10 Lokasi Airbnb Menarik Di Selangor Sempena Musim Hari Raya Dengan Bajet Di Bawah RM 200

Makna yang terpenting bagi hari raya adalah dapat berkumpul semula bersama keluarga dan sanak-saudara. Selain bergaya dengan baju baru sedondon, menikmati juadah istimewa yang menyelerakan, dan ziarah-menziarahi, ramai juga yang turut mengambil kesempatan ini untuk bercuti bersama.
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan 10 lokasi penginapan Airbnb menarik di Selangor yang boleh anda cuba bagi memeriahkan lagi percutian musim lebaran ini.
1. Alyssa Conezion Suite, Putrajaya
Alyssa Conezion Suite adalah penginapan yang terletak berhampiran degnan IOI City Mall, Hospital Serdang (2km), Maeps (3km), dan UPM (5 minit memandu). Apa yang lagi menarik adalah lot apartmen ini betul-betul berhadapan dengan padang golf IOI
Apartmen setinggi 30 tingkat ini juga mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air, serta kemudahan yang lengkap di keseluruhan unit dan kemudahan awam yang ada seperti kolam renanh, perpustakaan, tempat bakar BBQ, gimnasium, dan banyak lagi.
Harga: Dari RM119+ semalaman
Laman sosial: Alyssa Conezion Suite
2. Petaling Indah Condominium, Kuala Lumpur
Lokasi Airbnb menarik di Selangor yang sesuai untuk mereka yang bercadang untuk ke tempat-tempat yang terbaik di tengah ibu kota seterusnya adalah Petaling Indah Condominium.
Tarikan istimewa kediaman ini adalah ia menjadi tumpuan umum dan dikeliling oleh banyak destinasi menarik yang ada.
Antaranya seperti Stadium Bukit Jalil (5km), Arena Axiata Bukit Jalil (5km), The Mines Shopping Mall (7km), Pavilion Bukit Jalil (9km), Petaling Street (11km), Bukit Bintang Shoppings (12km), Merdeka Square (12km), KLCC (13km), KL Tower (14km), Sunway Pyramid & Sunway Lagoon (15km), dan banyak lagi.
Unit kediaman ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur, dan 2 lot tempat letak kereta yang boleh memuatkan sehingga 4-5 orang dalam satu-satu masa.
Harga: Dari RM150+ semalaman
Laman sosial: 3BR Condo
3. Wooden Them 3BR, Cheras
Kita biasanya tidak terlalu memandang penting kepada ciri hiasan dalaman sesebuah lokasi Airbnb untuk menginap. Namun, Airbnb yang satu ini pasti membuatkan hati anda tertawan kerana ia menggunakan konsep tema kayu untuk menjadikan kediaman tersebut lebih minimalis dan astetik.
Kediaman dengan reka bentuk palet yang unik ini dirasakan sangat dekat dengan alam semula jadi. Ia sangat sesuai untuk anda yang mahu berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan dalam kumpulan kecil.
Bukan sahaja kemudahan Wifi dan tempat letak kereta percuma ada disediakan. Malah, ia juga sangat berdekatan dengan tarikan pusat beli belah seperti IOI City Mall, The Mines, Amerin Mall, Aeon, dan Econsave.
Harga: Dari RM162+ semalaman
Laman sosial: Wooden Them 3BR
4. May on The Madge, Kuala Lumpur
Apartmen May on The Madge ini terletak di daerah kedutaan pusat bandar Kuala Lumpur. Bagi orang luar yang tidak terlalu biasa dengan persekitaran bandaraya Kuala Lumpur, dan mementingkan isu keselamatan, kediamaan ini memang sesuai untuk anda cuba.
Disebabkan lokasi kediaman ini berhampiran dengan daerah kedutaan, ianya mempunyai jaminan lebih selamat dan tenang.
Kediaman dilengkali dengan 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 2 bilik air, dan hanya sekitar 5 minit berjalan kaki dari Ampang park subway station serta 15 minit dari KLCC.
Harga: Dari RM149+ semalaman
Laman sosial: May on The Madge
5. Amerin Mall & Suites, Seri Kembangan
Lokasi Airbnb menarik di Selangor dengan pusat beli belah di bawah rumah, itulah ia Amerin Mall & Suites di Seri Kembangan. Kondominium mewah ini menyediakan 3 bilik tidur, 2 bilik air, dan lengkap dengan wifi serta tempat letak kereta percuma.
Banyak kemudahan mudah untuk diakses dan jaringan pengangkutan juga di tahap yang sangat terbaik kerana berada di lokasi strategik.
