“Bukti Kaum Wanita Terus Bersinar Di Medan Politik,” 32 Calon Wanita PRU15 Menang Kerusi Di Parlimen

Pepatah ada mengatakan bahawa, “tangan yang mengayun buaian dapat menggoncangkan dunia”. Maka benarlah hari ini kita lihat bahawa kaum wanita, kaum ibu, dan para anak gadis di luar sana terus melakar lembaran sejarah yang menaikkan nama mereka di persada dunia. Baru-baru ini keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU15) telah membuktikan satu lagi kejayaan calon wanita PRU15 menang dalam merebutkan kerusi di parlimen.
32 Calon wanita PRU15 menang kerusi Parlimen, 15 kerusi Dun
Menurut laporan, seramai 32 calon wanita PRU menang daripada 127 orang yang bertanding di kerusi Parlimen telah berjaya mendapat mandat oleh rakyat sebagai wakil suara mereka di lokasi masing-masing.
Bagi DUN pula seramai 15 daripada 60 lagi calon yang bertanding khususnya di Perlis, Perak, Pahang dan Buhaya di Sabah teleh berjaya memenangi kerusi masing-masing.
Justeru daripada keseluruhan 127 calon wanita PRU15 yang bertanding, calon dari Pakatan Harapan (PH) adalah yang paling ramai sekali iaitu sekitar 16 orang. Manakala selebihnya dari pecahan lima daripada Gerakan Parti Sarawak (GPS), tujuh daripada Perikatan Nasional (PN), tiga Barisan Nasional (BN) dan satu daripada Warisan.
Sedangkan bagi DUN pula, kelihatan PH berani untuk meletakkan calon wanita yang paling ramai iaitu sebanyak tujuh orang calon, diikuti lima orang oleh PN, dan tiga orang daripada BN.
Senarai calon wanita yang menang di PRU15
Berikut adalah senarai calon wanita yang telah berjaya memenangi kerusi di PRU15 beberapa hari lalu berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
1. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH) – Parlimen Bandar Tun Razak,
2. Teo Nie Ching (PH) – Parlimen Kulai
3. Teresa Kok Sim (PH) – Parlimen Seputeh
4. Hannah Yeoh (PH) – Parlimen Segambut
5. Datuk Nancy Shukri (GPS) – Parlimen Santubong
6. Datuk Rubiah Wang (GPS) – Parlimen Kota Samarahan
7. Rodiyah Sapiee (GPS) – Parlimen Batang Sadong
8. Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN) – Parlimen Parit Sulong
9. Datuk Seri Azalina Othman Said (BN) – Parlimen Pengerang
10. Datuk Siti Aminah Aching (BN) – Parlimen Beaufort
11. Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN) – Parlimen Masjid Tanah
12. Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan) – Parlimen Kota Belud
13. Young Syefura Binti Othman (PH) – Parlimen Bentong
14. Cikgu Rahayu Baharin (PH) – Parlimen Tanjung Karang
15. Dr Zaliha Mustafa (PH) – Parlimen Sekijang
16. Wong Shu Qi (PH) – Parlimen Kluang
17. Dato’ Kak Taz (PAS) – Parlimen Tumpat
18. Kak Lah (PAS) – Parlimen Rantau Panjang
19. Hajah Salamiah Mohd Nor (PN) – Parlimen Temerloh
20. Dr Ustazah Mastura (PN) – Parlimen Kepala Batas
21. Fadhlina Binti Sidek (PH) – Parlimen Nibong Tebal
22. Syerleena Abdul Rashid (PH) – Parlimen Bukit Bendera
23. Vivian Wong Shir Yee (PH) – Parlimen Sandakan
24. Nancy Shukri (GPS) – Parlimen Santubong
25. Rodiyah Binti Sapiee (GPS) – Parlimen Batang Sadong
26. Doris Sophia Anak Brodi (GPS) – Parlimen Sri Aman
27. Alice Lau Kiong Yieng (DAP) – Parlimen Lanang
28. Rodziah Ismail (PH) – Parlimen Ampang
29. Yeo Bee Yin (PH) – Parlimen Puchong
30. Dr Halimah Ali (PN) – Parlimen Kapar
31. Aiman Athirah (PH) – Parlimen Sepang
Kuasa rakyat sepenuhnya dalam PRU15
Apa yang kita saksikan pada keputusan PRU15 ini membawa gelombang perubahan yang sangat luar biasa khususnya kepada beberapa parti serta kerusi Parlimen yang menjadi kubu kuat sesetengah percaturan politik.
Misalnya mengenai kekalahan Nurul Izzah, Puteri Reformasi di Permatang Pauh sekaligus menamatkan legasi keluarga Anwar Ibrahim. Kemenangan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Fawwaz dari parti (PN-PAS) telah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 5381 undian.
Kekalahan Nurul Izzah juga telah membuatkan sesetengah warga Twitter mengeluarkan komen “menghentam” Ustaz Fawwaz.
“Siapa Ustaz Fawwaz yang tewaskan Puteri Reformasi Nurul Izzah di kerusi turun-temurun PKR Permatang Pauh? Inilah orangnya, tulis @Jatlkhwan di Twitter.
Apa yang pasti inilah kuasa rakyat dalam memilih dan tampaknya rakyat benar-benar sudah muak dengan politik lama serta mahu beralih ke arah kemajuan yang lebih berteras.
Siapa “dia” itulah yang anda pangkah. Kemenangan seseorang calon bermaksud dia mendapat suara ramai untuk dijadikan wakil yang membawa suara rakyat dan masyarakat di pentas Parlimen.
Matanglah dalam menerima keputusan. Kemajuan yang kita dambakan itu bukan sahaja pada harta benda atau kesejahteraan negara tetapi juga intelektual iaitu kepintaran masyarakat dalam berfikir, kematangan dalam memilih serta keterbukaan menerima.
Artikel Berkaitan:
- Pameran Pengantin Malaysia 2022, Booking Kahwin Expo Gegarkan Kuala Lumpur 3 Hari Berturut-Turut
- 8 Inspirasi Makhota Perkahwinan Diraja dan Selebriti Untuk Bakal Pengantin
- Jangan Biarkan 6 Aura Negatif Ini Rosakkan Ikatan Perkahwinan Yang Dibina