9 Jenis Pernikahan Dilarang Dalam Islam, Cuba Cek Diri Anda!

Salah satu impian yang pasti rata-rata ingin kecapi adalah kebahagiaan dalam mendirikan sebuah rumah tangga.

Namun begitu, berkahwin bukanlah semudah yang kita sangka. Ada beberapa perkara yang perlu kita perhatikan khususnya yang berkaitan dengan hukum hakam Islam.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang jenis-jenis pernikahan dilarang dalam Islam yang perlu anda tahu.

1. Nikah Muhallil

Tergolong dalam jenis pernikahan dalam Islam tetapi banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini adalah nikah muhallil.

Mungkin kita jarang menggunakan istilah nikah muhallil namun nikah cina buta pastinya bukan perkara asing lagi di telinga.

Perkataan muhallil adalah daripada kata dasar ‘halal’ iaitu maksudnya bagi menghalalkan suami pertama berkahwin semula dengan bekas isteri yang sudah ditalak tiga.

Nikah ini berlaku apabila seorang lelaki yang terlah berkahwin dengan seorang wanita lalu menceraikannya dengan talak tiga.

Kemudian lelaki tersebut meminta untuk menikah semula dengan bekas isterinya itu melalui seorang lelaki yang diminta untuk menikah dengan bekas isterinya.

Dalam Islam, sekiranya suami menceraikan isterinya dengan talak tiga, suami tidak boleh merujuk kembali kepada bekas isterinya dan berkahwin yang diiktiraf syariat serta tujuannya kekal bukan perkahwinan yang dirancang (perkahwinan muhallil).

Hal ini dijelaskan dengan terang dalam Surah Al-Baqarah, ayat 230:

Maksudnya: “Sesudah (diceraikan dua kali) itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga perempuan itu berkahwin dengan suami yang lain.

Setelah itu kalau dia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis iddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula),

jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.”

2. Nikah Silang

Pernikahan yang melibatkan lelaki dan wanita yang berlainan agama adalah tidak sah dalam agama Islam.

Seorang lelaki / wanita Muslim tidak boleh berkahwin dengan lelaki / wanita bukan Muslim atas dasar berbeza agama dan kepercayaan.

3. Nikah Khadan

Bernikah secara rahsia dan senyap-senyap menjadi trend pada zaman dahulu sehinggalah ke hari ini. Perkahwinan jenis ini perlu dielakkan.

Allah SWT berfirman, “Dan bukan (pula) perempuan yang mengambil laki-laki lain sebagai peliharaannya.” – (Surah An-Nisa, ayat 25)

4. Nikah Syighar

Nikah syighar berlaku bila mana wali meletakkan syarat pertukaran atau perjanjian lain sebelum pernikahan berlaku.

Contohnya, lelaki A bersetuju menikahkan anaknya dengan lelaki B tetapi dengan syarat lelaki B wajib menyerahkan ke semua hartanya kepada lelaki A. Jika ini berlaku maka ia dikategorikan sebagai pernikahan dilarang dalam Islam.

5. Nikah Mut’ah

Selalu kita dengar dengan drama-drama televisyen tempatan tentang istilah “kahwin kontrak”. Dalam bahasa yang lebih formal ia dikenali sebagai nikah mut’ah.

Ia berlaku apabila salah seorang atau kedua-dua pasangan tidak bersetuju atau tanpa rela untuk berkahwin tetapi tetap dinikahkan atas paksaan atau aturan keluarga.

Jenis pernikahan ini dilarang dalam Islam oleh kerana wujudnya perbuatan menzalimi pasangan.

6. Menikah ketika melaksanakan ihram

Semua perbuatan berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin adalah dilarang sama sekali ketika jemaah itu dalam keadaan berihram.

Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang sedang ihram tidak boleh menikah atau melamar.”  – (Hadis Riwayat Muslim, at-Tirmidzi)

7. Menikah perempuan yang berzina

Seterusnya, jenis pernikahan dilarang dalam Islam adalah berkahwin dengan wanita atau lelaki yang masih berzina.

Allah SWT telah berfirman dalam suran An-Nuur, ayat 3:

Maksudnya: “Pezina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan pezina perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan pezina perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan pezina laki-laki atau dengan laki-laki musyrik; dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang mukmin.” 

8. Menikah dengan saudara ibu susuan

Taraf diri kita dengan saudara susuan adalah adik beradik yang mana haram untuk kita mengahwininya.

9. Bernikah lebih dari empat isteri

Poligami dibenarkan dalam Islam bagi seorang lelaki namun ia perlulah melalui syarat-syarat yang ditetapkan.

Antara syarat itu adalah tidak boleh memiliki lebih dari empat orang isteri. Hal ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah An-Nisa, ayat 3:

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat.”

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan pernikahan dilarang dalam Islam ini dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.


Artikerl Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top