16 Fakta Tentang Anak Bakal PM Ke-10 Yang Mencuri Tumpuan Netizen Dengan Kecantikkan & Kejayaannya Dalam Bidang Diceburi

Bergelar ahli keluarga yang berpengaruh di Malaysia ini sememangnya memberi suasana dan pengalaman yang berbeza dari orang lain. Sedang tumpuan sibuk menunggu keputusan siapakah bakal PM Ke-10 bagi menerajui pemerintahan dan kerajaan di Malaysia ini, rata-rata juga sempat mencuri sedikit perhatian kepada anak perempuan kepada kedua-dua calon Perdana Menteri kita. Sosok Najwa Mahiaddin dan Nurul Izzah Anwar memberi gambaran seorang anak yang memegang tanggungjawab yang besar dalam keluarga. Malah kejayaan mereka berdua menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana. Berikut adalah 16 fakta tentang anak bakal PM Ke-10 kita akan datang.

Siapa Najwa Mahiaddin?

PM Ke-10

1. Najwa Binti Muhyiddin Yassin atau lebih dikenali di pentas nyanyi sebagai Najwa Mahiaddin berumur 36 dan merupakan anak ketiga dari pasangan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman.

2. Dilahirkan pada 26 April 1986.

3. Najwa bekerjaya sebagai seorang penyanyi dan penerbit rakaman serta berkelulusan dari Berklee College of Music, Boston Amerika Syarikat.

4. Memegang pada misi dan pendirian tersendiri dalam bidang muzik, Najwa gemar membawa genre dari identitinya iaitu jazz dan R&B.

PM Ke-10

5. Pernah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik (menerusi lagu Got To Go) dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Album Pertama) dalam Anugerah Industri Muzik Ke-18 pada tahun 2011.

6. Mendirikan rumah tangga bersama Idris Koh Keng Hui pada 2015.

7. Penulis lirik kepada penyanyi lelaki terkenal di Malaysia, Anuar Zain menerusi single lagu yang berjudul “Kembali”.

Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar

PM Ke-10

1. Nurul Izzah Binti Anwar atau lebih dikenali di pentas politik sebagai YB Nurul Izzah Anwar berumur 42 tahun dan merupakan anak kepada pasangan ahli politik berpengaruh di Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

2. Dilahirkan pada 19 November 1980.

3. Nurul Izzah mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kepujian) di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Selain itu, beliau juga memiliki Ijazah Sarjana bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dari Universiti Johns Hopkins, Washington, Amerika Syarikat.

4. Menjadi antara ahli politik yang termuda terjun ke dalam kancah politik secara tiba-tiba bagi mengemudi gelombang rakyat terutamanya kumpulan anak muda.

5. Mula bertanding dalam PRU Ke-12 pada 2008, dan mengejutkan ramai apabila berjaya mengalahkan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang ketika itu merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.

6. Sekali lagi, Nurul Izzah melakar sejarah apabila berjaya mengalahkan veteran UMNO, Datuk Seri Utama Raja Non Chik suatu ketika dulu.

PM Ke-10

7. Pernah mendirikan rumah tangga dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada 2003, lalu kemudian bercerai pada 2015. Pada 2022, Nurul Izzah mendirikan rumah tangga buat kedua kalinya dengan Yin Shao Loong, seorang penyelidik Khazanah Research Institute.

8. Dikurniakan dua pasang anak dari perkahwinan terdahulu iaitu Raja Nur Safiyah dan Raja Harith.

9. Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini, Nurul Izzah tewas pada hari lahirnya untuk mengekalkan kerusi di Permatang Pauh. Ini sekaligus menamatkan legasi kubu kuat keluarga Anwar Ibrahim sejak 40 tahun yang lalu.

Peribadi, kecantikan rupa paras, kejayaan, dan kehidupan Najwa Mahiaddin dan Nurul Izzah Anwar tidak dinafikan telah menjadi ikon kepada ramai anak muda khususnya para wanita di luar sana. Sungguhpun kedua-duanya membawa perjuangan yang berbeza dengan minat masing-masing. Tetapi kejayaan dan kesungguhan yang dicipta membuktikan bahawa semangat juang yang tinggi itu boleh terlihat dengan kerja keras dan pantang menyerah.

Diharapkan perkongsian berkenaan dengan fakta anak-anak bakal PM Ke-10 ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk menjadi titik inspirasi agar lebih berjaya pada masa akan datang.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top