3 Cara Semak Rekod Pasangan dan Rekod Jenayahnya Dari portal E-Syariah

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa cara untuk semak rekod pasangan dan rekod jenayah pasangan dengan cara yang sangat mudah melalui atas talian sahaja.

Mengenali pasangan sebelum berkahwin adalah penting untuk kita buat. Hal ini disebabkan bagi mengelakkan berlakunya penipuan antara kedua-dua belah pihak dalam sebuah perkahwinan.

Apa itu portal e-syariah?

Portal E-Syariah adalah platform digital yang menyediakan pelbagai perkhidmatan yang membabitkan hal-hal berkaitan perundangan syariah.

Cara buat semakan status perkahwinan dengan IC

Untuk menyemak status perkahwinan pasangan, ia boleh dibuat secara atas talian sahaja dalam Portal Rasmi E-Syariah. Berikut ini adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan status yang betul.

  1. Layari laman www.esyariah.gov.my
  2. Kemudian, cari ruangan pilihan “Semak Status Kes”.
  3. Tandakan pada pilihan “Mal”.
  4. Isi dengan lengkap nombor kad pengenalan atau IC pada ruang yang disediakan, dan tekan butang “Cari.”
  5. Senarai maklumat status perkahwinan mengenai pasangan anda akan terpapar secara lengkap (sekiranya ada).

Cara buat semakan status perkahwinan di JPN

Berikut ini adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk semak status perkahwinan di JPN.

  1. Untuk membuat semakan rekod perkahwinan menerusi sistem engkomputeran JPN anda haruslah terlebih dahulu menentukan permohonan yang dibuat oleh pemohon cabutan atau carian.
  2. Rekod yang tidak wujud dalam data JPN, boleh membuat permohonan carian data perkahwinan terlebih dahulu.
  3. Proses permohonan mengambil masa 14 hari bekerja.
  4. Bayaran RM5.00 bagi setiap tahun carian.
  5. Pemohon yang layak memohon adalah Seorang Daripada Pasangan, Anak Pasangan, Ibu/Bapa kepada Pasangan, Saudara Kandung (Adik Beradik) dan Peguam.

Dokumen penting yang diperlukan

  1. Borang Pemeriksaan dan Carian Daftar Perkahwinan (JPN.KC09).
  2. Kaunter: Mykad ASAL bagi warganegara atau salinan MyKad jika melalui pos.
  3. Pos: Pasport ASAL dan salinan di mukasurat maklumat diri (jika bukan warganegara).
  4. Surat kuasa daripada pemilik Daftar Perkahwinan, jika berkaitan (ASAL).
  5. Permohonan yang dibuat melalui pejabat peguam :-
    a. Borang JPN.KC09.
    b. Surat lampiran dari pejabat peguam (ASAL).
    c. Surat lantikan kuasa dari anak guam (ASAL).
    d. Salinan kad pengenalan peguam dan anakguam.
    e. Salinan daftar perkahwinan (sekiranya ada).
    f. Salinan sijil lahir anak (sekiranya berkaitan).
    g. Salinan dokumen perceraian (Sijil Dekri Nisi Mutlak dari Mahkamah / JPN.KC32).
    h. Surat permohonan daripada pemohon jika permohonan dibuat melalui pos (ASAL).
    i. Surat wakil kuasa kepada wakil firma guaman daripada firma guaman.

cara semak rekod jenayah pasangan dengan IC

Untuk menyemak status rekod jenayah pasangan, ia boleh dibuat secara atas talian sahaja dalam Portal Rasmi E-Syariah. Berikut ini adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan rekod yang sahih.

  1. Layari laman www.esyariah.gov.my
  2. Kemudian, cari ruangan pilihan “Semak Status Kes”.
  3. Tandakan pada pilihan “Jenayah”.
  4. Isi dengan lengkap nombor kad pengenalan atau IC pada ruang yang disediakan, dan tekan butang “Cari.”
  5. Senarai maklumat Jenayah mengenai pasangan anda akan terpapar secara lengkap (sekiranya ada).

Jenis kesalahan jenaya syariah yang dilakukan

  1. Keaalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Pentadbiran Agama Negeri-Negeri.
  2. Kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen / Ordinan / Akta Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.
  3. Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah yang secara khususnya memberikan peruntukan berkaitan dengan jenayah berkenaan.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan cara semak rekod pasangan ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan sebelum berkahwin.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top