20 Idea Veil Nikah Untuk Naikkan Seri Pengantin Perempuan

Pemakaian veil nikah bagi pengantin perempuan hari ini sudah tidak menjadi sesuatu yang asing lagi untuk kebanyakkan majlis perkahwinan. Bahkan pengantin yang mengenakan busana pengantin labuh atau bertudung juga menjadikan veil sebagai aksesori mengantikan crown. Apa sebenarnya fungsi veil bagi pengantin perempuan, dan apakah pula idea terkini serta tips dalam memilih yang sesuai? Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai veil nikah yang terbaik.

Apa itu veil nikah?

Veil nikah adalah hiasan berbentuk telus yang terdiri dengan jaring diperbuat daripada bahan nipis. Ia sering kelihatan digandingkan bersama bentuk renda sebagai hiasan di atas kepala.

Sama seperti crown pengantin, veil juga termasuk dalam kategori aksesori dan pelengkap bagi pengantin perempuan bagi menjadikan majlis perkahwinan tampak lebih sempurna.

Mengapa pengantin perempuan suka pakai veil nikah?

Asal usul veil pengantin adalah digunakan ketika zaman Romawi dahulu. Secara asalanya, veil merupakan selembar kain berwarna merah digunakan untuk menutupi pengantin wanita dari atas rambut hingga bawah kaki.

Kononnya, ia sebagai simbol api yang dapat membuat syaitan atau roh jahat berasa takut dan tidak mengacau pengantin di hari pernikahan mereka.

Selain itu, pada zaman dulu veil juga digunakan untuk menyembunyikan wajah sedih pengantin perempuan dari kedua orang tuanya yang telah mengaturkan jodoh dan majlis perkahwinannya. Ada juga pengantin memakai veil agar mengelakkan dia melarikan diri saat bertemu pasangan.

Pemakaian veil dianggap sebagai pengantin wanita masih sepenuhnya perawan. Tetapi hari ini, alasan terbesar mengapa wanita memakai veil nikah adalah kerana satu fesyen untuk menaikkan seri pengantin itu sendiri.

Bagaimana memilih veil yang tepat untuk baju pengantin?

Dalam pengantin membuat keputusan memilih veil nikah yang tepat sebelum membelinya, ada beberapa tips dan faktor yang perlu difikirkan dahulu. Antara faktor penting itu adalah:

Tentukan bajet sendiri

Veil nikah termasuk dalam kos persediaan majlis perkahwinan yang perlu kita kira. Veil nikah ada yang murah, ada juga yang mahal harganya. Tidak semestinya yang murah, anda tidak dapat kualiti yang baik hanya sahaja pastikan lakukan survey dan senarai pakej set baju pengantin yang ditawarkan untuk lebih jimat.

Sesuaikan dengan baju pengantin

Kita minat dengan veil nikah dari Kedai A, tetapi bila dipandankan dengan busana pengantin di tubuh ia tidak sesuai dan menenggelamkan rasa ceria dan aura seorang pengantin. Adakah kita masih mahu membeli veil nikah tersebut?

Sudah tentu tidak dan elakkan dari mengambil risiko yang lebih besar. Hal ini kerana, baju pengantin menjadi elemen paling penting dalam sesebuah majis perkahwinan. Anda menjadi perhatian semua orang dan dalam masa yang sama jika busana yang dipakai tidak sesuai ia justeru mencacatkan suasana kemeriahan tersebut.

Tentukan tempat perkahwinan

Apa yang disebutkan tentang kaitan veil dan lokasi tempat perkahwinan adalah keserasian dan kesesuaian antara kedua-duanya. Contohnya veil yang lebih ringkas dengan perincian bunga-bunga untuk perkahwinan ala pantai atau taman.

Bertudung atau freehair

Kebiasaan, veil dipakai untuk wanita freehair. Namun kerana popularitinya semakin meningkat, wanita berhijab juga ada yang memilih veil nikah untuk digayakan bersama tudung.

Kedua-duanya tidak mempunyai masalah sama sekali. Namun perlu diingatkan, veil nikah mungkin memerlukan asas sokongan seperti sanggul pengantin, atau gaya rambut tertentu. Ini bermaksud, semakin panjang atau berat veil anda, semakin diperlukan sokongan pada gaya rambut.

Idea veil nikah yang trending terkini

Berikut adalah idea-idea veil nikah yang terkini, moden, menarik, dan popular dikalangan pengantin perempuan dalam majlis-majlis perkahwinan:

1. Chapel length veil

veil nikah
Kredit: Anna Campbell Bridal

2. Ballet length veil

veil nikah
Kredit: Eliza Loves

3. Fingertip veil

Kredit: Atelier Elise

4. Elbow length veil

veil nikah
Kredit: Britten Weddings

5. Birdcage veil

veil nikah
Kredit: Brides

6. Fly-Away veil

veil nikah
Kredit: Weddbook

7. Blusher veil

veil nikah
Kredit: Brides

8. Cathedral veil

veil nikah
Kredit: Amazon

9. Bridal Sequin Tulle Veil

veil nikah
Kredit: Hitched

10. Lovesick Glitter Birdcage Veil

veil nikah
Kredit: Pinterest

11. Silver Mica Flake Veil

veil nikah
Kredit: Etsy

12. Satin-Trimmed Tulle Wedding Veil

veil nikah
Kredit: Hitched

13. Shoulder-Length Wedding Veil

veil nikah
Kredit: The Wedding Veil Shop

14. Waltz Wedding Veil

veil nikah
Kredit: Ieie Bridal

15. Into The Meadow Flower Veil

veil nikah
Kredit: Hitched

16. Lace Flower Motif Wedding Veil

veil nikah
Kredit: Hitched

17. Bridal Bow Wedding Veil

veil nikah
Kredit: Hitched

18. Pleated Wedding Veil

veil nikah
Kredit: Hitched

19. White Diamante Veil

veil nikah
Kredit: Hitched

20. Hip Length Floral Embroidered Veil

veil nikah
Kredit: Hitched

Tips cara pakai tudung, crown, dan veil sendiri

Ini adalah video mudah tentang cara untuk memakai tudung, crown dan veil dengan sendiri.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan anda semua khususnya bakal pengantin di luar sana informasi dan pengetahun yang bermanfaat mengenai pemilhan dan idea veil nikah yang sesuai dan menarik.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top