Harga: Dari RM124+ semalaman
Laman sosial: Budget Amerin 3BR
6. Rizq Homestay Southville City, Dengkil
Kediaman ini terletak di tingkat 12, Savanna Execuive Suites. Menariknya, unik kediaman ini mempunyai koridor yang menghadap matahari pagi yang membolehkan anda menikmati pemandangan Lebuhraya PLUS dan kawasan sekeliling yang hijau sepanjang hari.
Kedudukannya sangat dekat dengan Bangi, Kajang dan Putrajaya, serta kurang dari 25 minit pemanduan ke Bangi KTM dan stesen keretapi MRT Kajang.
Jaringan pengangkutan juga amat mudah kerana ia terletak bersebelahan dengan Lebuhraya PLUS, dan hanya sekitar 30km dari Lapangan Terbang KLIA.
Harga: Dari RM144+ semalaman
Laman sosial: Rizq Homestay Southville City
7. Koi Kastle, Petaling Jaya
Tersenarai dalam senarai antara lokasi Airbnb menarik di Selangor yang selalu penuh ditempah menjadikan Koi Kastel yang terletak di Neo Damansara ini ada nilai tambahnya yang tersendiri.
Gabungan konsep desa dan tanah, Koi Kastel membawa elemen semula jadi dalam ruang kediaman moden. Tumpuan ke arah dinding yang bermuralkan ikan koi berenang memberi suasana yang sangat santai sekiranya anda mahu berehat di ruang tamu.
Kediaman ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur, dan 2 bilik air, yang mana sangat ideal untuk 6 orang tetamu. Segala kelengkapan dari A ke Z disediakan untuk keselesaan termasuklah destinasi tarikan lain yang berdekatan.
Contohnya seperti Glam Hall Mercu Mustapha Kamal, Ikea Damansara, The Curve, Royal Chulan Damansara, dan banyak lagi.
Harga: Dari RM140+ semalaman
Laman sosial: Koi Kastle
8. Arte Plus, Kuala Lumpur
Lokasi kediaman di Arte Plus sangat strategik terletak di Jalan Ampang di Kuala Lumpur. Ruang seluas 1000 kaki persegi ini dikatakan mampu untuk memuatkan sehingga 6 orang dalam satu-satu masa.
Jika anda ke sini, tidak perlu risau lagi dengan kelengkapan yang ada kerana unit ini lengkap berperabot dan kemudahan moden yang sangat membantu untuk gaya hidup lebih selesa.
Dilengkapi dengan 3 bilik tidur serta kemudahan awam di luar seperti sauna, kolam renang, gimnasium, dan banyak lagi.
Harga: Dari RM171+ semalaman
Laman sosial: KL30 3BR
9. Soho Suites KLCC, Kuala Lumpur
Berkedudukan sebagai “jantung” bandaraya Kuala Lumpur, Soho Suites KLCC sangat terkenal dengan kediaman mewah dengan pemandangan indah.
Tinggal di sini tidak perlu risau lagi dengan kemudahan yang ada, dan bahkan hanya mengambil masa sekitar 5 minit hingga 10 minit untuk sampai ke mercu tanda Malaysia iaitu KLCC, KL Twin Towers, Pavilion Shopping Mall, Bukit Bintang, KL Convention Centre & Aquaria KLCC.
Harga: Dari RM198+ semalaman
Laman sosial: KL20 3BR
10. Cozy Apartment, Batu Caves
Lokasi paling “hot” dalam senarai Airbnb menarik di Selangor dan selalu menjadi tumpuan ramai adalah cozy apartmen di Batu Caves.
Pangsapuri selesa di Selayang ini berjaya menggabungkan kehidupan bandar dengan alam semula jadi dan merupakan tempat terbaik untuk tinggal di Batu Caves.
Nikmati kemudahan setiap hari dengan mudah seperti kedai, restoran, kafe, klinik dan pasar raya berdekatan yang terletak berhampiran kediaman ini.
Harga: Dari RM152+ semalaman
Laman sosial: Cozy Apartment
Diharapkan perkongsian mengenai airbnb menarik di Malaysia dapat memberikan anda informasi yang berguna bagi merancang aktiviti percutian dalam Malaysia dengan sebaik mungkin. Ingat utamakan keselamatan dan keselesaan walau di mana jua kita berada.
Artikel Berkaitan:
- Tempat Menarik Percuma Untuk Dating Yang Ada Di KL dan Selangor 2023
- Hotel Terbaik Tepi Pantai Yang Romantik Paling “Eksklusif” Untuk Percutian Berdua
- Tips Wajib Bila Melancong Solo Di Dalam atau Luar Negara (Serta Panduan Checklist Travel)