Pameran Pengantin Malaysia 2022, Booking Kahwin Expo Gegarkan Kuala Lumpur 3 Hari Berturut-Turut

Siapa yang tidak menginginkan majlis perkahwinan yang indah dan hebat buat kenang-kenangan? Sebagai raja sehari, pastinya kita mahu rasainya sendiri duduk di atas pelaminan dan mengenang semula momen indah itu sampai bila-bila. Namun, kegagalan bakal pengantin di luar sana untuk membuat persiapan majlis perkahwinan yang betul bakal mengundang sesuatu yang di luar jangkaan. Adanya pameran pangantin Malaysia ini membolehkan bakal pengantin memilih khidmat runding perkahwinan yang dipercayai dan berkualiti.

Ratusan ribu ringgit “hangus”, ditipu perunding perkahwinan

Kes penipuan oleh pihak perunding perkahwinan bukanlah perkara yang pelik lagi kerana setiap tahun ada sahaja kes seperti itu yang dilaporkan. Bahkan ia bukan sahaja melibatkan pakej perkahwinan malah turut terlibat seperti pakej katering, pelamin, khidmat photographer, dan pelbagai lagi.

Sudahlah majlis perkahwinan impian kita musnah tidak seperti yang diharapkan. Wang yang dikeluarkan dan lesap juga bernilai puluhan atau ratusan ribu ringgit bagi setiap pasangan pengantin. Ini satu jumlah yang begitu besar lebih-lebih lagi yang terpaksa menyimpan dari dulu atau meminjam bank (loan) demi menjayakan majlis berkenaan.

Pengantin hanya mampu berputih mata sambil menangis dalam hati dengan apa yang berlaku di luar jangkaannya itu.

“Antara laporan dan kes penipuan melibatkan perunding perkahwinan yang berlaku”

pameran pengantin malaysia

“Pelamin anganku musnah, wanita rugi RM3,600 kerana ditipu Pak Andam.”

“Crown reput & mekap buruk, pengantin sedih dianiya Mak Andam.”

pameran pengantin malaysia

“Rugi RM14.9K kerana ditipu wedding planner, wanita geram majlis kahwin jadi hura-hara.”

pameran pengantin malaysia

“Pengantin ditipu RM37,000, terpaksa hidang makanan ringan sahaja kepada tetamu.”

pameran pengantin malaysia

“Raja Sehari ini terpaksa mendapatkan makanan segera untuk dihidangkan kepada 400 tetamu.”

pameran pengantin malaysia

Buat booking kahwin dengan individu atau syarikat yang tidak tanggungjawab memang akan memakan diri sendiri. Terutamanya bagi bakal pengantin yang terdesak dan kesuntukan masa oleh kerana tarikh majlis yang sudah dekat.

Kita yang tidak terlalu mahir dengan selok belok harga perkhidmatan runding perkahwinan dan urusan booking kahwin biasanya tidak mempunyai pilihan yang meluas untuk memilh yang terbaik.

Booking Kahwin Expo, pelbagai khidmat rundingan kahwin dari trusted vendor

pameran pengantin malaysia

Runsing majlis kahwin makin dekat? Bakal pengantin takut kena tipu lagi dengan wedding planner?

Apa kata, anda datang sahaja ke expo pengantin terbesar di bawah anjuran AP Event yang bakal diadakan tidak lama lagi. Pameran pengantin Malaysia ini khusus dibuat untuk bakal pengantin yang rancang untuk kahwin 2022/2023 nanti.

Apa yang menarik tentang expo ini adalah anda boleh dapatkan semua khidmat rundingan perkahwinan dari satu bumbung seperti:

  • Wedding planner
  • Katering
  • Photographer dan video
  • Tempat perkahwinan paling indah atau dewan kahwin
  • Ruang photobooth
  • Servis buat doorgifts
  • Aksesori busana pengantin
  • Servis perawatan wajib pra nikah
  • Pereka busana pengantin
  • Servis pemakaian henna
  • Hiburan majlis seperti perkhidmatan PA sistem, DJ, dna karaoke
  • Pakej honeymoon
  • Servis membuat kad kahwin, dan pelbagai lagi.

pameran pengantin malaysia

Paling penting sekali, kesemua vendor yang ada nanti  dijamin dengan servis yang berkualiti, dipercayai, dan mempunyai pengalaman yang meluas dalam menyediakan sebuah majlis perkahwinan impian buat bakal-bakal pengantin.

Antara vendor yang bakal mengegarkan expo ini adalah seperti Picturesque Production, Fiana Asthetic, De Doorgift House, Yapaf Kulaan Catering, Cahaya Kristal Event Planner, dan ramai lagi. Lebih 20 buah booth akan dibuka nanti.

Pastinya banyak pakej yang menarik ditawarkan untuk anda pada tiga hari berturut-turut itu dengan deposit serendah RM500 sahaja!

Butiran Booking Kahwin Expo

Anda yang berminat untuk datang ke expo kahwin terbesar ini boleh rujuk pada butiran yang berikut:

Tarikh: 25, 26, 27 November 2022

Masa: 10 pagi – 10 malam

Tempat: Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur

Penganjur: AP Event

Bayaran: Masuk adalah PERCUMA

Untuk pertanyaan lanjut, anda juga boleh kunjungi laman sosial rasmi Booking Kahwin Expo di Facebook Booking Kahwin Expo dan Instagram Booking Kahwin Expo.

Jangan lupa temujanji kita di Booking Kahwin Expo. Serikan majlis perkahwinan anda dengan khidmat servis perunding perkahwinan terbaik di expo ini. Bergelar raja sehari dengan memori indah terpahat di sanubari.

Jom, datang beramai-ramai kita meriahkan expo ini!


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart