasi muda hari ini tahu? Jom, baca artikel berkenaan dengan tips sebelum keluar mengundi ini sehingga ke penghujung.

[Penting] Tips sebelum keluar mengundi

Pilihan raya umumnya berlaku setiap 5 tahun sekali. Tempoh yang agak lama ini kadang kala membuatkan masyarakat terlupa akan prosuder atau tips sebelum keluar mengundi yang perlu dipratikkan. Apatah lagi bagi mereka yang baru pertama kali mengundi.

Esok pada 19 November 2022 (Sabtu), semua rakyat Malaysia akan keluar menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi. Berikut adalah tips sebelum keluar mengundi yang boleh anda jadikan panduan:

1. Check My SPR Semak

tips sebelum keluar mengundi

Pastikan anda tahu di mana lokasi pusat undi dan saluran yang perlu anda pergi. Semuanya ini boleh disemak secara online di laman web rasmi MySPRSemak.

Mudah sahaja, letakkan nombor kad pengenalan anda, dan anda sudah boleh melihat paparan maklumat lokasi mengundi, waktu mengundi, dan DUN di kawasan anda.

2. Rancang waktu perjalanan untuk pengundi yang jauh

Bagi pengundi jauh, pastikan rancang waktu perjalanan dengan sebaik mungkin. Elakkan dari keluar rumah pada waktu-waktu yang “panas” kerana dikhuatiri akan terlibat dengan kesesakan jalan raya.

Kerajaan sudah memberikan cuti pelepasan Am pada 18 November & 19 November berserta dengan tol percuma selama 2 hari. Gunakan peluang tersebut dengan baik.

3. Kenal calon Adun & Parlimen

tips sebelum keluar mengundi

Mengundi jangan membabi buta. Mengundi juga bukan kerana logo, muka calon, atau jenama parti. Kita sewajarnya mempunyai sikap mempertimbangankan keputusan dengan saksama. Apa yang perlu kita lakukan adalah:

  • Kenal dahulu calon
  • Selidik latar belakang, pencapaian dan isu yang diutarakan
  • Buat pilihan berasaskan fakta
  • Undi calon yang mempertahankan isu yang anda anggap penting

4. Baca ramalan cuaca, bawa payung jika perlu

Jangan lupa juga untuk semak ramalan cuaca pada hari tersebut. Sediakan payung sebelum hujan agar anda selesa sepanjang proses pengundian itu berjalan.

5. Check apa yang perlu dibawa ketika keluar mengundi

Tips sebelum keluar mengundi yang seterusnya adalah pastikan anda bawa dokumen (salah satu) yang diperlukan atau yang disenaraikan seperti di bawah ini:

  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu
  • Passport
  • Dokumen pengenalan sementara
  • Resit laporan kehilangan kad pengenalan (disahkan JPN)

6. Buat ujian Covid-19

tips sebelum keluar mengundi

Sebaiknya, setiap pengundi lakukan dahulu ujian saringan Covid-19 untuk memastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik. Patuhi SOP yang sudah disediakan ketika mengundi. Jangan lupa pakai pelitup muka, perlindung muka, hand sanitizer, dan jaga jarak ketika beratur atau berselisih dengan orang ramai.

7. Wajib gunakan dakwat

tips sebelum keluar mengundi

Pastikan jari bersih sebelum tiba di pusat undi. Celupkan jari telunjuk kiri ke dalam botol dakwat apabila diarahkan oleh petugas. Kemudian, biarkan dakwat kering di jari.

Ramai orang buat siap dengan mengecop dakwat di jari pada kertas undi. Dakwat ini hanyalah sebagai tanda anda sudah mengundi. Sebaliknya kertas undi perlu ditanda menggunakan pen yang sudah disediakan.

8. Undi pada kertas undi dengan betul

tips sebelum keluar mengundi

Istilah undi rosak atau undi ditolak biasanya kita dengar setiap kali PRU. Dan tidak mustahil juga PRU15 ini akan berlaku lagi sesetengah pengundi yang mengulangi kesilapan sama. Antara contoh undi rosak adalah seperti:

  • kertas undi tidak dicopkan dengan tanda rasmi
  • undi diberikan lebih dari satu calon
  • menulis perkataan pada kertas undi
  • kertas undi tidak bertanda dan tidak menanda di dalam kotak
  • pengundi tidak menunjukkan tujuan yang jelas pada kertas undi

Selain tanda “X” pada kertas undi, tanda lain seperti “dot”, ‘”tick” atau apa tanda yang dibuat dalam kotak kita boleh takrifkan bahawa dia punya ‘intention’ (niat) adalah untuk memilih calon itu.

Jangan buat perkara ini bila keluar mengundi!

Selepas memahami tips yang perlu anda patuhi sebelum keluar mengundi, ini pula adalah perkara-perkara yang dilarang untuk anda buat bila mahu keluar mengundi.

1. Pakai pakaian bertanda parti politik

Pemakaian baju bertanda parti boleh dianggap berkempen di luar tempoh kempen yang telah ditetapkan oleh SPR. Hukuman akan dikenakan kepada pesalah iaitu, hukuman penjara 1 tahun, denda bernilai RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

2. Menggunakan telefon bimbit

Bawa telefon bimbit semasa mengundi tidak salah. Namun menggunakan telefon bimbit semasa mengundi adalah dilarang. Pengundi perlu serahkan telefon bimbit pada Ketua Tempat Mengundi. Dilarang juga sama sekali ambil gambar atau video kertas undi yang bertanda.

3. Bawa kertas undi keluar dari pusat mengundi

Kertas undi yang sudah siap ditanda wajib dimasukkan ke dalam kotak undi yang telah disediakan. Mana-mana pengundi atau individu yang bawa keluar kertas undi tersebut dari pusat mengundi akan disabitkan kesalahan.

Hukuman akan dikenakan kepada pesalah iaitu, hukuman penjara 2 tahun, kompaun bernilai RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

4. Tangan bersih tidak bertanda

Elakkan daripada memakai cat kuku atau hiasan kuku semasa keluar mengundi. Kebiasaannya, kerani pusat undi akan menyapu dakwat kekal pada jari telunjuk kiri.

Sekiranya pengundi memakai cat kuku atau hiasan kuku, ini akan menyebabkan penyapuan dakwat kekal lebih sukar dilakukan.

Carta aliran langkah pengundian

tips sebelum keluar mengundi

Semoga tips sebelum keluar mengundi yang dikongsikan tadi dapat memberikan anda semua khususnya rakyat Malaysia yang bakal keluar mengundi esok sedikit informasi yang bermanfaat. Undilah pilihan yang terbaik demi masa depan tanah air kita. Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang tinggi semangat patriotismanya.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Shopping cart