“Maaf Tak Jemput”, Julia Farhana dan Che Hafiz Rupanya Dah Lama Kahwin! Baru Pulang Honeymoon di Indonesia

Sebelum tahun 2022 melabuhkan tiranya, kita menyaksikan satu lagi majlis perkahwinan dari sepasang merpati dua sejoli iaitu pelakon Julia Farhana dan Che Hafiz. Perkongsian terkini mereka berdua di laman Instagram masing-masing telah mengejutkan ramai orang.

Dengan beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan mereka yang dimuat naik ini sekaligus menjawab segala teka-teki yang berlegar dalam industri hiburan kita hari ini.

Nikah pada 14 Disember, Julia Farhana dan Che Hafiz akhirnya disatukan

Pasangan Julia Farhana dan Che Hafiz dikatakan telah pun selamat diijab kabulkan dalam sebuah majlis tertutup di hotel, ibu kota pada 14 Disember yang lalu. Hari ini, pasangan itu telah berkongsi beberapa keping momen bahagia mereka ketika bergelar suami isteri.

Berikut adalah perkongsian Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum di laman Instagram peribadinya.

julia farhana dan che hafiz

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum buat semua. Alhamdulillah sesi akad nikah (ijab kabul) saya dan juga isteri Julia Farhana telah selesai dan berjalan dengan lancar

Di sini saya ingin memohon maaf kerana tidak memberi sebarang jemputan atas sebab sesi akad nikah ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak.

Saya juga mohon agar sahabat-sahabat semua dapat mendoakan semoga saya dan juga isteri menjadi pasangan yang sentiasa mendapat keberkatan-Nya hingga ke Jannah.”

Menjengah ke ruangan komen pasangan ini juga, ramai kawan-kawan selebriti dan rakyat Malaysia khususnya mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik agar mahligai yang dibina kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Menurut Che Hafiz sendiri, majlis perkahwinan tersebut hanya dibuat secara tertutup dengan dihadiri oleh kaum keluarga sahaja. Justeru itu, dia menyusun sepuluh jari meminta maaf akan tiada jemputan yang diwar-warkan kepada umum dan pihak media sendiri.

Baru pulang bulan madu di Indonesia, tak menolak cepat dapat zuriat

julia farhana dan che hafiz

Ketika khabar gembira ini diberitahu kepada umum, Julia Farhana dan Che Hafiz baru sahaja pulang berbulan madu di Indonesia selepas majlis perkahwinan mereka minggu lalu.

Setiap pengantin baru pasti menginginkan cahaya mata pertama dalam rumah tangga begitu juga dengan pasangan ini sendiri. Ketika ditanya mengenai zuriat, Che Hafiz tidak menolak sekiranya ada rezeki.

“Alhamdulillah, selepas selepas majlis pernikahan, kami terus berangkat untuk berbulan madu di beberapa tempat dalam negara Indonesia. Kami baru sahaja pulang hari ini.

Syukur semuanya berjalan lancar. Jika ada rezeki menimang anak, kami menerima dengan hati terbuka.”

Dalam masa yang sama, Julia turut mengambil kesempatan ini dengan memberitahu tahu perkara yang sama dan berjanji akan berkongsi foto pernikahan dia dan suaminya kepada umum tidak lama lagi.

Pada 14 November yang lalu, Julia ada mendedahkan pertunangannya dengan Che Hafiz dan hanya sempat berkata bahawa mereka akan berkahwin dalam masa yang terdekat tetapi tidak mengumumkan tarikah yang sebenar.

Biodata lengkap Julia Farhana

Sama cantik, sama padan. Kedua-dua pasangan pengantin baru ini sebenarnya bukan orang sebarangan tau. Berikut adalah biodata lengkap tentang Julia Farhana.

julia farhana dan che hafiz

  1. Lahir di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Disember 1994.
  2. Mempunyai darah kacukan Melayu – Itali.
  3. Anak sulung dari tiga orang adik-beradik.
  4. Mempunyai pendidikan dalam jurusan Komunikasi Massa daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
  5. Mula memasuki dunia seni ketika berumur 12 tahun tetapi aktif sejak tahun 2011 sebagai pelakon dan model.
  6. Drama yang pernah dibintangi olehnya adalah seperti Syurga Tanpa Cinta, Cinta Roller Coaster, Seribu Rindu, dan sebagainya.
  7. Pernah terlibat dalam telefilem dan movie juga seperti Ratu The Movie, Selamat Hari Jadi, Warna Cinta Impian, dan sebagainya.
  8. Pernah merangkul trofil sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Asia Peace Film Fest 2017.

Kami doakan perkahwinan yang dibina oleh pasangan Julia Farhana dan Che Hafiz ini mendapat kebahagiaan sentiasa di dunia dan akhirat. Semoga berkekalan hingga ke jannah.

Selamat pengantin baru!


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart