9 Tempat OOTD Di Selangor Yang Best Macam Luar Negara Untuk Instagramable

Perkataan OOTD kerap kali kita dengar dalam mana-mana ruangan sosial media. Sehinggakan bentuk hashtag begini #OOTD sangat banyak digunakan oleh setiap orang. Untuk pengetahuan anda, OOTD merupakan singkaran dari Outfit of The Day. Fenomena OOTD juga buat pertama kalinya hangat melalui laman sosial Instagram. Hal ini kerana Instagram menjadi tempat orang ramai memuat naik gambar kehidupan harian termasuk pakaian yang dipakainya hari itu. Untuk menjadikan gambar OOTD kita cantik, ia mestilah dipadankan juga dengan tempat OOTD yang awesome. Artikel kali ini, kami akan berkongsi mengenai tempat OOTD di Selangor yang menarik untuk anda kunjungi khusus buat Instagramable.

1. Istana Bandar Jugra

tempat ootd di selangor

Istana Bandar atau lebih dikenali sebagai Istana Bandar Jugra ini merupakan istana asal di mana Sultan Selangor Ke-5, Sultan Sir Alaedin Sulaiman Shah dulu bersemayam selama 35 tahun. Ia terletak berhampiran dengan Masjid Sultan Alaeddin.

Namun hari ini, istana tersebut telah menjadi tempat pengajian Al-Quran dan Jabatan Agama Islam Selangor. Seni binanya yang indah mengambil pengaruh Islam dari binaan India dan Timur Tengah sangat sesuai menjadi tempat OOTD di Selangor yang menarik.

Alamat: Kampung Sungai Ingat, 42700 Banting, Selangor

Ulasan Google: 4.2 / 5

Waktu operasi: Setiap hari (9.30 am – 4.30 pm)

2. Elima Rainbow Bridge
tempat ootd di selangor

Dikenali antara 4 jambatan tercantik di Malaysia, Elmina Rainbow Bridge memenuhi citarasa untuk para photographer dan Instagramable. Sesiapa yang mengambil gambar di sini tentunya sangat berpuas hati kerana warna rainbow atau pelangi memberi perbezaan amat ketara.

Alamat: Elmina Valley, 176, Jalan Metafasa U16/3, 40160 Shah Alam, Selangor

Ulasan Google: 4.4 / 5

Waktu operasi: Setiap hari (7 am – 10 pm)

3. Laman Seni 7

tempat ootd di selangor

Layan perut dan ber-shopping sambil ber-OOTD? Laman Seni 7 adalah tempat OOTD di Selangor yang pasti buat anda terpukau. Siapa yang tidak kenal dengan tarikan di Seksyen 7 dengan ada pelbagai jenama butik baju, kain, dan tudung design terkini.

Jangan lepaskan peluang untuk singgah di Laman Seni 7 yang menampilkan karya seni 3D lukisan mural dari pelbagai tema termasuklah mengingati peristiwa kapal terbang MH370, wabak Covid-19, dan banyak lagi. Tidak hairanlah ia digelar sebagai kembar kepada Street Art di Bukit Bintang.

Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Ulasan Google: 3.9 / 5

Waktu operasi: Setiap hari (24 jam)

4. Padihijau Homestay

tempat ootd di selangor

Bosan dengan suasana hiruk pikuk bandar dan bunyi bising hon kereta? Anda wajib pergi ke Padihijau Homestay untuk merasai suasana yang menenangkan dan hijau. Dengan berlatar belakangkan panorama sawah padi, dan suasana kampung menjadi kemestian ia termasuk dalam senarai tempat OOTD di Selangor yang terbaik.

Alamat: No 15, Parit 8 Timur Sungai Panjang 45300 Sungai Besar, Selangor

Ulasan Google: 4.5 / 5

Waktu operasi: Setiap hari

5. Tamarind Square

Tamarind Square

Tamarind Square mengekalkan tempat lepak berkonsepkan urban nature yang sangat kena dengan jiwa orang muda. Mereka yang berkunjung ke sini akan rasa lebih fresh dan tenang dengan dikelilingi pokok-pokok hijau yang merimbun.

Seni binanya pula lebih bercirikan moden seakan-akan binaan di pusat beli belah tetapi cukup menarik dan santai. Bagi anda yang hobi ber-OOTD, Tamarind Square banyak menyediakan lokasi awesome untuk berfoto.

Alamat: B-02-03, Tamarind Square, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Ulasan Google: 4.4 / 5

Waktu operasi: Setiap hari (10 am – 10 pm)

6. Kepong Metropolitan Park

tempat ootd di selangor

Taman riadah terbesar di Kuala Lumpur dikenali sebagai Taman Metropolitan Kepong. Kawasan seluas 218.8 ekar ini cukup lengkap bagi sesiapa yang mahu beraktiviti sukan dan beriadah bersama keluarga. Tidak dilupakan bagi yang mahu berfoto, kawasan ini sangat indah dengan pemandangan dan persekitaran yang istimewa.

Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2, 7, Pavement, Taman Metropolitan Kepong, 52100 Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ulasan Google: 4.3 / 5

Waktu operasi: Setiap hari ( 3 – 8 PM, 6 AM – 8 PM)

7. Spacerubix

tempat ootd di selangor

Tempat OOTD di Selangor yang seterusnya iaitu Spacerubix yang berlokasi di Puchong ini dihiasi dengan susunan rubik yang menarik selain unik dan kreatif.

Alamat: Jalan TPP 1/7, Taman Perindustrian Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Ulasan Google: 4.4 / 5

Waktu operasi: Setiap hari ( 8 am – 11 pm)

8. Trick Art Museum I-city

tempat ootd di selangor

Trick Art Museum I-city yang terletak di Shah Alam menampilkan konsep seni 3D dengan lukisan-lukisan menarik dan kreatif sehingga sukar untuk membezakan antara asli atau ilusi. Hasil gambar OOTD anda di sini pasti memukau bila dimuat naik di Instagram nanti.

Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Ulasan Google: 3.9 / 5

Waktu operasi: Setiap hari  (11 am – 12 am)

9. Forest Research Institut Malaysia (FRIM)

tempat ootd di selangor

Bagi pencinta alam semula jadi, pasti nama FRIM sudah tidak asing lagi bagi kalian. FRIM adalah tempat penyelidikan dan taman rekreaksi untuk anda melihat dunia hijau, habitat fauna, dan flora di hutan. Banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini seperti melihat burung, berjoging, berkhemah, jungle trekking, berkelah, dan pastinya mengambil foto.

Alamat: Jalan Frim, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 52109 Kuala Lumpur, Selangor

Ulasan Google: 4.3 / 5

Waktu operasi: Isnin – Sabtu ( 8 am – 5 pm)

Semoga perkongsian mengenai tempat OOTD di Selangor ini memberikan anda semua idea untuk menghabiskan masa cuti yang ada dengan melawati pelbagai lokasi menarik dan menakjubkan di sekitar bandar Selangor. Meluangkan masa bersama yang tersayang sambil merakamkan foto dan video adalah momen yang sukar dilupakan.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top