“Datuk K Tak Setuju Saya Kahwin,” Rezeki Kahwin Muda Asyraf Khalid & Tya Ariffin Terus Menempa Kejayaan Dalam Bisnes Jamu Mutyara

Yakin dengan rezeki kahwin muda menjadikan pasangan muda hari ini tidak risau untuk mendirikan rumah tangga. Bahkan pasangan yang mengambil keputusan untuk berkahwin muda bukanlah satu perkara yang pelik dan menghairankan lagi.

Hari ini bahkan ramai anak muda kita lihat di media sosial yan tidak segan memuat naik momen bahagia mereka saat diijab qabulkan dan berumah tangga. Namun pasti ada segelintir yang risau dengan persediaan pasangan muda yang masih belum kukuh kewangannya untuk berkahwin. Apa kata jom, kita ikuti kisah pelakon Tya Ariffin dan suaminya, Asyraf Khalid yang juga berkahwin di usia muda.

Pernah dihalang kahwin oleh bapa sendiri, Allah beri rezeki kahwin muda

rezeki kahwin muda

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita dari Indonesia yang cukup popular iaitu Tya Ariffin ini. Menantu tiri kepada penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza, baru-baru ini telah melancarkan produk terbarunya dari jenama Jamu Mutyara iaitu Mutyara V-Gin. Rezeki kahwin muda itulah yang menjadi buah mulut ramai.

Dia yang juga merupakan isteri kepada anak ketiga Datuk K, Asyraf Khalid pada awalnya memilih untuk berkahwin muda. Namun keputusan tersebut pernah mendapat tentangan bapanya sendiri yang risau oleh kerana Asyraf ketika itu tidak memiliki kedudukan kewangan yang stabil.

“Apabila cakap nak kahwin, ayah saya terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.”

rezeki kahwin muda

“Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.”

Bahkan apa yang lebih membimbangkan adalah mereka tidak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan lancar. Kerana nekad yang jitu, akhirnya pasangan ini akhirnya disatukan dengan alasan percaya akan rezeki kahwin muda yang dijanjikan luas oleh Allah SWT.

“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” kata Ashraf.

Dikurniakan sepasang cahaya mata penyejuk hati

Hasil perkahwinan tersebut, Ashraf dan Tya telah dikurniakan dengan sepasang anak iaitu seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Anak lelakinya, Arif Jiwa telah dilahirkan pada 31 Mac 2017. Manakala anak perempuannya, Azzahra Jiwa dilahirkan 2 tahun selepas itu iaitu pada 8 Mei 2019.

Penat lelah usaha perniagaan jamu membuahkan hasil

Sejak mengambil keputusan untuk mengusahakan empayar perniagaan Jamu Mutyara, rezekinya selepas kahwin semakin membuak-buak. Satu demi satu kejayaan ditempah pastinya dengan kerja keras dan penat lelah yang tidak pernah kenal erti putus asa.

Selepas lima tahun Jamu Mutyara berada di pasaran, mereka melancarkan pula produk terbaru iaitu Mutyara V-Gin untuk membantu para isteri di luar sana menjaga kesihatan diri luar dan dalam.

rezeki kahwin muda

Rezeki kahwin muda memang tidak pernah salah alamat. Mengakui dirinya banyak kelemahan, Ashraf mengakui dia bukanlah suami yang sempurna tanpa seorang isteri.

“Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik,” luahnya dengan bangga.

Kahwin muda digalakkan dalam Islam

Dalam Islam, perkahwinan adalah untuk membina sebuah keluarga dan melahirkan zuriat untuk menambah bilangan umat Islam. Ini selari dengan hadis Rasulullah SAW dari Anas:

Maksudnya: “Bahawa sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya berkahwin dan melarang membujang dengan larangan yang keras dan bersabda kahwinilah perempuan yang mencinta (berkasih sayang) dan boleh mempunyai banyak keturunan kerana sesungguhnya aku akan bangga bersama kamu di hadapan nabi-nabi pada hari kiamat nanti.” – (Hadis Riwayat Ahmad)

Berkahwin muda dapat menghindarkan diri kita daripada pelbagai jenis maksiat dan zina khususnya hari ini pergaulan bebas sudah menjadi perkara biasa.

Perkahwinan di usia muda dapat mengubah diri dan sikap ke arah yang lebih baik. Dan bagi yang mahu memilih jalan perkahwinan tersebut, yakinlah akan rezeki yang telah Allah tetapkan. Insha Allah dipermudahkan segalanya untuk kita dan pasangan.


Artikel Berkaitan

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart