Elak “Ketibas” Ketika Majlis Perkahwinan! Bakal Pengantin Mesti Tahu Memilih Fesyen Wanita Mudah Berpeluh Yang Betul

Berpeluh itu adalah salah satu dari keadaan normal yang berlaku pada badan seseorang. Namun, jika berpeluh sehingga menyebabkan “ketibas” atau ketiak berpeluh ia justeru menimbulkan rasa segan dan malu pada kaum lelaki mahupun wanita sendiri. Ketiak basah ditambah bau yang tidak menyenangkan akan menyebabkan orang sekeliling mungkin terganggu dan kita juga kurang selesa serta hilang keyakinan pada diri. Bagi bakal pengantin yang mempunyai masalah “ketibas” ini adalah satu cabaran untuk anda. Bagaimana untuk elak masalah tersebut menganggu kelancaran majlis perkahwinan anda? Jom, kita ikuti perkongsian kali ini mengenai cara memilih fesyen wanita mudah berpeluh.

10 tips pilih fesyen wanita mudah berpeluh

Umumnya, setiap orang mempunyai ciri fizikal yang tidak sama antara satu sama lain. Ia sudah dipengaruhi dengan hormon, genetik, saiz tubuh badan, dan gaya hidup yang diamalkan. Tips fesyen wanita mudah berpeluh ini tidak lain tidak bukan hanya untuk membantu para wanita di luar sana agar kekal “confident” dengan diri mereka sepanjang masa.

1. Pakai pakaian yang longgar dan tidak ketat

fesyen wanita mudah berpeluh

Pakaian yang ketat, sendat, dan membentuk pada tubuh akan membuatkan diri si pemakai kurang selesa untuk jangka masa yang lama. Sebaliknya pakaian yang longgar walaupun nampak tidak terlalu “catchy” namun ia 20 kali lebih baik memberi pengedaran udara keluar masuk dalam pakaian tersebut.

Ini akan menambahkan lagi keselesaan dan merendahkan suhu dalam tubuh yang mana sangat sesuai sebagai fesyen wanita mudah berpeluh.

2. Elak memakai fabrik yang terlalu nipis

Bagi fesyen wanita mudah berpeluh seterusnya adalah pilih fabrik nipis berbanding tebal. Fabrik nipis memudahkan penyerapan peluh dan mengurangkan halangan pengudaraan ketika mengenakan pakaian tersebut.

3. Pilih fabrik bersifat natural

fesyen wanita mudah berpeluh

Fabrik natural yang dimaksudkan di sini adalah seperti cotton, linen, dan ramie. Ia diperbuat daripada material yang dibuat dari bahan sumber alam. Fabrik seperti ini bersifat “breathable” sehingga membuatkan peluh bertahan tidak lama dan mudah kering dengan kadar yang pantas.

4. Elak dari pakaian yang mempunyai perincian sarat

Sulaman, manik, labuci, atau metal, kesemuanya ini akan memerangkap haba pada pakaian dengan lebih cepat. Risiko bagi mereka yang cepat berpeluh akan membuatkan tubuhnya lagi cepat berpeluh.

Perincian yang sarat pada pakaian secara tidak langsung menjadikan ia lebih berat dan melekap pada kulit tubuh kita. Tidak perlu khuatir dengan fungsi manik sebagai elemen elegan pada busana perkahwinan anda. Kerana manik adalah sekadar fungsi tambahan untuk ia kelihatan lebih menarik.

5. Jangan pakai losyen ketika cuaca panas

Tips ini mungkin ramai tidak tahu. Losyen yang dipakai ketika cuaca panas akan mengurangkan keselesaan dan menyebabkan kesan berpeluh lebih teruk. Anda akan mahu segera mandi untuk kurangkan rasa lekit pada tubuh.

fesyen wanita mudah berpeluh

6. Pakai barang kemas yang tidak menonjol

Antara rantai, cincin, gelang, dan anting-anting, hanya anting-anting yang releven tidak memberi kesan pada keselesaan si pemakai. Hal ini kerana, anting-anting tidak melekap pada kulit kita sedangkan barang kemas yang lain akan menyentuh kulit dan memberi rasa tidak selesa apatah lagi jika cuaca panas.

7. Skip padded bra

Skip padded bra setebal 3 inci amat sesuai dikenakan kerana ia memberi keselesaan dan tidak merimaskan.

8. Lindungi diri dari sinar cahaya matahari

fesyen wanita mudah berpeluh

Bagi yang mengenakan baju berlengan pendek, jangan lupa untuk lindungi diri dari sinar cahaya matahari yang membakar. Cahaya matahari yang terus kena pada kulit kita akan menaikkan suhu badan seterusnya merembes lebih banyak peluh keluar.

Jika terpaksa melakukan aktiviti di luar ketika waktu pagi, pastikan gunakan topi, payung atau pakai sahaja baju yang berlengan panjang agar lebih terjaga.

9. Hijab dari kain jenis ringan

Bagi wanita berhijab, selain fesyen wanita mudah berpeluh penting dari segi pakaian, pemilihan tudung juga memainkan peranannya. Hijab perlu dipilih dari jenis kain yang ringan dan tidak memberi beban tekanan pada lilitannya yang ketat dan “mencekik”.

10. Pilih warna yang cerah dan terang

fesyen wanita mudah berpeluh

Warna terang akan mengurangkan tadahan haba pada tubuh kita. Sebaliknya warna gelap akan memudahkan penyerapan cahaya sehingga membuat kita berasa lebih panas dan tidak selesa.

Harapnya, tips tentang fesyen wanita mudah berpeluh ini akan memberikan anda di luar sana inspirasi untuk mengayakan pakaian setiap masa dengan penuh “confident” dan tidak malu lagi.

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

1 thought on “Elak “Ketibas” Ketika Majlis Perkahwinan! Bakal Pengantin Mesti Tahu Memilih Fesyen Wanita Mudah Berpeluh Yang Betul”

  1. Pingback: LRT Rapid KL Terganggu Tak Sampai 24 Jam Wanita Disamun, Highway Sesak Dengan Kenderaan

Leave a Reply

Scroll to Top