12 Jurugambar Kahwin Instagram Yang “Famous” Dalam Kalangan Selebriti Dengan Hasil Terbaik

Fotografi perkahwinan penting dalam sesebuah majlis kahwin kerana disitulah momen berharga untuk merakam segala peristiwa bersejarah yang berlaku bagi kehidupan raja sehari sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.

Artikel pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda beberapa jurugambar kahwin Instagram yang boleh dijadikan pilihan untuk pelbagai jenis majlis termasuk majlis perkahwinan.

Pilihan Terbaik jurugambar kahwin Instagram untuk “Malay Wedding”

Terdapat beberapa pilihan jurugambar kahwin Instagram yang sesuai untuk anda di majlis perkahwinan nanti. Berikut adalah antara pilihan yang boleh anda semak:

1. Sweetpictures

Jurugambar kahwin Instagram yang cukup dikenali ramai ini sudah tidak asing lagi oleh pelbagai sambutan majlis. Sweetpictures mula diasaskan di Kuala Lumpur pada tahun 2008 dan merupakan syarikat fotografi pertama yang menyediakan platform khidmat fotografi di Malaysia yang memudahkan para pengantin membuat tempahan dengan lebih cepat, mudah, dan selamat.

Mereka juga berpengalaman dalam 10,000 jenis sambutan majlis dalam masa 14 tahun mula beroperasi. Terbaru mereka merakamkan majlis resepsi Ernie Zakri & Syamel.

Menariknya tentang Sweetpictures ini mereka mempunyai SOP dan garis panduan kerja yang sangat efektif dalam menyediakan hanya yang terbaik bagi setiap pelanggan yang mahu mendapatkan servis fotografi dengan mereka.

Laman sosial: Instagram | Facebook | Website


2. Faridism Production

jurugambar kahwin instagram

Servis jurugambar kahwin Instagram dari Faridism Production membawa misi untuk membantu bakal- bakal pengantin dengan menyediakan servis fotografi & videografi yang berkualiti dan dipercayai.

Selebriti seperti Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie pernah memilih khidmat mereka sebagai jurugambar profesional di masjlis akad nikah di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan.

Selain itu, Faridisim juga terlibat aktif dalam menjadi menghasilkan dokumentari kenangan bersama syarikat dan pertubuhan terkenal seperti Segi Universiti, Halal Expo Japan 2020, dan banyak lagi.

Laman sosial: Instagram | Facebook | Website


3. Fine Folx

Fine Folx ada menyediakan perkhidmatan jurugambar kahwin Instagram yang diasaskan dari tahun 2012 lagi dengan membawa pembaharuan dan eksperimentasi sentuhan moden dan tradisional dalam sebuah potret perkahwinan.

Istimewanya mereka banyak tertumpu kepada kerja-kerja pra-proses dan pasca proses yang berlaku di belakang kamera.

Laman sosial: Instagram | Website


4. Project2pi

Project2pi pernah menjadi jurugambar profesional bagi majlis persandingan seperti Fasha Sandha dan Aidil Aziz, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza, Eyra Hazali dan Haziq Nadzli, dan ramai lagi.

Justeru itu soal kualiti dan hasil karya foto mereka tentunya tidak ada tandingan lagi kerana cukup berpengalaman dan mempunyai kepakaran yang meluas.

Laman sosial: Instagram | Facebook


5. Amir Naufal Photography

jurugambar kahwin instagram

Jurugambar kahwin Instagram yang seterusnya ini juga tidak kurang hebatnya, nama-nama besar selebriti yang percaya untuk mendapatkan khidmat Amir Naufal Photography adalah seperti pasangan Emma Maembong dan Shazli Azhar, Elfira Loy dan Faris Anuar, Syukri Yahaya dan Tya Adnan, Ryan Fahmi dan Elyia Ibrahim, dan ramai lagi.

Selain itu, mereka juga terlibat aktif dalam nama-nama produk dan jenama di Malaysia ini meliputi rangkaian pakaian, perkahwinan dan sebagainya.

Laman sosial: Instagram | Facebook


6. Pretty peektures

Bagi pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan di Subang Jaya atau kawasan terdekat dengannya, Prettypeektures mungkin cadangan pilihan jurugambar kahwin Instagram yang menarik untuk dicuba.

Laman sosial: Instagram


7. __maypictures

May Pictures pakar dalam mengendalikan sesebuah majlis khusus dalam mengabdikan foto kenangan di hari istimewa kita.

Mereka menyediakan pelbagai pakej fotografi untuk pelbagai jenis majlis seperti bertunang, nikah, malam berinai, sanding, bertandang, akikah, maternity, sambutan hari jadi, dan sebagainya

Laman sosial: Instagram | Facebook


8. Anan amri

Anan Amri adalah seorang jurugambar kahwin Instagram yang sangat obses kepada fotografi dan artis visual experimatalist di Shah Alam.

Beliau menjalankan khidmat jurufoto ini sejak 2007 lagi dan sekarang ini masih bergiat aktif dalam memberikan hasil menarik, berkualiti, dan terbaik bagi setiap bakal-bakal pengantin baru.

Laman sosial: Instagram | Facebook | Website


9. Avicenna Studio

Avicenna Studio terdiri daripada sekumpulan individu yang bersemangat dan suka merakam detik-detik ajaib. Dimulakan pada 2005 secara solo, mereka kini telah berkembang menjadi sebuah keluarga yang besar.

Fotografi dan sinematografi adalah kepakaran mereka, terutamanya di majlis perkahwinan, majlis korporat dan majlis persendirian. 

Laman sosial: Instagram | Facebook


10. MANGOTOUCH

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan selebriti terkenal Neelofa dan Haris Ismail. Pasangan ini pernah mendapatkan khidmat jurugambar kahwin Instagram dari Mangotouch.

The Mangos mempunyai kepakaran dalam seni teknik fotografi yang pelbagai dan mampu menginspirasikan campuran potret rasmi dan photojournalism ke dalam karya mereka hasil dari pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini.

Laman sosial: Instagram | Facebook


11. Nik hamidi Photo

Nik Hamidi seorang jurugambar yang cenderung kepada fotografi perkahwinan dan juga potret. Mempunyai pengalaman di dalam fotografi perkahwinan semenjak 2007 dan telah merakamkan gambar-gambar perkahwinan untuk lebih dari 200 pasangan. 

Biarpun servis Nik Hamidi ini berpangkalan di Damansara, tetapi beliau banyak juga terlibat dengan fotografi perkahwinan di sekitar Lembah Kelang termasuklah Johor,Perak, Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Terengganu dan juga Kelantan.

Laman sosial: Instagram | Facebook | Website


12. Redhu Malek Photography & Cinematography

Jurugambar kahwin Instagram yang terakhir ini agak istimewa sekali kerana ia berpangkalan di rantau tengah dan utara Semenanjung Malaysia. Pengasasnya adalah Redhu Malek yang merupakan ketua jurugambar dan sinematografer di Twig Studio

Twig Studio ini sangat terkenal dalam kalangan para jurugambar yang mana ia ada menyediakan servis menyeluruh untuk semua bidang fotografi dan sinematografi di seluruh Malaysia.

Laman sosial: Instagram | Website

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai jurugambar kahwin Instagram ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan semasa mengambil foto perkahwinan.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top