Posted on: October 16, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Teka-teki mengenai penampilan terbaharu pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor yang sudah berniqab atau berpurdah, akhirnya terjawab.Neelofa, 31, menerusi satu kenyataan hari ini meminta agar semua pihak mendoakan perjalanan baharunya ini.

“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqomah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi. Insya-ALLAH, semoga kita sentiasa dilindungi ALLAH dan selalu berada dalam rahmat dan ehsan-Nya,” ujarnya.

Sementara itu, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed menerusi Instagramnya turut melahirkan rasa syukur dengan pilihan dan penampilan anaknya itu.

“Masya-Allah. Ya Allah, tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniaan-Mu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku. Seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia.  Love you bidadariku Neelofa,” tulisnya bersama sepotong video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Leave a Comment