“Ada Pihak Yang Sengaja Mengadu Domba,” Keputusan Gabungan Kerajaan Masih Belum Terjawab, Komen Ustazah Asma’ Mengejutkan Ramai

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU15) yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan tiada mana-mana parti berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan 220 kerusi yang telah dipertandingkan. Lantaran itu, kerajaan persekutuan terpaksa dibentuk dengan beberapa gabungan politik. Sudah masuk hari ketiga berakhir hari pengundian, dan keputusan gabungan kerajaan masih belum mendapat jawapannya.

Agung titah rakyat bersabar tunggu gabungan kerajaan baru

gabungan kerajaan

Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta rakyat Malaysia agar bertenang dan bersabar, sementara menunggu pembentukan kerajaan baharu dari gabungan kerajaan PRU15.

Seri Paduka berititah pembentukan kerajaan persekutuan yang baru memerlukan sedikit masa lagi.

“Harap bersabar, perlukan masa sikit, kene bersabar, banyak bertenang. Kerajaan ‘Caretaker’ masih ada, masih berjalan seperti biasa,” titah baginda ketika mencermar duli menyantuni pengamal media yang berkampung di hadapan pintu 2 Istana Negara.

Tempoh sehingga pukul 2 petang yang diumumkan bagi ketua parti politik dan gabungan parti politik mengemukakan gabungan parti-parti politik bagi pembentukan kerajaan baru dan calon Perdana Menteri turut dilanjutkan sehingga 24 jam iaitu pukul 2 petang hari ini.

Komen Ustazah Asma’ Harun jadi perhatian netizen

gabungan kerajaan

Di laman sosial hari ini, rata-rata rakyat Malaysia tidak henti-henti memuat naik pandangan peribadi mereka berkenaan dengan situasi yang berlaku di Malaysia ini pasca PRU15.

Tidak terkecuali pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang turut berkongsi buah pandangannya mengulas isu ini dari sisi seorang rakyat dan agamawan.

Spontan rasa sebak bila baca Titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini, saat dalam solat, sampai kepada ayat 5 Surah Al-Fatihah, terus laju mengalir air mata, sama-sama kita ulang baca ayat ini.

اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ

Maksudnya: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.”

Semoga ummat Islam bersatu dan berhenti saling menjatuhkan, hina menghina dan kebencian melampau sesama sendiri! Semoga para pemimpin Islam mampu tolak tepi sengketa lama demi agama dan bumi yang kita cintai ini. Saya sendiri tidak kisah siapakah PM ke 10, yang penting meletakkan kepentingan Islam paling utama.

Islam agama sempurna, bersifat universal

Islam agama rahmah dan sempurna segala segi termasuk haq orang bukan Islam pun akan aman dibawahnya. Berhenti memberi persepsi bahawa Melayu Islam rasis. Sedangkan jika dilihat kaum dan agama lain boleh hidup aman sahaja di negara ini, bebas bergerak dan melakukan apa sahaja, bahkan lebih pelik ekonomi negara juga dipegang oleh bukan Islam, dan kita Melayu Islam juga menyokong perusahaan mereka.

Jika benar rasis bagaimana boleh wujud keadaan ini. Bukan Islam hidup aman damai di Terengganu, Kelantan, Kedah dan semua Negeri, bebas untuk mengamalkan ajaran agama dan budaya. Mereka hendak sembahyang atau buat ritual agama tanpa henti pun tiada larangan.

Masyarakat menjatuhkan masyarakat dengan persepsi rasis

gabungan kerajaan

Berhentilah main persepsi apabila ummat Islam bercakap atas slogan Islam dan Melayu terus dilabel rasis. Sedangkan semua kaum dan agama bila berkumpul akan membicarakan hak dan kepentingan sendiri, dan mereka tidak pula dikatakan rasis.

Sebenarnya ada pihak yang sengaja menimbulkan ketengangan kaum, yang mengadu domba sesama kita, menimbulkan sesuatu yang tidak serius menjadi parah, berhati-hatilah kita dalam bermain api dengan isu ini. Apakah yang dimaksudkan dengan rasis yang sebenarnya?

Rasisme (Bahasa Inggeris: Racism) merupakan satu bentuk kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya.

Pada dasarnya, kepercayaan ini mengandaikan bahawa manusia boleh dibahagikan kepada kuam yang berbeza, dan serentak itu, ia juga mengandaikan bahawa nilai dan darjat seseorang boleh ditentukan berdasarkan kaum yang diwakilinya.Dalam Bahasa Melayu, konsep rasisme sangat berkait dengan perkauman dan juga semangat assabiyah.

Umat Islam jangan memperlekehkan ulama

gabungan kerajaan

Satu lagi yang bahaya apabila umaat Islam sendiri perlekehkan para Alim Ulama, maaf jika ada yang mual isu ini, namun marilah kita muhasabah hadis Nabi di bawah. Daripada Abdullah bin Amru RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا، يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ، حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا، اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا، فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ، فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT menghapuskan ilmu agama bukan dengan cara mencabutnya secara langsung dari hati umat manusia. Tetapi Allah akan menghapuskan ilmu agama dengan mewafatkan para ulama, hingga tidak ada seorang ulama pun yang akan tersisa. Kemudian mereka akan mengangkat para pemimpin yang jahil. Apabila mereka, para pemimpin jahil itu diminta memberikan fatwa, maka mereka akan berfatwa tanpa berlandaskan ilmu hingga tersesat dan menyesatkan.” – (Hadis Riwayat Muslim, hadis sahih)

PRU15 berakhir dengan Parlimen tergantung, apabila tiada mana-mana parti atau gabungan parti politik yang memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan persekutuan. Dan gabungan kerajaan juga masih belum mendapat kata putus.

Sebagai rakyat Malaysia berhentilah dari bergaduh sesama sendiri dan menyalahkan antara satu sama lain. Di saat ini apa yang diperlukan adalah kerukunan bersama. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk perkembangan politik hari ini.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top