“Lama Dah Diorang Rancang!” Sah Nad Zainal Kahwin Dengan Ungku Ismail, Ini Kisah Sebenarnya

Pejam celik, pejam celik kita hampir sahaja melewati bulan pertama bagi tahun 2023 ini. Cepatnya masa berlalu, sampai tidak terasa. Ramai yang memulakan permulaan tahun ini dengan berkahwin tidak terkecuali pasangan Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz.

Khabar angin mengatakan Nad Zainal kahwin dengan pasangannya yang juga pelakojn lelaki popular Malaysia itu baru-baru ini.

Posting dalam Instagram sahkan Nad Zainal kahwin dengan Ungku Ismail

nad zainal kahwin

Menerusi hantaran dalam laman Instagram peribadinya, kenyataan bahawa Nad Zainal kahwin dengan Ungku Ismail telah disahkan sendiri oleh dirinya.

“Alhamdulillah.” tulis Nad Zainal pendek.

Dia memuat naik tiga keping gambar bersama Ungku Ismail ketika majlis pernikahan mereka. Bukti mas kahwin berbentuk emas RM1,000 juga disertakan sekali atas namanya dan Ungku Ismail pada tarikh pernikahan 23 Januari lalu.

Kucupan di dahi Nad Zainal

nad zainal kahwin

Antara foto yang menjadi perhatian ramai yang dikongsikan oleh Nad Zainal adalah foto bila mana Ungku Ismail mengucup dahinya. Ini mengesahkan lagi khabar angin yang mengatakan Nad Zainal kahwin dengan pelakon tersebut.

Sebelum ini, pasangan ini juga pernah memuat naik video berdurasi pendek selama 10 saat yang memperlihatkan mereka berpegangan tangan sambil masuk ke dalam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ringkas sahaja, Nad dan Ungku Ismail hanya meletakkan kapsyen emosi berbentuk cinta selain meletakkan tarikh 23 Januari 2023 yang turut dipercayai tarikh sebenar mereka diijab qabulkan.

“Pandai jaga rahsia!” pereka fesyen buka mulut

nad zainal kahwin

Pereka fesyen duo Seth & Luna adalah individu penting dalam menjayakan majlis perkahwinan ini. Dalam masa itu juga, pereka fesyen berdua ini turut berkongsi video berkenaan persiapan Nad dan Ungku sebelum majlis ijab dan qabul berlangsung.

Mereka diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk menghasilkan busana pernikahan pasangan ini. Seth & Luna berkata, mereka antara individu yang memegang rahsia kedua mempelai sebelum Nad dan Ungku Ismail sendiri mengumumkan berita gembira itu kepada umum dan para peminat.

“Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suami. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.”

“Pada hari ini, kami berdoa dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat penganti baharu buat Nad dan Ungku. Semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia hingga ke Jannah,” katanya.

Terdahulu, Nad mula menjalinkan hubungan rapatnya dengan Ungku Ismail apabila sama-sama mula terlibat dalam sebuah drama bertajuk Cina Buta.

Seterusnya berlanjutan sebagai rakan kongsi dalam menjayakan program berbentuk travelog dalam saluran YouTube milik pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu.

Ujian menimpa pasangan ini bila mana Nad ditimpa masalah kesihatan yang kritikal sehingga posisi Ungku Ismail yang menjadi individu yang menyampaikan perkembangan terkini Nad sebagai seorang “rakan” mulai dihidu oleh umum.

Kelihatan Ungku Ismail terus setia berada di sisi Nad sepanjang dia melalui fasa-fasa kritikalnya di ICU akibat masalah paru-paru pada November lalu.

Sebelum ini pernah Nad Zainal kahwin dengan seorang jejaka, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun.

Namun rumah tangga mereka tidak kekal lama dan kemudian berpisah pada bulan September tahun lalu.

Kami dari Wedpedia mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru Nad Zainal dan Ungku Ismail atas khabar perkahwinan yang diterima ini.

Semoga kalian berdua diberikan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga di dunia dan akhirat.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top