Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Buat 60,000 Penonton Konsert AR Rahman Tak Senang Duduk

Suara lunak dan alunan merdu penyanyi No. 1 Malaysia ketika berada di atas pentas semasa membuat persembahan pasti membuatkan orang terpukau dan asyik dengan keindahan lenggok nyanyiannya.

Baru-baru ini, peminat dikejutkan dengan persembahan sulung Siti Nurhaliza nyanyi lagu tamil di Konsert AR Rahman Secret of Success Live In Malaysia 2023.

Tampil Siti Nurhaliza nyanyi lagu tamil, 60,000 peminat beri standing ovation

siti nurhaliza nyanyi lagu tamil

Penampilan khas Datuk Seri Siti Nurhaliza nyanyi lagu tamil di konsert AR Rahman telah mendapat banyak reaksi dari ramai pihak yang menyaksikan secara langsung di konsert berkenaan ataupun yang menonton di media sosial.

Siti telah menerima sorokan gemuruh sebaik sahaja dia mendendangkan sebuah lagu berbahasa Tamil yang popular bertajuk, Munbe Vaa yang asalnya dinyanyikan oleh penyanyi terkenal di India iaitu Shreya Ghoshal.

siti nurhaliza nyanyi lagu tamil

Lagu itu adalah ciptaan sepenuhnya oleh pemuzik lagenda AR Rahman. Satu stadium gamat dengan penonton bersorak dan memberikan standing ovation sepanjang Siti tampil menyanyikan lagu tersebut.

Semua orang tahu akan kelunakan suara penyanyi itu dan percaya beliau mampu untuk membawakannya dengan baik.

Tetapi apabila setiap sebutan bahasa Tamil Siti Nurhaliza lancar dan tepat, ramai yang begitu terkesima dan memuji akan kefasihannya dalam nyanyian.

“Saya berbangga dapat menyanyi bersama penyanyi lagenda. Ia seperti mimpi menjadi kenyataan. Saya akan cuba menyampaikan lagu ini sebalik mungkin.” – Siti Nurhaliza

Siti sempat meluahkan perasaan gembiranya dapat berkongsi pentas dengan AR Rahman sebelum memulakan nyanyian di pentas pada malam itu.

Nyanyian Siti menyatukan semua bangsa

Sejak semalam konsert itu berjalan sehingga kini, pujian tidak putus-putus diberikan tentang Siti Nurhaliza nyanyi lagu tamil. Seorang penonton berbangsa India, Prema yang duduk di bangku penonton memuji lontaran vokal, sebutan, dan penghayatan emosi Siti yang dikatakan sungguh cemerlang.

“Siti berjaya membuatkan satu stadium menjerit namanya. Dia menyampaikan lagu klasik ciptaan AR Rahman bertajuk Munbe Vaa setanding penyanyi asal.

“Nyanyian bersama dengan Haricharan dengan bimbingan muzik AR Rahman juga cukup cemerlang. Saya sebagai rakyat Malaysia berasa sangat bangga.”

“It’s so extraordinary”

siti nurhaliza nyanyi lagu tamil

“Dato’ Sri Siti Nurhaliza just nailed it duhh.”

siti nurhaliza nyanyi lagu tamil

“Queen Siti Nurhalizaa mam sang it so flawlessly!”

siti nurhaliza nyanyi lagu tamil

“Dato’ Siti, take a bow! You freaking stole the show!”

siti nurhaliza nyanyi lagu tamil

“Major Highlight!! Siti Nurhaliza”

Nama “Siti Nurhaliza” trending di Twitter

Kehangatan dan kejayaan Siti Nurhaliza nyanyi lagu Tamil itu membawa cetusan trending yang sangat hebat di Twitter Malaysia sehingga namanya menjadi carian tertinggi sejak semalam.

Masing-masing memberi komen dan memuat naik kapsyen dengan mengulas tentang persembahan khas di konsert malam tadi.

Konsert AR Rahman dihadiri Perdana Menteri dan isteri

Siapa yang tidak kenal dengan penggubah lagu, penerbit dan pemuzik yang sudah menerima anugerah di serata dunia seperti Anugerah Grammy, BAFTA Award dan Golden Globe ini?

Alla Rakha Rahman atau lebih dekat dengan nama AR Rahman baru-baru ini mengadakan konsert meganya di Stadium Nasional Bukit Jalil bersempena dengan meraikan 30 tahun perjalanan seni muziknya di Malaysia ini.

Konsert AR Rahman mendapat sokongan hebat tidak berbelah bahagi daripada 14 buah negara termasuk Malaysia, India, Singapura, Dubai, Vietnam, Indonesia, United Kingdom, Thailand, Australia, Sri Lanka, Saudi Arabia, dan beberapa negara lain lagi.

Konsert yang berlangsung selama 3 jam ini membuka tirai pada jam 8.30 malam dengan mendahulukan lagu popular seperti Jai Ho dan Muqabala.

siti nurhaliza nyanyi lagu tamil

Diiktiraf oleh peminat sebagai konsert bertaraf antarabangsa kerana penonton mampu menyaksikan persembahan menerusia 14 paparan skrin yang ada disediakan.

Di antara 60,000 penonton itu, turut hadir bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa selebriti tempatan seperti Harith Iskandar dan yang lain.

Jika sebelum ini Shreya Goshal pernah menyanyikan lagu Cindai nyanyian asal Siti Nurhaliza. Dilihat persembahan Siti pada kali ini ibarat membalas ucapan terima kasihnya atas nyanyian Shreya yang begitu indah dan hebat.

Kita beruntung mempunyai seorang insan dan juga pengiat seni yang memiliki ketrampilan bukan sahaja dari segi kerjaya nyanyiannya itu malah peribadinya juga yang banyak memberi pengaruh baik kepada ramai orang.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart