10 Tips Memilih Dewan Kahwin Sebelum Buat Booking Elak Pengantin Rugi, Yang No 4 Paling Penting

Antara perkara penting perlu pengantin rancang dan urus sebelum mengadakan majlis perkahwinan adalah untuk memilih dewan kahwin. Ramai orang fikir menguruskan dewan kahwin semudah pilih, jumpa, dan booking sahaja. Sebenarnya jauh dari itu ada beberapa perkara penting perlu dipertimbang. Artikel ini akan berkongsi kepada anda tips memilih dewan kahwin yang penting untuk anda tahu.

Tips memilih dewan kahwin yang penting untuk pengantin tahu

Faktor utama, mengapa pengantin lebih gemar untuk memilih dewan sebagai lokasi majlis berbanding rumah sendiri adalah kerana kawasan yang terhad dan keselesaan tetamu. Berikut adalah beberapa tips memilih dewan yang perlu anda ambil kira sebelum membayar deposit untuk menempah dewan.

1. Fikirkan apa yang anda dan pasangan mahukan

tips memilih dewan kahwin

Kita boleh dengar bermacam-macam cadangan dan buah fikiran dari ramai orang termasuk keluarga sendiri. Namun akhirnya, keputusan dan kata putus perlu datangnya dari perbincangan kita dan pasangan sendiri kerana kalian yang akan duduk di atas pelamin dan menguruskan segala kelancaran majlis itu nanti.

Dewan kahwin haruslah menepati citarasa kedua-dua pasangan. Cari persefahaman dan dengarkan kemahuan dari kedua-duanya. Selalunya dalam hal menentukan tema, warna, dan konsep, kaum wanita akan lebih bermacam idea berbanding lelaki.

Sama ada anda memilih dewan bertemakan moden, perkahwinan di dalam taman atau yang dewan yang ringkas, pastikan ia adalah kehendak anda berdua atau keluarga.

2. Tentukan bajet untuk majlis

Bajet perkara penting yang selalu orang terlepas pandang. Sedangkan itulah yang perlu anda utamakan berbanding yang lain. Mencari lokasi dewan kahwin yang strategik, cantik, haruslah bertepatan dengan bajet anda.

Ukur baju di badan sendiri. Bajet sederhana, carilah sesuatu yang sederhana juga. Sedangkan jika bajet besar, kita bebas untuk cari yang sedikit mahal. Bagi sebuah dewan kahwin, elakkan dari membuang duit dengan melihat pakej dewan yang jauh lebih tinggi dari bajet sendiri.

3. Pilih lokasi yang sesuai dan bertepatan dengan tema

tips memilih dewan kahwin

Lokasi dewan yang strategik dan mudah untuk dijumpai atau diakses dari aplikasi Maps di telefon pintar membolehkan tetamu yang hadir untuk sampai dengan mudah.

Faktor usia atau jarak tetamu yang jauh dari rumah ke lokasi dewan perlu juga difikirkan bagi memudahkan perjalanan mereka pergi dan pulang.

4. Tahu berapa kapasiti ruang mengikut tetamu undangan

Kira berapa ramai jemputan ke majlis perkahwinan kita itu nanti, kemudian sesuaikan dengan berapa besar ruang yang diperlukan. Contohnya jika anda mahukan 300 orang atau 600 orang hadir ianya perlu bertepatan dengan kapasiti ruangan dewan tersebut.

5. Fikirkan kemudahan yang ada terutamanya parking kereta

Selain kapasiti dewan, kemudahan seperti tempat letak kereta juga penting untuk pastikan tetamu mendapat keselesaan yang baik. Hal ini kerana, rata-rata tetamu yang hadir akan menggunakan kenderaan untuk sampai ke destinasi yang mahu ditujui.

Dalam masa yang sama, pastikan kemudahan dalam dewan seperti bilik persalinan, tandas, dan sebagainya turut dalam keadaan baik.

6. Keistimewaan dewan dengan dinding serap bunyi

tips memilih dewan kahwin

PA sistem dan muzik kahwin yang mendendangkan lagu-lagu kahwin serta pengacara majlis kebiasaannya menjadi trademark untuk menceriakan majlis perkahwinan.

Dengan adanya muzik dan lagu yang berkumandang dalam dewan, penting untuk pastikan dinding dewan serap bunyi atau kalis bunyi untuk mengelakkan dari pencemaran bunyi yang bising di luar.

7. Dengarkan cadangan dan ulasan dewan dari mereka yang lebih mahir

Ambil tahu pandangan mereka yang menguruskan dewan kahwin anda. Jangan ketepikan segala cadangan dan kritikan mereka kerana mereka sudah banyak menguruskan hal-hal perkahwinan khususnya dalam pemilihan lokasi dewan pengantin.

8. Lakukan list dewan dengan pakej tawaran

tips memilih dewan kahwin

Selain mengharapkan cadangan dari pemilik dewan, kita sendiri perlu mengambil inisiatif untuk membuat senarai dewan yang ada disekitar kawasan lokasi rumah pengantin. Catat dengan teliti segala pakej menarik yang ditawarkan mereka.

9. Lawat dewan dari semasa ke semasa

Tips memilih dewan kahwin yang seterusnya adalah lawat dewan dari semasa ke semasa. Apabila jumpa dewan kahwin yang sesuai jangan terus buat tempahan tetapi sebaliknya lawat kawasan dalam, luar, dan disekeliling dewan untuk pastikan anda memilih dewan yang tepat.

10. Buat tempahan dewan dengan segera

Akhir sekali, buat tempahan dewan dengan segera. Segera di sini bukannya kita buat tempahan secara terburu-buru tanpa berfikir atau merancang.

Kita sudah merancang dengan teliti dari tips memilih dewan kahwin yang disenarikan tadi. Inilah masalah untuk kita buat tempahan dan mulakan persiapan kahwin yang berikutnya.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top