Nad Zainal Kritikal Di ICU Terpaksa Ditidurkan Kerana Autoimun, Ruangan Komen Dibanjiri Doa Peminat dan Rakan Artis

Dalam kehangatan kita sibuk dengan politik negara PRU15, dunia seni dikejutkan dengan khabar seorang aktres wanita, Nad Zainal dikejarkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-paru. Perkongsian ini diceritakan sendiri oleh seorang rakan artis, Ungku Ismail Aziz menerusi hantaran Instagram Story berkenaan dengan keadaan Nad Zainal kritikal, kini telah ditempakan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Alami pendarahan paru-paru, Nad Zainal kritikal di ICU

nad zainal kritikal

Dalam hantaran tersebut, Ungku memohon doa dari pengikutnya dan semua rakyat Malaysia untuk mendoakan kesembuhan Nad Zainal kritikal sekarang ini.

“Assalamualaikum semua. Nad Zainal sedang kritikal sekarang dalam ICU. Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala,” tulisnya.

Aktres yang baru-baru ini menjadi teraju utama dalam telemovie Matahari Tak Bercahaya bersama gandingan Fattah Amin dikatakan sedang kritikal di ICU, Hospital Ampang Puteri dipercayai akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Ungku turut memaklumkan Nad sudah berasa kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Nad lalu mengambil keputusan untuk ke hospital Ahad itu dan keadaan mulai membaik selepas makan ubat yang diberikan doktor.

nad zainal kritikal

Walau bagaimanapun, Nad dikerjakan ke ICU pada malam Isnin lalu dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan CT Scan. Selepas doktor berjaya membawa semua darah tersebut, doktor terpaksa mengintubasi Nad sekitar jam 6 petang oleh kerana dia sukar untuk bernafas.

“Bila tengok keadaan Nad nak bernafas, sedih juga. Doktor juga mengatakan Nad nampak bergelut untuk bernafas. Jadi, doktor ambil keputusan lakukan prosedur intubasi sekitar jam 6 petang, semalam.

“Doktor mahu pam antibiotik dan ubat untuk pulihkan paru-paru dan badannya. Kita tak mahu Nad bergelut untuk bernafas,” katanya.

Sehingga kini, doktor masih mencari punca paru-parunya aktres itu berdarah dan menolak spekulasi yang mengatakan ia disebabkab oleh kesan long Covid-19.

“Yem nampak dia baik ambulans”

Bekas suami Nad Zainal, Faliq Amiruddin mengambil kesempatan ini untuk orang ramai termasuk peminat mendoakan yang terbaik kepada bekas isterinya itu. Dia dan keluarganya juga turut meminta diberikan ruang untuk berhadapan dengan ujian tersebut.

Dua anak mereka kini iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1 tahun kini berada bawah jagaannya. Keadaan anak-anaknya baik buat masa ini kerana mereka masih kecil dan tidak berapa faham. Hanya sahaja Yem (anak sulungnya) nampak ibunya itu masuk ke dalam ambulans.

Apa itu penyakit Autoimun?

nad zainal kritikal

Penyakit autoimun adalah sejenis penyakit yang dimana sistem imun tubuh seseorang menyerag sel atau tisunya sendiri. Bunyi macam pelik kan? Tetapi justeru inilah yang benar-benar terjadi. Sistem imun gagal untuk membezakan sel atau tisu badan lalu menganggap sel tersebut adalah sel asing.

Oleh kerana kegagalan fungsi tersebut, sistem imun badan menyerang pelbagai organ dan tisu dalam tubuh. Di Malaysia, penyakit autoimun amat jarang didengar dan masih belum wujud lagi kesedaran tentangnya.

Menurut Pakar Perundingan Perubatan Hospital Columbia Asia Puchong, Dr. Muhammad Bin Shahruddin, mengulas mengapa ia boleh terjadi:

“Sepatutnya sistem keimunan dan antibodi kita ini adalah untuk menyerang penyakit seperti contohnya bakteria, fungus dan virus dari luar. Tetapi dalam kes penyakit autoimun ini, badan kita menghasilkan antibodi yang sama dan menyerang organ dalam diri sendiri. Ini kerana sistem imun badan tidak dapat membezakan sel atau tisu badan sendiri dan menganggapnya sebagai sel atau tisu asing.”

Simptom / tanda penyakit Autoimun

Menurut Portal MyHealth, tanda-tanda lain juga termasuk:

  • Sakit sendi, sakit otot atau kelemahan otot
  • Susut berat badan
  • Ruam yang berulang, amat sensitif pada cahaya matahari, ruam berbentuk rama-rama pada hidung dan pipi
  • Sukar untuk memberikan perhatian atau tumpuan
  • Rasa letih, berat badan bertambah atau tidak tahan sejuk
  • Rambut gugur ataupun keputihan pada kulit
  • Kekeringna pada bahagian mata, mulut dan kulit
  • Kebas pada bahagian tangan dan kaki
  • Kerap mengalami keguguran

Punca penyakit ini

Sungguhpun punca sebenar penyakit autoimun masih belum diketahui secara tepat, namun pakar mengatakan bahawa secara umum ia boleh disebabkan oleh faktor-faktor yang seperti berikut:

  • Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit autoimun
  • Jantina dan status hormon (75% penyakit autoimun berlaku di kalangan wanita)
  • Jangkitan virus atau bakteria
  • Pendedahan kepada persekitaran dan bahan kimia toksik
  • Tekanan (stres) dan trauma
  • Tabiat merokok
  • Kekurangan nutrisi

Kesedaran mengenai penyakit ini amat penting untuk diketahui semua masyarakat. Ambillah langkah sentiasa berjaga-jaga dengan melakukan pemeriksaan berkala jika berlaku sesuatu yang menganggu aktiviti seharian anda.

Sama-sama kita doakan semoga Nad Zainal diberikan kesembuhan yang segera dan keringanan kepada sakit-sakit yang ditanggungnya sekarang ini.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart