“Tergamam!” Gadis India Hafal Al-Quran, Lancar Baca Surah Lazim & Yasin Dari Umur 5 Tahun

Bagi seorang rakyat Malaysia, hidup dalam kepelbagaian kaum sejak 65 tahun lalu telah menjadikan kita sebuah masyarakat majmuk yang saling mengenali keunikan bangsa dan agama masing-masing.

Sejak dibangku sekolah lagi, pengenalan awal tentang budaya dan amalan hormat menghormati dalam masyarakat berbilang kaum telah pun dipupuk sehingga membolehkan setiap dari kita menyanyangi antara satu sama lain.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi sebuah video viral yang menjadi perhatian warganet di Tik Tok iaitu mengenai seorang gadis India hafal Al-Quran sehingga mengejutkan orang ramai.

Divya Darshini, Gadis India Hafal Al-Quran

Sebagai seorang Muslim, di bangku sekolah rendah lagi kita sudah diajar untuk membaca, menghayati, dan menghafal surah-surah lazim di dalam Al-Quran. Contohya seperti Surah Al-Ikhlas, Surah An-Nas, Surah Al-Falaq, dan Ayatul Kursi, dan sebagainya.

Namun yang pasti biarpun begitu, percaya atau tidak masih ada segelintir dari kita yang masih belum dapat menghafal surah-surah itu biarpun sudah masuk ke alam dewasa.

Cukup berbeza dengan seorang gadis India hafal Al-Quran yang baru-baru ini mengejutkan ramai netizen di Tik Tok.

Wanita berbangsa India yang bernama Divya Darshini itu kelihatan begitu fasih berbahasa Melayu dan apa yang lebih memeranjatkan ramai adalah dia turut menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran dengan begitu lancar sekali.

Video itu telah dimuat naik sendiri oleh seorang TikTok iaitu @lan5388, kelihatan gadis India itu sedang membuat live di TikTok bersama seorang wanita.

Pada mulanya, wanita berbangsa India itu hanya membaca huruf Jawi sahaja. Namun apabila dia mula membaca juga beberapa surah lazim dengan begitu lancar sekali, tindakan itu telah membuatkan wanita bertudung biru di video tersebut kelilihat terkejut kerana tidak sangka orang berlainan bangsa pun tahu tentang Islam.

Boleh hafal Surah Yasin sampai habis

Bukan itu sahaja, malah Divya turut memberitahu di dalam video tersebut bahawa dia menghafal Surah Yasin sehingga habis.

Bahkan sejak kecil lagi, terdetik sahaja rasa takut dari hatinya atau melihat makhluk ghaib yang tidak kasat mata secara automatik dia akan membaca Ayatul Kursi untuk merawat takutnya itu.

Dulu kan masa kecil, kalau saya nampak hantu, dalam hati automatik akan keluar Ayatul Kursi.

hafal surah dalam Al-quan sejak umur 5 tahun

Divya yang ketika ini berusia 27 tahun dan menetap di Rawang itu memberitahu dia mampu untuk menghafal surah dalam Al-Quran adalah kerana dia dijaga oleh pengasuh beragama Islam di Kuala Lumpur sehingga berumur 16 tahun.

“Pengasuh saya orang Islam, dia selalu ajar anak-anak orang yang dijaganya iaitu Iqra dan baca Al-Quran. Kesemua dari mereka memang beragama Islam.

Siapa sangka niat asal hanya mendengar anak-anak orang yang beragama Islam mengaji Iqra dan baca Al-Quran, lalu akhirnya dia mula tertarik untuk ikut belajar dengan sendiri tanpa paksaan.

Membaca sambil menghayati terjemahan itulah mungkin penyebab ingatannya tentang surah-surah dalam Al-Quran begitu menebal sehingga kini (10 tahun) biarpun wataknya cukup dikenali sebagai seorang yang pelupa.

Netizen memuji dan kagum

Video yang telah memperoleh lebih dari 600 ribu jumlah tontonan, 32.2K likes serta 7.1K shares itu telah menjadi perhatian ramai netizen di media sosial.

Ramai yang memenuhi ruangan komen dengan kata-kata yang baik dan tidak kurang juga menyatakan rasa kagumnya terhadap gadis berbangsa India itu.

“Kalau aku jumpa hantu tak sempat baca ayat kursi. Aku lari dulu.”

gadis india hafal al-quran

“Saya boleh baca dan tulis jawi”

Video viral wanita India hafal Al-Quran

Berikut ini adalah video viral wanita India hafal Al-Quran yang menjadi bualan ramai baru-baru ini.

@lan5388

smoga mendapat hidayah…😊😊🤲🤲 Amin..

♬ original sound – lan538 – lan538

Semoga perkongsian kami kali ini mengenai video viral wanita India hafal Al-Quran tadi dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk anda semua.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top