Wow! bantuan RM1,000 untuk rakyat Sabah yang nak kahwin

Berita baik buat bakal mempelai! Rakyat Sabah yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama, akan menerima hadiah perkahwinan sebanyak RM1,000 sekiranya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept ini.

Wow, berebutlah ramai remaja yang nak berkahwin selepas ini!Manifesto baru ini telah diumumkan oleh parti USNO dan ia akan diaplikasikan untuk penduduk negeri Sabah sekiranya mereka memenangi PRN Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 26 September ini.

Manifesto itu didapati terkandung dalam pelancaran Ketua Umumnya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Kota Kinabalu, semalam dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.Hanya rakyat Sabah yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama saja yang layak untuk menerima token perkahwinan berupa wang tunai RM1,000 itu.

Bagi mereka yang berkahwin untuk kali kedua tu, boleh lupakan dulu hasrat korang.Untuk pengetahuan, sempena musim PRN yang sedang hangat berlaku di negeri Sabah sekarang, pelbagai manifesto sedang dilayangkan kepada para pengundi di sana demi melobi menjadi kerajaan negeri.


Banyak juga yang diberikan oleh USNO kepada para pengundi jika mereka memenangi PRN ini.

Antara yang berkaitan dengan remaja Sabah termasuklah pembiayaan perubatan kepada rakyat Sabah sehingga RM10,000, bantuan khas RM500 kepada orang miskin/yatim/piatu dan wang tunai RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah.Bagi pelajar yang mendapat tawaran ke IPT pula, mereka akan menerima RM1000.

Di peringkat universiti, mereka akan mengutip dana RM10 juta untuk diserahkan kepada lulusan IPT bagi pembayaran kos PTPTN.USNO juga ingin berusaha untuk menyediakan 30,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Sabah.Wow, banyak betul!Harapnya jika mereka menang, kesemua manifesto yang dicanang ini mampulah ditunaikan seperti apa yang telah dijanjikan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

1 Comment
  1. […] 7 OKtober, 2.30 petang yang lalu telah memfokuskan tentang belanjawan dan beberapa inisiatif baru bantuan rakyat. Ini termasuklah dalam peranan Bajet 2023 bantu wanita khususnya golongan usahawan wanita yang […]

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart