Benarkah lebih 1 juta wanita berumur 30 tahun keatas di Johor & Selangor belum bertemu jodoh

Seramnya tiap kali soalan itu dilemparkan. Terasa seakan diri ini ditampar dengan tamparan paling kuat namun tiada daya untuk mengelak. Aduh, siapalah yang tak mahu berkahwin kan?


Namun jika belum bertemu yang sesuai, dan keadaan yang tidak mengizinkan seakan mematahkan semangat diri ini untuk mendirikan rumah tangga. Jadi, chill aja dong! Lihat sahajalah zaman kini berkahwin lewat juga seakan sudah boleh diterima dan seakan menjadi trend apabila ramai wanita lebih selesa untuk hidup bersendiri.

Namun jika ramai memilih untuk tidak berkahwin dan terlalu selesa untuk hidup membujang, adakah ia perkara yang sihat?


Trend bujang senja ibu kota paling menakutkan apabila berdasarkan rekod bancian tahun 2010, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mempunyai bilangan atau peratusan lelaki dan wanita berusia 30 tahun ke atas belum berkahwin paling tinggi.

Angka lebih tinggi di Selangor dan Johor

Lebih mengejutkan berdasarkan kajian Peratusan dan Bilangan Individu Bujang (dalam kalangan 30 tahun ke atas), Selangor merekodkan jumlah tertinggi wanita bujang apabila angkanya melebih 1,014,327 orang orang. Ia diikuti wanita bujang di Johor seramai 636,537 orang.


Bagaimanapun dari segi peratusan jumlah penduduk, wanita bujang 30 tahun ke atas lebih tinggi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang apabila masing-masing merekodkan 14.81 peratus dan 12.60 peratus.
Bagi kategori lelaki pula, kaum Adam di Selangor turut mencatatkan jumlah bujang 30 tahun ke atas paling ramai mencecah 148,803 orang diikuti Johor 104,416 orang.


Bagaimanapun dari segi peratusan pula, ia tetap didominasi lelaki kota apabila 18.78 peratus lelaki Kuala Lumpur dan 16.80 peratus lelaki Pulau Pinang belum berumah tangga.

Long distance relationship


Wow, angka yang tinggi ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan namun pastinya pelbagai faktor menyumbang kepada peningkatan bilangan ini. Sama ada berkahwin atau tidak, asalkan anda hidup bahagia ye dak?

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top