Bilakah Umur Sesuai Kahwin Bagi Perempuan & Lelaki Untuk Elak Kahwin Lambat

Golongan muda hari ini dilihat lebih berfokus untuk menumpukan kepada kerjaya dan kestabilan kewangan diri sendiri berbanding mengambil keputusan untuk berkahwin serta memiliki keturunan.

Bukan itu sahaja, menurut pakar juga trend memiliki anak yang sedikit dilihat semakin berleluasa di negara-negara membangun hasil acuan ikut-ikutan dari negara-negara maju yang lain.

Namun sebenarnya semua persediaan untuk bergelar raja sehari ini boleh dirancang apabila kita tahu bilakah umur sesuai kahwin.

Artikel pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda mengenai umur sesuai kahwin bagi perempuan dan juga lelaki bagi mengelakkan isu kahwin lambat yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Kahwin lambat Ketentuan atau kemahuan?

umur sesuai kahwin

Soalan yang berkaitan dengan jodoh ini sering kali menjadi perbualan hangat di telinga orang-orang yang belum lagi berkahwin atau bertemu jodoh.

“Kau bila nak kahwin?”

“Anak mak cik tu sebaya awak dah beranak 2 dah.”

“Jangan kahwin lewat-lewat, nanti orang gelar andartu.”

Kata-kata sebegini pastinya sudah lali ditelinga mereka yang belum berkahwin. Sehinggalah timbulah teori-teori tentang umur sesuai kahwin, cara pikat jodoh, dan sebagainya.

Umumnya, jodoh adalah sesuatu yang ditetapkan oleh Allah SWT. Justeru itu tidak hairanlah biarpun ada orang yang bercinta 9 atau 10 tahun sekali pun, sekiranya ditakdirkan belum lagi jodoh mereka, maka belumlah ia terjadi.

Begitu juga bagi sesetengah orang yang tidak mahu berfikirkan soal jodoh dan mencari pasangan. Walau sekuat mana pun usaha mereka tidak mahu berkahwin, sekiranya sudah ditakdirkan mereka untuk berkahwin pada usia tersebut, maka kahwinlah mereka.

Semakin ramai wanita yang kahwin lewat, mengapa?

Alasan utama mengapa wanita lewat berkahwin adalah disebabkan oleh tiada pasangan yang bersesuaian.

Hal ini dilaporkan sendiri dari dapatan data Kajian Keluarga dan Penduduk Malaysia Kelima 2014 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), menunjukkan 35.7 peratus wanita bujang memberikan alasan itu menjadi punca mereka membujang.

Dari jumlah itu juga, 86.8 peratus daripada mereka sebenarnya mempunyai keinginan memiliki pasangan hidup.

Lelaki yang menjadikan masalah kewangan sebagai sebab utama mereka masih membujang. Selain tiada pasangan yang bersesuaian, faktor yang menyebabkan wanita lambat kahwin juga disebabkan oleh mengejar karier, dan memilih sifat tanggungjawab sebagai kriteria utama mencari calon suami.

Tips tahu umur sesuai kahwin, bersedia atau tidak?

Untuk pengetahuan anda, bagi kebanyakkan dari masyarakat kita, mereka beranggapan bahawa wanita yang mencapai usia 33 tahun disifatkan sebagai lewat berkahwin, manakala lelaki pula pada usia 37 tahun.

Dalam masa yang sama kebanyakan mereka turut bersetuju umur sesuai kahwin bagi wanita ialah 26 tahun, manakala lelaki 28 tahun.

Soal umur sesuai kahwin dari segi angka sebenarnya bukanlah menjadi jawapan yang boleh kita ambil bulat-bulat untuk menentukan sama ada seseorang itu sudah bersedia untuk berkahwin atau tidak.

Hal ini kerana, ada lelaki yang berumur 38 tahun sekalipun namun mereka masih tidak mempunyai ekonomi dan pendapatan yang stabil. Ringkasnya tidak menjamin dirinya mampu untuk menyara sebuah rumah tangga.

Ada juga sesetengahnya pula mereka masih muda, tetapi mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

Pokok pangkalnya adalah diri sendiri. Justeru itu, di sini kami kongsikan beberapa tips untuk kita tahu umur sesuai kahwin bagi lelaki dan perempuan.

1. Kenal diri sendiri

Tahu akan tahap kematangan diri adalah perkara penting yang perlu kita semak pada diri masing-masing sebelum berkahwin.

Hal ini kerana, alam perkahwinan mempunyai 1001 cabaran dan rintangan yang mungkin jauh lebih payah dari hidup sebagai bujang. Jika tiada kematangan diri yang jitu, mana mungkin sebuah perkahwinan dapat bertahan lama.

2. Stabil dari segi ekonomi dan pendapatan

Stabil diistilah mempunyai banyak makna dan perkara. Stabil dari segi kewangan misalnya amat penting terutama bagi lelaki kerana perlu menyara keluarga, wanita juga harus memikirkan soal stabil ini.

Stabil dalam cara berkomunikasi dengan orang sekeliling juga memberi kesan dalam membantu kita mengetahui tahap kesediaan untuk hidup bersama pasangan.

3. Berjaya untuk move on dari masa lalu

Putus cinta boleh menjadikan seseorang itu fobia atau trauma untuk menjalinkan hubungan semula dengan cinta lain. Bahkan, ada yang sehingga tidak percaya lagi akan kehadiran jodoh dalam hidup mereka.

Ada pula yang putus cinta dan masih lagi teringat-ingat dengan bekas kekasih mereka sehingga tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin.

Seseorang yang telah berjaya untuk move on dari masa lalu atau perhubungan lalu, mereka sebenarnya sudah bersedia untuk membina rumah tangga bahagia dengan pasangan lain. Memang ianya tidak mudah, namun jalanilah proses tersebut dengan berani dan tidak berputus asa.

Kebaikan berkahwin menurut Islam

Perkahwinan menurut Islam sebagai satu keperluan bagi memenuhi aspek kehidupan manusia secara fitrahnya. Sememangnya terlalu banyak manfat yang boleh kita perolehi dalam berumahtangga bagi sesetengah individu.

Berikut ini kami kongsikan beberapa kebaikan berkahwin menurut Islam sendiri:

  • Sunnah para Nabi dan Rasul
  • Dimurahkan rezeki
  • Diberikan zuriat dan keturunan
  • Memelihara iman dan agama
  • Memelihara kesucian diri
  • Menikmati cinta, belas kasihan, dan keselamatan
  • Menghalalkan keinginan fitrah semula jadi
  • Menambahkan amal dan kebaikan
  • Memperoleh keharmonian dalam hidup berumah tangga dan berpasang-pasangan
  • Memelihara akhlak umat manusia
  • Mengekalkan ikatan silaturrahim sesama manusia
  • Melindungi masyarakat dari isu moral dan sumbang mahram
  • Menjaga masyarakat dari penyakit hati
  • Membina persekitaran berkeluarga
  • Menambah jumlah umat manusia dan orang-orang Islam
  • Membaiki diri ke arah yang lebih baik
  • Menjaga masyarakat dari penyakit fizikal

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai umur sesuai kahwin ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam membina mahligai bahagia rumah tangga dan dikongsikan bersama.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top