Anak Umur 35 Tahun Restu Ibu Kahwin Dengan Pasangan Muda, Happy Dapat Ayah Umur 23 Tahun

Berkahwin dengan pasangan yang jauh berbeza usianya dengan kita bukanlah satu perkara yang pelik lagi dalam norma masyarakat hari ini. Ramai orang sudah mula berfikiran terbuka dengan tidak menjadikan isu seperti umur sebagai satu halangan untuk mendirikan rumah tangga. Kahwin dengan pasangan muda?

Artikel pada kali ini, kami ada bingkisan istimewa dari pengguna TikTok tentang kisah unik keluarganya.

Kahwin dengan pasangan muda, anak restu ibu jumpa penganti

kahwin dengan pasangan muda

Video yang telah dimuat naik di laman akaunnya oleh seorang pengguna TikTok, @acacuwitcawer berkongsi kisah ibunya yang kahwin dengan pasangan muda. Cinta seorang ibu tunggal yang berusia 60 tahun ini kembali bertaut dengan seorang jejaka yang berusia 23 tahun.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat gadis tersebut merestui ibunya untuk berkahwin baru selepas bercerai tetapi dia tidak pernah menyangka ibunya akan berkahwin dengan seorang yang muda.

Jika diikutkan, jarak usia antara ibu dan bapa tirinya itu memang jauh berbeza sekitar 37 tahun. Namun, umur hanyalah sekadar angka dan takdir jodoh telah mendahului lebih daripada itu.

kahwin dengan pasangan muda

Diundang sebagai tetamu di Mingguan Wanita

Kerana kisah unik itu telah mendapat perhatian masyarakat, pasangan pengantin baru ini telah dipanggil oleh sebuah rancangan televisyen, Mingguan Wanita untuk ditemu ramah selepas mengadakan majlis perkahwinan mereka.

Jemputan itu adalah untuk membuka ruang mereka berkongsi kisah cinta mereka untuk dijadikan inspirasi kepada masyarakat umum.

kahwin dengan pasangan muda

Anak kahwin, dapat suami lebih tua dari bapa tiri

Tidak lama ibunya berkahwin, anaknya pula menamatkan zaman bujang dengan berkahwin dengan seorang jejaka yang berusia 28 tahun.

Apa yang mencuri perhatian adalah suaminya itu lebih tua 5 tahun daripada suaminya dan 12 tahun muda dari dirinya.

Netizen titip doa kekal ke Jannah!

Video yang mendapat 21.9 K likes dan 706 komen ini telah mendapat reaksi yang sangat meriah oleh para netizen. Banyak yang mendoakan keluarga ini di ruangan komen agar sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat.

Ada juga yang yakin dengan kisah yang berlaku ini adalah kuasa serta takdir Allah yang menentukan segala-galanya.

“Okey, mungkin jodoh saya juga lelaki muda. Apa-apa pun semoga berbahagia untuk keluarga sis.”

“Alhamdulillah, tahniah!”

“Alhamdulillah sudah jodoh Allah SWT takdirkan.”

“Alhamdulillah. Semoga till jannah. Tidak kira muda atau tua.”

Kisah mengenai ibu tunggal yang yang kahwin dengan pasangan muda ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada ramai bakal pengantin di luar sana. Kebahagiaan tidak diukur dengan umur dan latar belakang, tetapi rasa ikhlas dan cinta yang tulus untuk memperjuangkan jalan rumah tangga ini hingga ke syurga.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top