Tahniah! 21 Senarai Perkahwinan Selebriti Malaysia 2022 Yang “Gempak” Paling Mengejutkan Ramai

Sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai tidak lama lagi, Wedpedia akan imbas kembali momen bahagia perkahwinan selebriti Malaysia 2022 dari awal tahun sehingga hari ini. Jom, kita semak siapa selebriti tanah air kita yang sudah mendirikan rumah tangga sepanjang tahun 2022 ini.

1. Heliza Helmi & Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman

perkahwinan selebriti malaysia 2022

Pelakon, penyanyi, pengacara, dan aktivis kemanusiaan yang popular dikalangan selebriti Malaysia, tentunya sosok kecil molek Heliza Helmi, 36. Awal Januari 2022 lalu, beliau telah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan dan jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Majlis akad nikah dengan sekali lafaz telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 11.11 pagi. Heliza telah menerima mas kahwin berupa sebentu cincin dan senaskah Al-Quran.

Pasangan ini membuka permulaan bagi senarai perkahwinan selebriti 2022 dengan majlis yang sederhana tetapi penuh keberkatan dihadiri golongan agamawan dari Malaysia.

2. Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

perkahwinan selebriti malaysia 2022

Dulu cukup dikenali dengan suara lunaknya di program realiti Idola Kecil, Azzam Sham atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham selamat di ijab kabulkan bersama pasangan hati juga seorang penyanyi iaitu Sheryl Shazwanie binti Shamsulbahri.

Pasanan ini dinikahkan di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan dengan mengayakan sepersalinan baju pengantin warna putih suci.

Azzam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM 300 bersama dulang cek hantaran, dan gelang buat pasangan hatinya itu.

3. Syura Badron & Muhd Farizat Ismail

Penyanyi yang dikenali dengan lagunya Nazam Berkasih, Syura Badron, 36 mengakhiri statusnya sebagai ibu tunggal sejak 9 tahun yang lalu dengan jejaka pilihan hati.

Majlis pernikahan tersebut berlangsung di Masjid As-Salam, Puchong pada jam 12.30 tengah hari.

4. Usop Mentor & Nur Fatihah

Pada 4 Februari lalu, Usop Mentor, 24 sah bergelar kepada wanita jelita, Nur Fatihah binti Md Hashim, 25. Majlis pernikahan diadakan di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang,

Pasangan ini telah berkongsi berita gembira selepas dua bulan mendirikan rumah tangga, dengan memaklumkam bahawa isterinya sudah berbadan dua. Pada 25 November yang lalu, Usop telah menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Muhamad Saif Umar.

5. Zulin Aziz & Farhan Norzaini

Setelah kisah cintanya penuh berliku itu viral di media sosial dan menjadi buah mulut ramai, akhirnya Zulin Aziz menemui cinta sejati. Zulin dan pasangannya, Farhan Norzaini telah diijab kabulkan di Masjid Negara pada tarikh istimewa 20.02.2022.

6. Azhar Osman & Sue Sauffi

Bagi yang meminati penyanyi kumpulan duo Azhael, pastinya kita tidak asing dengan nama Hael Husaini dan Azhar. Azhar Osman yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 2013, dikatakan telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati Sue Sauffi.

7. Vanida Imran & Arif Abdillah Idris

Cukup dikenali sebagai gelaran “beauty with brain”, aktres Vanidah Imran menamatkan zaman solonya dengan seorang jurutera, Arifabillah Idris, 43 tahun setelah 3 tahun bercerai dengan suami terdahulu, Rashidi Ishak.

Vanida telah berwalikan adiknya sendiri, Johan Imran dan akad nikah telah berlangsung di sebuah premis di Titiwangsa di ibu kota.

8. Wany Hasrita & Mohd Al-Adib

Penyanyi jelita, Wany Hasrita, 30 tahun sah bergelar isteri kepada jejaka dari Kuching Sarawak, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30 tahun yang merupakan seorang juruterbang pesawat.

Perkahwinan selebriti Malaysia 2022 yang ini telah dinikahkan di Damansara Perdana pada 22 Julai lalu.

9. Lia Aziz & Arash Azimi

Lia Aziz, 19 tahun selamat melangsungkan pernikahan dengan Arash Azimi, 24 tahun yang juga pemain gitar kumpulan Tree Hill di Masjid Al-Amin, Puching, Selangor setelah dua tahun menyulam cinta secara diam-diam.

10. Aizat Amdan & Elyssa Alia

Penyanyi popular, Aizat Amdan, 33 tahun akhirnya mengikuti jejak langkah sehabatnya Yuna Zarai. Aizat bergelar suami kepada pasangannya, Elyssa Alia Illias, 34 tahun dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di A-Park.

