8 Prosedur Untuk Bakal Pengantin Buat Persiapan Hantar Borang Kahwin, Bersedia Awal Jangan Buat “Last Minute”

Sebut pasal kahwin memang banyak perkara yang perlu kita uruskan lebih-lebih lagi sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Selain membuat checklist keperluan agar majlis berjalan lancar, bakal pengantin juga perlu menghantar beberapa dokumen tertentu termasuklah hantar borang kahwin kepada Pejabat Agama Negeri. Bagaimana caranya? Ikuti artikel ini sehingga ke penghujung.

Perkara asas mohon kebenaran untuk nikah

1. Pilih tarikh nikah. Sebaik-baiknya 6 bulan sebelum buat apa-apa persediaan. Biasanya tarikh nikah ini boleh dibuat pada hari yang sama atau sehari selepas majlis berlangsung.

2. Siapkan dokumen penting permohonan beberapa bulan awal (6-3 bulan) sebelum tarikh akad nikah berlangsung.

hantar borang kahwin

3. Pastikan ujian kesihatan dan dokumen wali lengkap seperti:

  • telah menghadiri kurus perkahwinan secara bersemuka atau dalam talian. Kursus kahwin tiada tarikh luput dan ia sah seluruh Malaysia. Jadi jangan buat last minit untuk elak kelam-kabut.
  • telah melalui ujian HIV (sah selama 6 bulan)
  • wali mempunyai dokumen lengkap termasuklah kad pengenalan diri wali, surat nikah ibu, atau sijil kematian wali sekiranya wali sudah meninggal dunia.

Bagaimana tatacara isi dan hantar borang kahwin?

Antara perkara-perkara penting yang perlu kita lakukan untuk hantar borang kahwin adalah seperti:

1. Isi borang kebenaran nikah secara atas talian

hantar borang kahwin

Anda boleh layari laman web SPPIM dan klik pada pilihan menu “Benar Nikah Online” pada sudut bahagian paling kanan atas.

2. Daftarkan diri sebagai pendaftar baru

Kepada bakal pengantin, anda perlu daftarkan diri sebagai pemohon baru sebelum memulakan permohonan. Prosedur ini hanya boleh dilakukan oleh bakal pengantin sama ada lelaki atau perempuan sahaja. Pastikan anda membuat permohonan kebenaran nikah ini dalam masa 3 bulan sebelum tarikh nikah sekiranya:

  • Kedua-dua bakal pengantin dari negeri yang menggunakan SPPIM seperti (Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, dan Wilayah Perseketuan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan).
  • Salah seorang dari pasangan pengantin dari negeri yang menggunakakn SPPIM.
  • Kedua-dua bakal penganti dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM  tetapi mahu akad nikah di negeri SPPIM.

3. Hantar borang nikah

Sebelum hantar borang nikah online ini, semak semula dan pastikan ianya sudah dicetak, ditandatangan oleh imam masjid kariah, dan ada cop rasmi. Bawa borang nikah online yang dicetak itu bersama juga dokumen-dokumen penting yang lain ke Pejabat Agama.

Bayaran sebanyak RM15 seorang akan dikenakan sekiranya hanya seorang dan RM30 bagi pasangan yang berasal dari negeri yang sama.

4. Borang kebenaran untuk bakal pengantin perempuan nikah

hantar borang kahwin

Selepas seminggu dokumen diuruskan oleh pihak Pejabat Agama, pihak lelaki bolehlah menuntut kembali borang kebenaran tersebut dan diberikan kepada pihak perempuan. Pihak perempuan bertanggungjawab mengisi lengkap borang terbabit.

Namun, prosuder ini hanya dilakukan sekiranya bakal pengantin perempuan dari daerah lain. Pengantin perempuan yang berasal dari daerah yang sama boleh terus mendapatkan pengesahan akad nikah dari imam masjid kariah.

5. Kes bila pasangan berbeza daerah

Tadi kita ulas mengenai sekiranya bakal pengantin perempuan berasal dari daerah lain. Ada juga berlaku bila mana bakal pengantin lelaki berasal dari negeri lain dan mahu bernikah dengan bakal pengantin perempuan.

Dalam kes ini, pihak perempuan boleh membawa borang lelaki yang sudah disahkan ke Pejabat Agama daerahnya sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.

Sama juga selepas seminggu, borang boleh dituntut lalu dapatkan pengesahan dari imam masjid kariah bagi melaksanakan akad nikah seterusnya.

6. Akad nikah berlangsung

hantar borang kahwin

Lafaz akad nikah adalah perkara wajib dan sangat penting bagi menentukan hubungan halal antara suami dan isteri sama ada sah atau tidak. Lafaz ini mempunyai ijab dan kabul seperti yang terdapat dalam rukun nikah. Tanpa lafaz akad nikah, sesebuah perkahwinan itu tidak sah, dan pengantin lelaki serta pengantin perempuan haram melakukan tanggungjawab sebagai suami isteri.

Contoh lafaz akad nikah yag digunakan adalah seperti:

  • aku nikahkan kamu dengan anakku….
  • lalu dibalas dengan lafaz, “aku terima nikahnya….

Dalam proses akad nikah juga ada prosedur yang perlu diambil perhatian untuk memberkati majlis tersebut. Pertama, khutbah nikah. Khutbah nikah walaupun tidak wajib tetapi ia amat bermanfaat kerana imam yang membacakan khutbah itu akan menceritakan tanggungjawab suami isteri, nafkah, hukum-hakam, dan sebagainya.

Seterusnya, lafaz taklik iaitu syarat untuk membubarkan perkahwinan. Suami atau isteri yang melanggar syarat taklik ini akan menyebabkan perkahwinan mereka bubar atau terbatal.

hantar borang kahwin

Kemudian, pembatalan air sembahyang. Suami akan memberikan mas kahwin kepada pengantin perempuan dan ketika itu jugalah upacara pembatalan air sembahyang berlaku. Isteri akan salam tangan suami, dan mereka berdua ini juga akan bersalaman dengan ahli keluarga yang lain khususnya ibu bapa.

Dan akhir sekali, adalah solat sunat nikah. Solat sunat ini dilakukan sebanyak 2 rakaat untuk menzahirkan rasa kesyukuran dalam hati kepada Allah SWT atas ketentuan jodoh pertemuan kepada pasangan yang tersayang. Ia biasa dilakukan sejurus sahaja selesai akad nikah atau pada masa-masa yang sesuai.

7. Proses mohon sijil nikah

Untuk memohon sijil nikah, anda perlukan beberapa dokumen sebagai bukti seperti:

  • Bawak surat nikah sementara (asal + salinan)
  • Kad pengenalan diri, pasangan dan wali
  • Buat bayaran RM20 untuk sijil nikah
  • Selepas sebulan (bergantung kepada negeri masing-masing) sijil boleh diambil
  • Buat salinan fotostat sijil nikah itu dan simpan sebagai dokumen penting

8. Proses mohon kad kahwin

hantar borang kahwin

Selepas mendapat sijil nikah, jangan lupa untuk mohon kad kahwin pula. Setiap pasangan perlu membayar RM40 untuk mendapatkan kad tersebut. Mudah sahaja pergi ke Pejabat Agama, mereka sendiri akan beritahu apa dokumen yang dikehendaki semasa permohonan itu nanti.

Diharapkan artikel ini dapat membantu pasangan di luar sana yang ingin mendirikan rumah tangga tidak lama lagi tentang bagaimana hantar borang kahwin. Ingat jangan buat last minit tau!

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top