Posted on: October 14, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Setiap wanita pasti mendambakan wajah awet muda, namun bagi segelintir wanita yang bergelar ibu, jika memiliki wajah awet muda, keadaan begitu sering kali disalahertikan oleh masyarakat.

Mana tidaknya, wajah atau penampilan ibu yang awet muda membuatkan seseorang itu kelihatan seperti adik beradik atau teman wanita kepada anak lelaki mereka.

Kami kongsikan tiga ibu yang memiliki wajah awet muda dan pernah menjadi tular kerana dianggap kekasih kepada anak lelaki mereka.

  1. Tata Hashim

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter, Affa Danial mengucapkan selamat hari jadi kepada seorang wanita yang digelar mama. Ramai yang mengingatkan wanita itu isterinya meskipun menggunakan perkataan ‘mama’ kerana istilah ‘mama papa’ sering digunakan sebagai kata ganti nama bagi pasangan muda masa kini yang bercinta.

Rata-rata terkejut apabila Affa memberitahu bahawa wanita itu adalah ibunya yang berusia 40 tahun. Menggunakan nama Tata Hashim di Facebook, wanita yang memiliki wajah jelita itu dilihat turut menceburi bidang peragaan dan banyak menjadi model pakaian Muslimah dan pengantin.

2. Yasmi Abdul Hamid

Sekali pandang, gaya penampilan Yasmi Abdul Hamid tidak ubah seperti wanita yang berusia 20-an, namun siapa sangka, ibu berusia 40-an yang berdarah kacukan Pakistan-Jawa itu sudah mempunyai tiga orang anak.

Kejelitaan dan rupa paras muda Yasmi juga pernah disalah erti serta dianggap sebagai kekasih kepada anak lelakinya iaitu pelakon Nabil Aqil yang berusia 22 tahun.

3.

Dianggap sudah berpunya kerana sering berkepit dengan seorang wanita, jejaka berasal dari Lumut, Perak, Azri pernah menulis di Twitter miliknya bagi menjelaskan wanita berkenaan adalah ibunya sendiri.

Walaupun sudah berusia 48 tahun, namun ibu Azri tetap tampak muda dan cantik, justeru tidak hairanlah ramai yang menyangka wanita itu adalah kekasih kepada jejaka berusia 27 tahun itu.

Untungnya miliki wajah yang jelita dan muda, dah macam adik-beradik sahaja dengan anak sendiri.

Leave a Comment