“Psstt!!” Ini 8 Petanda Anda Sedang Berhadapan Dengan Pasangan Toksik

Setiap perhubungan pastinya ada naik dan turunnya. Pergaduhan boleh berlaku di mana-mana atas alasan yang paling tidak masuk akal. Kesan berterusan dari semua ini akan membawa masalah dalam perhubungan sehingga mengakibatkan hubungan toksik.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda apakah petanda anda sedang bersama pasangan toksik.

Apa itu hubungan toksik?

pasangan toksik

Hubungan toksik merupakan hubungan yang tidak sihat namun susah untuk terlerai atau dilepaskan. Hal ini sehingga menyebabkan kita tidak rasa menjadi “mangsa penderaan” dalam sebuah perhubungan baik dari segi fizikal mahupun mental.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang sebenarnya tidak tahu bahawa mereka ini sebenarnya sedang berada dalam perhubungan toksik dan bersama pasangan toksik.

Kenali pasangan toksik dalam perhubungan

Wanita biasanya sukar untuk “move on” dari pasangan toksik disebabkan masih ada rasa sayang dan cinta kepadanya.

Tetapi fikirkan, adakah berbaloi kita menunggu seseorang dan berada lama-alam dalam ikatan cinta yang dalam diam menyebarkan racun sehingga membuatkan kita sendiri menderita nanti.

Berikut ini kami kongsikan beberapa tanda bahawa anda memiliki pasangan toksik untuk dijadikan panduan dalam perhubungan.

1. Berkasar dengan pasangan

pasangan toksik

Sifat lekaki secara fitrahnya memang kasar dan kuat fizikalnya. Namun itu tidak bermakna mereka boleh dengan mudah menaikkan tangan atau berkasar dari segi mental atau fizikal dengan perempuan sesuka hati.

Punca ini biasanya berlaku disebabkan oleh lelaki berasa tidak puas hati atau marahkan pasangannya kerana perkara kecil tetapi menjadi pergaduhan besar. Jika dibiarkan pasti akan menjadi lebih teruk dari sebelumnya.

2. Mudah cemburu buta

Kita selalu dengar maksud bahawa cemburu itu tanda sayang. Umumnya, rasa cemburu itu biasa bagi setiap perhubungan. Ada orang mempunyai rasa cemburu yang biasa, dan ada juga yang setiasa cemburu pada setiap masa.

Kategori cemburu yang paling teruk adalah sikap cemburu buta. Pasangan yang menunjukkan sikap cemburu terlampau akan mudah membuatkan kita berasa paranoid untuk bersosial dan akhirnya lebih memilih untuk bersendirian seorang diri ke mana sahaja.

Pasangan akan mudah bersikap curiga, terancam, dan hilang kepercayaan sehingga kita yang terpaksa mengikut kehendak mereka lama kelamaan rela hati menerimanya tanpa menghiraukan diri sendiri.

3. Terus dikongkong dalam banyak hal

Kita perlu tahu membezakan yang mana tindak mengambil berat dan juga mengongkong. Pasangan toksik yang ada sikap mengongkong biasanya bermula dengan sikap ambil peduli yang terlalu menekan.

Setiap masa bertanya itu dan ini sehinggakan perkara kecil yang tidak penting untuk dijelaskan pun perlu diberitahu secara terperinci seolah-olah dia sedang memerhatikan kita di mana-mana.

4. Bencikan komunikasi

Komunikasi menjadi penghubung kepada setiap perhubungan, sama ada perhubungan dalam keluarga mahupun rumah tangga. Tanpa komunikasi yang baik, ini adalah petanda awal yang menunjukkan rumah tangga kita dalam bahaya.

Pasangan yang benci akan komunikasi bersama sebenarnya sedang menunjuk tahap keegoaan yang tinggi bahkan berkemungkinan besar, pendapat kita sebagai pasangannya juga tidak relevan baginya.

Jika pasangan mula menyuarakan pendapat atau pendiriannya, biasanya pergaduhan yang besar akan tercetus dengan sendiri.

5. Suka menghina dan menjatuhkan maruah

pasangan toksik

Perlu wujudnya rasa hormat antara satu sama lain dalam diri pasangan. Pasangan toksik adalah pasangan yang mengeluarkan kata-kata kesat atau selalu merendah-rendahkan diri kita sehingga hilang rasa hormat yang sepatutnya.

Bukan sahaja menjatuhkan maruah pasangan di hadapanya, pasangan toksik juga tidak segan-segan untuk menghina kita dihadapan orang ramai atau bahkan keluarga sendiri.

6. Menghalang pasangan untuk menjadi diri sendiri

Perhubungan yang positif, kita mampu untuk menyerlahkan diri kita secara semula jadi. Ini disebabkan rasa selesa kita terhadap pasangan.

Berlaku bagi pasangan toksik adalah sebaliknya. Hal ini kerana mereka secara tidak langsung terus menerus untuk menghalang pasangan mereka menjadi diri sendiri. Rasa takut pasangan untuk “aman” dalam perhubungan mengubah diri mereka 360 darjah dari sepatutnya.

7. Sering bertengkar

pasangan toksik

Salah faham kerana perkara kecil pun boleh jadi besar apabila kita bersama dengan pasangan toksik yang mempunyai sikap pentingkan diri sendiri serta ego yang tinggi.

Berdiam adalah cara tersulit untuk dilakukan tetapi terbaik bagi mengelak dari pergaduhan yang lebih besar.

8. Memberi tetapi tidak menerima

Tanda kita sedang berhadapan dengan pasangan toksik yang seterusnya adalah terlalu banyak memberi tetapi tidak menerima.

Pelakon utama dalam perhubungan adalah lelaki dan wanita. Justeru itu dalam memainkan rentak dalam sebuah hubungan ia perlu berlaku kepada kedua-duanya.

Perhubungan yang hanya diwakili oleh seorang sahaja tidak akan berkembang dengan baik.

Diharapkan semoga perkongsian mengenai pasangan toksik dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk semua.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
%d bloggers like this:
Shopping cart