[Terkini] Senarai Penuh Kabinet Anwar Ibrahim, 2 TPM dan 25 Ahli Jemaah Menteri

Penghujung tahun 2022 menjadi lembaran yang cukup dramatis bagi seluruh rakyat Malaysia apabila kita semua berdepan dengan pembentukan kerajaan baru mengantikan kerajaan pimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Kira melalui Pilihan Raya Umum Ke-15, kemudian menunggu dengan sabar pengumuman Perdana Menteri Malaysia Ke-10, dan seterusnya senarai kabinet Anwar Ibrahim yang menjadi tanda tanya semua pihak. Selepas beberapa kali ditangguhkan, malam tadi pengumuman kabinet Anwar Ibrahim telah mendapat liputan semua pihak media dan rakyat Malaysia.
Kabinet Anwar Ibrahim, 2 Timbalan Perdana Menteri dan 25 Jemaah Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik dua orang Timbalan Perdana Menteri dari berlainan parti dan 25 lagi orang ahli Jemaah Menteri dalam kabinet Anwar Ibrahim itu sendiri. Pembentukan kabinet ini diambik kira dengan gabungan beberapa parti seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS), Barisan Nasional (BN), dan Pakatan Harapan (PH).
Ini juga menjadi sejarah baru yang tercipta dalam politik Malaysia bila mana barisan kabinet memperkenalkan dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Mengikut latar belakang, Ahmad Zahid adalah Presiden Umno, dan Ahli Perlimen Bagan Datuk yang mempunyai mempunyai pengalaman yang lama dan luas dalam Kebinet Persekutuan. Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pelancongan (2004), Timbalan Menteri Penerangan (2006), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2008), Menteri Pertahanan (2009), Menteri Dalam Negeri (2013), dan Timbalan Perdana Menteri (2015).
Sedangkan Fadillah Yusof merupakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Dan pernah berkhidmat sebelum ini sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (2008), dan Menteri Kerja Raya (2013).
Senarai lengkap jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan
Berikut adalah senarai penuh bagi kabinet Anwar Ibrahim yang telah rasmi diumumkan oleh Perdana Menteri Ke-10 Malaysia, pada hari Jumaat 2 Disember 2022, pukul 8.15 malam tadi.
1. Perdana Menteri & Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
2. Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
3. Timbalan Perdana Menteri & Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Fadillah Yusof
4. Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
5. Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
6. Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
7. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
8. Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hasan
9. Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
10. Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
11. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz
12. Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
13. Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang
14. Menteri Pembangunan, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri
15. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Seri Salahuddin Ayub
16. Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi: Datuk Seri Azalina Othman
17. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
18. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
19. Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
20. Menteri Pelancongan: Datuk Seri Tiong King Sing
21. Menteri Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
22. Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
23. Menteri Perpaduan Negara: Ago Anak Dagang
24. Menteri Agama: Datuk Dr Mohd Na’Im Mokhtar
25. Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh Tseow Suan
26. Menteri Sumber Manusia: Sivakumar A/P Varatharaju Naidu
27. Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
28. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak): Armizan Mohd Ali
6 pemimpin Umno tersenarai dalam kabinet
Umno atau Barisan Nasional yang menyokong serta memberi sokongan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan telah mendapatkan enam tempat dalam senarai kabinet Malaysia terbaru yang diumumkan itu.
Mereka yang dimaksudkan ini adalah seperti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Mohamad Hasan; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Datuk Seri Azalina Othman Said; Datuk Seri Zambry Kadir dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Kebanyakkan dari keenam-enam pemimpin ini dipilih berdasarkan hierarki keimpinan dari parti itu sendiri. Dengan membawa turutan bermula dengan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO serta ahli parti.
Diharapkan semua menteri yang dilantik ini dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaik mungkin demi menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia dan mengukuhkan lagi ekonomi negara hingga ke persada antarabangsa. Insha Allah sama-sama kita doakan yang terbaik.
Artikel Berkaitan:
- Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke-10 Perjuangan 24 Tahun Bapa Reformasi Berakhir Di Putrajaya
- 16 Fakta Tentang Anak Bakal PM Ke-10 Yang Mencuri Tumpuan Netizen Dengan Kecantikkan & Kejayaannya Dalam Bidang Diceburi
- Bukti Kaum Wanita Bersinar Di Medan Politik,” 32 Calon Wanita PRU15 Menang Kerusi Di Parlimen