10 Tempat Menarik PERCUMA Untuk Dating Yang Ada Di KL dan Selangor 2023

Tercari-cari tempat menarik untuk dating? Bosan asyik pergi tempat sama sahaja? Mungkin artikel pada kali ini sesuai untuk anda yang masih binggung mencari tempat menarik percuma untuk dating.

Hidup di bandaraya metropolitan tidak semestinya kita memerlukan modal wang ringgit untuk berkunjung ke tempat-tempat menarik di hujung minggu. Andainya anda bijak untuk merancang, banyak sebenarnya destinasi hebat untuk dikunjungi secara percuma.

1. Bas GoKL

Ramai mungkin tidak tahu, di kota raya Kuala Lumpur ada disediakan perkhidmatan pengangkutan awam percuma bagi orang awam untuk memudahkan ke sana ke mari dengan lebih jimat.

Justeru itu, bagi anda yang mahu bersiar-siar dengan lebih selesa berpenghawa dingin, anda boleh naik bas ini untuk mengelilingi tempat-tempat menarik di bandar KL. Bas ini mempunyai 13 laluan bas di Kuala Lumpur dengan 97 hentian bas.

Ia meliputi laluan antara KLCC dan Bukit Bintang, kawasan Bukit Bintang ke arah Chinatown, dari Jalan Tungku Abdul Rahman ke bandar KL Sentral, dan dari Medan Mara ke Bukit Bintang.

Pengangkutan ini beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11 malam. Sudahlah jimat tanpa sebarang kos, boleh elak dari kesesakan lalu lintas lagi.


2. Taman KLCC

Taman KLCC

Kalau ada orang tanya ada apa sebenarnya di Taman KLCC, mereka pasti belum pernah lagi ke sana. Taman KLCC menjadi laluan pertemuan banyak tempat menarik di Malaysia seperti KLCC, Suria KLCC, Aquaria KLCC, Skybridge, dan Superpark.

Trek getah sepanjang 1.3 km ini menjadi lokasi tumpuan warga kota untuk beriadah di waktu petang bersama-sama rakan dan keluarga. Bukan itu sahaja, malah kawasan taman buatan manusia seluas 20 hektar ini turut menarik pelbagai spesis burung untuk singgah berehat.

Bagi sebuah tempat menarik percuma untuk dating, Taman KLCC ini memang sangat sesuai kerana cukup selesa, selamat, popular kerana berdekatan dengan KLCC, dan paling penting sekali ia menyeronokkan kerana ada kolam air yang mencuri tumpuan.


3. Taman Tasik Titiwangsa

tempat menarik percuma

Kawasan riadah dengan keluasan sebesar 95 hektar ini mampu untuk memberikan ketenangan sebentar buat anda dan pasangan dari hiruk-pikuk bandar. Bayangkan hampir 80% dari lokasi ini merupakan tasik buatan yang begitu besar yang diberi nama Tasik Titiwangsa.

Suasananya yang tenang dengan dikelilingi oleh pokok-pokok bunga mekar dan pokok-pokok yang rendang ia menjadikan kawasan ini lebih ceria dan menarik.

Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan di sini, antaranya seperti berbasikal, berjogging, berkelah, memancing, Maze Garden, Taman Tema Air Titiwangsa Splash Park, dan banyak lagi.

Duduk-duduk sahaja sambil menikmati panorama berhadapan dengan bangunan tersergam indah seperti KLCC, dan Menara Kuala Lumpur pun sudah menarik.


4. Air Terjun Serendah

tempat menarik percuma

Tempat menarik percuma untuk dating yang seterusnya adalah Air Terjun Serendah. Air terjun ini terletak di Serendah dan menjadi lokasi tumpuan keluarga dan anak muda yang terbuai dengan keindahan dan kesejukan airnya itu.

Sambil menenangkan fikiran, kita boleh menikmati udara segar dan bunyi deruan air sungai yang menyegarkan halwa telinga.


5. KL City Library

KL City Library tersenarai sebagai perpustakaan yang cantik dan fresh buat para pencinta buku. Maka tidak hairanlah ramai pengunjung jatuh cinta dengan suasananya yang tenang dan bersih di sini.


6. Muzium Bank Negara

Aura muzium yang satu ini memang lain sikit. Bagi anda yang berminat untuk tengok sejarah duit dari zaman dulu kala sehingga kini, boleh datang ke Muzium Bank Negara.

Muzium ini mempunyai beberapa bahagian yang menarik untuk anda lihat sendiri seperti Galeri Seni, Galeri Numismatik, Galeri Kewangan dan Perbankan Islam, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi, dan Galeri Kanak-Kanak.

Alami sendiri pengalaman masuk ke “Terowong Sejuta Riinggit” yang mempamerkan wang kertas dalam pelbagai siri dan denominasi.


7. KLCC Lake Symphony

Layan mata dengan keindahan malam di Taman KLCC tidak sah jika tidak singgah di KLCC Lake Symphony. Air pancutannya berwarna-warni, dan menari-nari mengikut rentak dan irama dari muzik yang dimainkan.

Bolehlah anda berselfie, wefie, dan bersantai bersama-sama di sini.


8. Taman Rusa & Kancil

Keluar dating untuk tengok rusa? Biar betul? Eh, ini rusa bukan sembarangan rusa tau! Spesis rusa dan kancil di taman ini kebanyakkan diimport dari Belanda dan negara-negara jiran lain di Asia Tenggara.

Taman Rusa Kuala Lumpur mempunyai kepungan seluas 2 hektar dan terletak berhampiran Taman Burung KL. Cukup menarik untuk dijadikan tempat bersiar-siar di hujung minggu.


9. Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

Buat pencinta alam semula jadi, Taman Eko Rimba Kuala Lumpur bakal jadi destinasi dating paling romantik buat anda dan pasangan. Hutan simpan tertua di Malaysia ini menyimpan pelbagai jenis pokok dan tumbuh-tumbuhan yang sudah mencapai usia ratusan tahun umurnya.

Ia juga menjadi tempat perlindungan semula jadi bagi sejumlah burung dan mamalia kecil. Jika datang ke sini, jangan lepaskan peluang untuk naik jambatan kanopi walk, taman herba, dan galero produk kayu. Tarikan ini menambah keunikan yang tersendiri bagi Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.


10. Jambatan Saloma

Jambatan Saloma di waktu siang begitu gah di penglihatan dengan seni binanya yang sangat istimewa. Apabila di waktu malam, jambatan ini seolah-olah memberi aura yang luar biasa kepada sesiapa yang melalui kawasan sentral Kuala Lumpur dengan Kampung Bharu.

Jambatan sepanjang 370 meter ini diinspirasikan dari binaan jambatan Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia tetapi rekaannya diubah sedikit dengan mengambil elemen “sirih junjung” bagi melambangkan identiti masyarakat Melayu.

Hiasan lampu LED di waktu malam, memberikan suasana sangat romantik bagi anda yang mahu mengabadikan foto bersama pasangan di sini.

Semoga perkongsian artikel mengenai tempat menarik percuma untuk dating ini dapat memberikan idea yang berguna untuk anda meluangkan masa bersama yang tersayang. Selamat beristirehat!


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart