5 Tabiat lelaki ‘WAJIB’ tinggalkan kalau dah ada niat nak kahwin

Lelaki, kalau ada niat nak kawin, maka ubah dulu tabiat ini!

1. Solat

Kalau sekarang ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu, tapi kalau kita masih sama, masih bawa perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung didalam rumahtangga yang akan didirikan, maka rumahtangga itu tidak akan dapat bertahan lama, sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia.

2. Kerja

Bila nak kawin, pastikan anda dah ada kerja yang stabil, yang mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu untuk satu tempoh yang tertentu. Nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja tak boleh ikut suka, tak boleh kerja sekejap, berhenti, kemudian menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut citarasa anda sendiri. Tak boleh macam itu sebab kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan. Jadi, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu.

3. Perangai bujang

Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan seperti merempit, melepak, kaluar rumah ikut suka, balik rumah ikut suka dan sebagainya. Maka kita perlu ubah semua ini, perlu ubah gaya hidup kita itu dengan bawa motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar rumah pada masa yang sesuai dan balik rumah sebelum tengah malam. Didik diri untnk selesa dengan amalan sebegitu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai masa kita bujang dulu.

4. Belajar mengemas

Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah kerja isteri sahaja. Kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja rumah. Perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yang kita dah biasa buat, dah selalu buat. Percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampk macho jika tahu untuk buat kerja rumah.

5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan

Sekarang, sebelum kahwin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan. Semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama “kawan”, tetapi bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi. Kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja. Anda dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang.

Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan satu tanggungjawab dan satu amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Maka, ubah tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumahtangga. 😊

Kredit : Peguam Syarie Khidmat Masyarakat

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top