Gadis ini kongsi cara komunikasi guna bahasa isyarat paling mudah, senang nak follow

Rata-rata rakyat Malaysia kurang pendedahan dengan penggunaan bahasa isyarat yang sering digunakan oleh individu yang kurang bernasib baik seperti pekak dan bisu. Di Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Anis Jailani, berkongsi beberapa bahasa isyarat yang mudah difahami dan boleh dipraktikkan oleh setiap orang selepas ini.

Gadis tersebut menceritakan dia dilahirkan pekak sejak kecil lagi, namun ia tidak menjadi penghalang untuknya bagi  berkomunikasi dengan orang lain dengan adanya bahasa isyarat. Tidak berakhir di situ, dia turut mengambil alternatif lain dengan menulis di nota jika seseorang itu tidak memahami bahasa isyarat yang dilakukan olehnya.

Huruf & Nombor

I love you

https://youtu.be/fEZnrraOZt4

Anis turut mempunyai akaun Youtube sendiri yang berkongsi beberapa video menggunakan bahasa isyarat. Kini dia telah mempunyai seramai 162 pengikut di platfom tersebut. Dia turut menjelaskan menerusi tweet tersebut, orang ramai dapat memperoleh manfaat daripada perkongsian bahasa isyaratnya.

Menerusi ruang balas di Twitter, seorang gadis menyatakan pembelajaran bahasa isyarat sangat penting dan ia dapat dipraktikkan jika berhadapan dengan orang bisu mahupun pekak. Hal ini sekali gus, boleh melancarkan proses komunikasi tersebut.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top