Anggun Dengan Aksesori Barang Kemas RM15 Juta, Sah! Reen Rahim Kahwin Dengan Jejaka Berusia 28 Tahun

Aksinya yang ceria di kaca televisyen dan berperangai gila-gila dibelakang tadbir sering membuatkan para netizen geli hati dengan gelagatnya itu. Siapa sangka sebelum tahun 2022 melabuhkan tirainya beberapa hari lagi, kita mendapat khabar gembira pelakon wanita terkenal, Reen Rahim kahwin dengan jejakan pilihannya.

“Harap suami dapat jinakkan saya” akhirnya Reen Rahim kahwin dengan ‘Mr H’

Malam Sabtu lalu kira-kira 9.05 malam, bertempat di Boraombak Marina, Putrajaya menyaksikan satu lagi majlis perkahwinan selebriti Malaysia, Reen Rahim. Reen Rahim kahwin dengan jejaka pilihan hati, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, yang berusia 28 tahun dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Reen sendiri, Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Dalam majlis itu, pihak lelaki telah memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan. Selain itu, dia turut menerima mas kahwin sebanyak RM1988 dan sedulang emas.

Busana perkahwinan serba putih di hari bahagia

reen rahim kahwin

Pasangan merpati dua sejoli ini mengenakan busana serba putih yang sangat anggun dipandang dan menjadi perhatian seramai kira-kira 400 tetamu yang hadir termasuk ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan media di majlis tersebut.

Apa yang difahamkan, pasangan pengantin ini juga bakal diraikan dalam satu majlis resepsi yang bakal diadakan di Ruscus Hall Forest Valley, Cheras nanti.

Tidak berniat untuk sembunyikan hubungan cinta dengan media

Ada segelintir netizen yang masih terkejut dengan majlis perkahwinan Reen Rahim ini oleh kerana sebelum ini, dia sendiri tidak pernah berkongsi gambar bersama pasangannya di laman sosial media.

Dalam pada itu, Reen turut memaklumkan dia tidak berniat untuk menyembunyikan hubungan cintanya. Bahkan keputusan itu diambil bagi menghormati dan menjaga hati suami supaya tidak mendengar gosip atau cerita yang tidak betul tentang hubungan itu.

“Saya ini selebriti dan keluarga sudah biasa dengan gosip. Namun tidak bagi keluarga suami. Jadi saya hormat dan mahu menjaga sensitivti mereka.”

Tambahannya lagi, dia tidak mahu apabila gosip hubungan cintanya dulu menjadi tatapan umum, ia memberi kesan yang tidak elok dan boleh mengguris hati keluarga suami.

Tiada syarat, boleh terus terlibat dalam dunia lakonan

Mengulas tentang perjalanan karier seni Reen Rahim selepas berkahwin. Hazim memaklumkan bahawa dia tidak akan menghalang isterinya itu daripada terus terlibat dalam dunia lakonan.

Malah juga tidak meletakkan sebarang syarat kerana percaya isterinya itu bijak dalam menjaga batas.

“Kerjaya lakonan itu adalah rezeki dia, saya tidak akan halang dan terus memberi sokongan. Dia tahu apa yang baik dan buruk sebagai seorang isteri yang bekerja. Kalau ada yang salah saya akan tegur untuk betulkan.”

Kisah cinta mula berputik serius selepas pulang dari umrah

Seperti kisah cinta Romeo dan Juliet, begitu juga kisah antara Reen dan Hazim. Kisah cinta mereka ini bermula kira-kira dua tahun yang lepas.

Mereka mula membina cinta selepas pulang dari umrah apabila kedua-dua hati sudah terbuka untuk membawa hubungan persahabatan ini ke fasa yang lebih serius.

Reen mengaku di awal perkenalan, dia sudah mempunyai rasa suka kepada suaminya itu. Namun, dia hanya pendam sendiri perasaan tersebut.

“Jujurnya, di awal perkenalan, saya yang suka pada dia. Namun dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi untuk membalas perasaan saya. Jadi, saya pendam sendiri perasaan ini selama dua tahun perkenalan sehinggalah kami pulang dari mengerjakan umrah bersama-sama,” kata Reen.

Sibuk bekerja belum ada perancangan berbulan madu

Oleh kerana, kedua-dua pasangan ini masih terlibat dalam urusan kerja, mereka tidak mempunyai perancangan untuk berbulan madu dalam masa yang terdekat. Namun tidak menolak perancangan untuk bercuti bersama apabila semua urusan pekerjaan selesai.

Semoga perkahwinan yang dibina pasangan ini mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Selamat pengantin baru, dan tahniah kami ucapkan.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top