Derita Pengantin Buat Loan Kahwin RM40K, Inai Dah Hilang Tapi Suami Isteri Masih Tanggung Beban Fikir Hutang

Mereka yang mahu berkahwin hari ini penting untuk menyediakan kewangan yang cukup dan ekonomi yang kukuh bagi memulakan kehidupan rumah tangga yang lebih baik. Namun, memang tidak dinafikan oleh kerana pengaruh dan tekanan sekeliling, kadang kala bakal pengantin khususnya lelaki ada kalanya mengambil jalan mudah dengan buat loan kahwin agar memperoleh wang segera. Loan yang dipinjam digunakan sepenuhnya untuk menampung belanja majlis kahwin.

Viral tweet pengantin buat loan kahwin RM40K

buat loan kahwin

Baru-baru ini sebuah tweet di Twitter @ConfessTweetMy ada berkongsi sebuah mesej sulit yang diterimanya dari inbox tentang sepasang suami isteri yang dililit dengan hutang buat loan kahwin. Pasangan ini dikatakan baru sahaja mendirikan rumah tangga selama 6 bulan.

Tekanan dengan bebanan hutang menjadikan seri pengantin baru ini hilang begitu sahaja kerana terjerat dengan hutang yang banyak dan membebankan.

“Saya baru kahwin 6 bulan. Sepanjang 6 bulan ni saya lebih banyak menangis daripada gembira. Semua start before majlis. Parents saya paksa buat loan kahwin. Kami berdua ni kerja biasa je.

Husband kerani, saya pula kerja kontrak kerajaan. Saya bagitahu parents nak buat majlis kecil-kecil je panggil dalam 100 orang. Parents saya tak setuju sebab diorang kata ramai sedara mara dan kawan-kawan diorang kena jemput.

“Kalau tak nanti kecil hati. Bila cakap gitu diorang macam tak yakin husband saya mampu jaga saya lepas kahwin sebab buat majlis pun kecil-kecil. Husband saya (ketika itu tunang) kecil hati bila dapat tahu.

buat loan kahwin

“Dia duduk bincang dengan parents saya nak jemput berapa orang. Lepas kira-kira ada 1000 orang gitu dan diorang nak buat dekat hotel. Parents saya cadang buat personal loan 40K kalau nak kahwin.

“Pendek cerita, husband buat loan, majlis pun settle dan parents saya happy ramai kawan-kawan diorang datang dan puji majlis grand la itu ini. Sekarang kami struggle nak bayar loan. Husband balik kerja terus buat grabfood. Saya jual dropship online tapi itulah sendu je sales kadang takda orang pun.

Husband saya yang dulunya ceria sekarang banyak tidur je balik rumah. Penat katanya kerja tak habis-habis. Dia menyesal betul buat loan tu. Kalau tak buatkan dah aman hidup. Balik kerja pejabat, boleh rehat-rehat dengan saya,” jelas wanita tersebut.

Ramai netizen beri nasihat buat bakal pengantin baru

buat loan kahwin

Apa yang dikongsikan tadi telah mendapat banyak perhatian orang ramai di luar sana khususnya para netizen. Ada yang meluahkan rasa geram kepada ibu bapa pengantin berkenaan yang dirasakan tidak prihatin kepada kemampuan anak dan bakal menantu mereka.

Buat loan kahwin bukanlah cara terbaik untuk mewujudkan majlis perkahwinan gilang gemilang atau impian kita. Ukur baju di badan sendiri, itulah pepatah yang tepat untuk mengambarkan situasi ini.

Apa guna buat majlis yang besar dan glamour tetapi akhirnya kita yang menanggung beban yang tidak berkesudahan.

“Don’t be this kind of parents my friends… Kalau nak ramai jemputan, tolong la sponsor.”

“Kepada parents di luar sana, janganlah menyusahkan anak-anak kalian. Tolong hentikan tradisi ini. Kalau nak juga ajak beribu jemputan tolong support anak jangan bebankan anak.”

“Tu majlis kahwin bukan reunion mak pak dia. Ada juga eh parents kejam macam ni.”

Islam tidak membebankan dan berkahwin bukan memberatkan

Masyarakat Melayu selalu dimomokkan dengan tradisi dan budaya dalam perkahwinan. Ada bersanding, merenjis, upacara potong kek dan sebagainya. Ianya tidak salah sekiranya bakal pengantin mampu dan ada kewangan yang cukup.

Yang menjadi masalah adalah bila mana bakal pengantin tidak berkemampuan dan hanya boleh melaksanakan apa yang wajib sahaja.

Syarat-syarat walimatulurus yang terbaik:

  • Besederhana
  • Tiada undur maksiat dan kemudaratan
  • Dilarang berhutang yang membebankan

Harapnya perkongsian kali ini dapat membuka fikiran anda agar berfikir semasak-masaknya jika sedang dalam perancangan untuk buat loan kahwin. Rancangan kewangan anda dan pasangan sebaik mungkin. Semoga perancangan anda dipermudahkan Allah SWT.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top