11. Shahir Zawawi & Jaskin Jaludin

Jejaka yang pernah dikaitkan dengan primadona perfileman negara, Shahir Zawawi, 34 tahun kini bergelar suami seorang pemilik butik, Jaskin Jaludin, 33 tahun pada 2 September lalu.

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Jaludin Nongche di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Center.

12. Sharifah Amani & Ahmed Faris Amir

Pelakon kecil molek tetapi berbakat besar dalam industri seni Malaysia, Sharifah Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid bergelara suri hati kepada seorang CEO sebuah syarikat, Ahmed Faris Amir.

Pasangan ini dinikahkan di sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh 200 orang tetamu sahaja di Kuala Lumpur. Dalam masjlid itu, pihak lelaki telah menyerahkan mas kahwin RM 300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang yang dirahsiakan wang hantarannya.

13. Mas Idayu & Muhammad Sufian Isa

Penyanyi dangdut yang dikenali dengan lagunya Cintaku 100% ini melangsungkan perkahwinan buat kali kedua bersama Muhammad Sufian Isa, yang merupakan Penerbit Eksekutif TV3.

Majlis akad nikah diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall dengan sekali lafaz. Mas Idayu telah diwalikan oleh bapanya sendiri, Mesnun Hassan.

14. Aman RA & Amirah Hani

Aman RA, penyanyi RAP terkenal selamat melangsungkan pernikahan keduanya bersama kakak kepada Chef selebriti Anis Nabilah.

Walau bagaimanapun, Aman RA dan Amirah Hani tidak mempericikan mengenai momen hari bahagia mereka. Perkahwinan terdahulu, Aman dikurniakan sepasang cahaya mata yang berusia 4 tahun dan 3 tahun.

15. Adam Lee & Sweet Qismina

Pasangan pelakon muda yang namanya terus mekar di kaca televisyen iaitu Adam Lee dan Sweet Qismina memilih tarikh pernikahan pada 24 Oktober lalu bertepatan dengan tarikh lahirnya.

Majlis pernikahan itu diadakan di The Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur. Dalam majlis tersebut juga, Adam menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 2410.97 bersama lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang dari pihak perempuan.

16. Najwa Latif & Akwa Arifin

perkahwinan selebriti malaysia 2022

Menamatkan zaman bujangnya dengan sahabat sendiri, begitulah perjalanan kisah cinta Najwa Latif dan Akwa Ariffin. Najwa menerima mas kahwin sebanyak 2.5 grams emas di majlis pernikahan tertutup yang diadakan di Batu pahat, Johor itu.

17. Syifa Melvin & Safawi Rashid

perkahwinan selebriti Malaysia 2022

Pasangan paling sensasi dan ditunggu ramai untuk bergelar suami isteri, Syifa Melvin dan Safawi Rashid, pemain bola Johor Darul Takzim (JDT) selamat bernikah bersaksikan bapa kandungnya, Amirol Melvin.

#SyiFawi hangat di media sosial sehingga hari inidan trending di Twitter dan TikTok sejak mereka dikhabarkan menikah.

18. Dai’e Syed & Hana Ismail

perkahwinan selebriti Malaysia 2022

Pasangan pendakwh selebriti, Dai’e Syed dan pengacara, Hana Ismail sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.

Hana Ismail menerima mas kahwin berbentuk seutas gelang emas dari pengantin lelaki dalam masjis berkenaan.

19. Julia Farhana Marin & Dr Che Hafiz

perkahwinan selebriti Malaysia 2022

Lama berdiam tanpa menjawab sebarang spekulasi tentang hubungan cinta mereka, akhirnya Julia Farhana dan Dr Che Hafiz memuat naik hantaran di Instagram yang memaklumkan bahawa mereka sudah pun berkahwin 14 Disember lalu.

20. Engku Isyamuddin Tuan Losin & Anita Baharom

Pelakon Anita Baharim sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48 tahun dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Garden Hall, Bizmilla One City Subang Jaya.

Pada majlis itu, Anita menerima tiga keping dinar emas sebagai mas kahwin dan wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya.

21. Reen Rahim & Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin

Bermula dengan si cantik ini memendam perasaan kepada si teruna, akhirnya setelah dua tahun kedua-duanya saling bertaut kasih dengan membina rumah tangga pada majlis pernikahan minggu lalu.

Majlis yang dihadiri seramai 400 orang tetamu itu berlangsung di BoraOmbak, Marina Putrajaya.

Semoga perkahwinan selebriti Malaysia 2022 yang terbina ini memberikan mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat. Insha Allah moga kekal bahagia till Jannah!


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart